! BUJANG SENANG !
"JOM TERJAH INFO TERKINI"
Pages
(Alihkan kepada ...)
Laman utama
Hubungi Kami
▼
31 Jul 2012
Reaksi Pemimpin UMNO
›
PANAS: PKR Jangka Kalah 16 Kerusi Sedia Ada Sumber-sumber dalaman mengesahkan bahawa PKR berada dalam keadaan yang agak ‘kecut’ untuk menghadapi Pilihanraya ke-13 kali ini. PKR pada ketika ini mempunyai 31 kerusi dan mensasarkan tambahan 9 kerusi melalui PRU ini, menjadikan semuanya 40 kerusi. Walaubagaimanapun, analisis yang dibentangkan dalam Temurapat Pilihanraya parti tersebut memaksa PKR menerima realiti keadaan semasa yang menunjukkan jangkaan kehilangan 16 dari 31 kerusi sedia ada, dan hanya memenangi dua kerusi baru menjadikan jumlah kemenangan hanya 17 kerusi sahaja. Kerusi-kerusi sedia ada yang dijangka jatuh ke tangan BN ialah Gombak, Indera Mahkota, Ketereh, PJS, Bagan Serai, Wangsa Maju, Ampang, Nibong Tebal, Selayang, Kelana Jaya, Merbok, Lembah Pantai, Telok Kemang, Kuala Langat, Sg. Siput dan Hulu Selangor. Kerusi baru yang dijangka dapat ditawan ialah Bukit Katil dan Pandan. Sebenarnya, ketidakyakinan PKR untuk menghadapi PRU adalah berasas. Ini berdasarkan hasil kajiselidik yang diadakan oleh beberapa pihak antaranya, Majlis Professor, universiti-universiti tempatan serta Merdeka Center yang menunjukkan bahawa populariti parti pembangkang semakin merosot akhir-akhir ini. Malah, dalam semua kajian menunjukkan yang undi masyarakat Cina yang sebelum ini dikatakan amat kritikal bagi BN, juga semakin positif di pihak BN. Merdeka Center, contohnya, mendapati bahawa kaum Cina merasa gembira apabila Perdana Menteri mengiktiraf sijil Koleh TAR dan menghapuskan Akta Hasutan. Dengan itu, PKR hanya mampu mensasarkan maksima 70% undi Cina bagi PRU kali ini walaupun sebelum ini begitu gah mengumumkan mendapat sokongan lebih 90% dari kaum itu. PKR juga menyedari yang undi Melayu kini berbalik kepada BN dengan pantas sekali. Oleh yang demikian, antara strategi yang digariskan untuk menghadapi pilihanraya kali ini ialah agar Ketua Umum membuat kenyataan berani dan besar mengenai pembelaan kaum Melayu termasuk menjuarai beberapa kes kontroversi yang melibatkan nasib orang Melayu. Nampaknya, PKR sekali lagi akan membuat ‘U Turn’ dengan kembali mengangkat perjuangan Melayu. Sebelum ini, PKR seperti juga PAS, telah ‘mempersetankan’ sahaja perjuangan demi bangsa Melayu. Siapa yang boleh lupa bagaimana beberapa pemimpin mereka mengungkap kata-kata ‘malu menjadi Melayu’. Malah, Anwar sendiri menghina ketuanan Melayu. Kononnya, bangsa tidak membawa apa-apa makna dan perlu dilupakan jika kita ingin hidup dalam suasana harmoni dan bersatu padu. Sedangkan, kaum Cina dan India diberi ruang sebesar-besarnya untuk membela bangsa dan mempertahankan budaya dan bahasa bagi menyatakan kewujudan mereka yang kukuh di negara ini. Kita pasti tidak semua kaum Melayu itu mudah lupa dan akan melupakan sahaja kata-kata dan layanan PKR terhadap mereka. Oleh itu, jika PKR serius ingin mengangkat strategi ‘membela Melayu’ ini sebagai peluru untuk menyerang BN dalam pilihanraya, maka rasanya PKR terpaksa menambahkan lagi bilangan jangkaan kerusi yang mereka akan kalah. Walaubagaimanapun, kita percaya, PKR cukup sedar akan kesilapan mereka dalam menangani soal ‘Melayu’ sebelum ini. Oleh yang demikian, mereka tidak meletakkan kaum Melayu sebagai satu faktor khas dalam Sasaran Pengundi. Secara keseluruhannya, pembentangan di dalam Temurapat Pilihanraya PKR tersebut meletakkan hanya tiga golongan sebagai sasaran pengundi iaitu: 1. ‘working class’ yang mengundi mengikut isu dan berumur antara 26 – 45 tahun, 2. ‘golongan muda’ yang mengundi mengikut sentimen ahli politik muda dan berumur antara 22 – 25 tahun serta 3. ‘pengundi India’ yang menjadi kumpulan penentu dan cenderung untuk beralih undi secara besar-besaran. Secara dasarnya, nampak jelas bahawa PKR sendiri masih mencari-cari kekuatan diri untuk menghadapi PRU kali ini. Masalah yang dihadapi PKR ialah sama seperti semua parti-parti sekutu dalam Pakatan Rakyat, iaitu walaupun mereka berada dalam satu pakatan tetapi mereka perlu menerima hakikat bahawa mereka sebenarnya adalah bersendirian. Dengna itu, mereka bukan sahaja beradu kekuatan dengan BN tetapi secara tidak langsung mereka juga terpaksa membuktikan kekuatan sesama sendiri bagi memastikan parti dan pemimpin mereka tetap ‘diberi muka’ sekiranya PR menang dalam PRU ini. Lebih malang lagi bagi PKR ialah apabila terdapat beberapa pihak di dalam kepimpinan atasan parti itu sendiri yang juga beradu kekuatan sesama mereka. Kewujudan beberapa ‘kem’ dan peningkatan rasa curiga serta ‘dingin’ di antara pemimpin-pemimpin PKR ini juga secara tidak langsung menyumbang kepada ketidakyakinan mereka untuk menang dalam Pilihanraya.
›
Akan Tercapaikah Impian Lajim Ukin Menjadi Ketua Menteri? Lumrah kebanyakan orang politik tidak lepas dari menyimpan cita-cita tinggi untuk kepentingan peribadi dan tidak pernah puas dengan kedudukan serta jawatan sedia ada. Memang diakui ramai yang tak pandai mengukur baju di badan sendiri sebaliknya lebih suka masuk bakul angkat sendiri, lantaran itu pantang dijanjikan atau ditawarkan jawatan yang lebih tinggi segelintir politikus ini akan segera menggapainya. Bekas MT UMNO dari Sabah, Lajim Ukin adalah antara politikus yang memiliki sifat dan sikap yang tidak pernah puas dengan nikmat yang dikecapi dan acapkali terlebih ukur baju di badan sendiri. Rakyat Sabah sendiripun sudah lama sedia maklum dengan impiannya yang membuak-buak begitu berkeinginan sekali untuk menjadi Ketua Menteri malah pernah satu ketika diugutnya PM supaya Ketua Menteri sekarang dilucutkan jawatan dan diganti pula dengan dirinya. Lajim pun tahu untuk naik ke tangga atas dengan menggunakan kemampuannya agak sukar untuknya menandingi kewibawaan dan pengaruh Musa Aman serta seorang lagi pemimpin Sabah, Shafie Afdal sekaligus tidak memungkinkan dirinya untuk menapak ke atas dengan mudah. Jika dia bijak mengukur kemampuan diri dan pandai memakai baju yang sesuai mengikut saiz, selayaknya Lajim patut bersyukur kerana berpeluang juga merasai nikmat duduk di kerusi empuk Timbalan Menteri di peringkat Pusat. Tapi dek kerana nafsu membuak mahu mengutamakan cita-cita peribadi, politik ugut pula yang jadi galang ganti. Mujurlah PM bukannya jenis yang mudah tergugat dengan ugutan, jika tidak, tentu sahaja lama kelamaan amalan ugut mengugut akan menjadi budaya biasa bagi segelintir politikus untuk menggapai jawatan tinggi dan kekayaan peribadi. Lajim tidaklah keseorangan dalam mempraktikkan budaya mengugut pemimpin atasan parti untuk merealisasikan kepentingan dirinya. Beberapa ketika sebelum inipun, rakannya dari Kedah, Kadir Sheikh Fadzir pun pernah cuba kaedah sama namun tetap juga tidak dilayan oleh PM. Manakala beberapa tahun dahulu pula, seorang pemimpin PKR yang sekarang sedang memegang jawatan di sebuah negeri juga pernah berpengalaman melakukan kaedah ugut sedemikian untuk kepentingan peribadi dek kerana tertekan dirinya dikelilingi hutang berpuluh juta dengan bank tempatan. Dan bila permintaan (ugutan) masing-masing enggan ditunaikan oleh PM, akhirnya mereka membawa haluan dengan bersekongkol bersama Anwar Ibrahim selepas dijanjikan jawatan dan kedudukan tinggi. Pendek kata, sekiranya PM tunduk pada permintaan mereka yang bersifat peribadi dan berkepentingan diri itu, mereka memberi jaminan akan kekal bersama UMNO sedangkan bukan satu kelaziman untuk mana-mana PM mendahulukan kepentingan peribadi segelintir pemimpin tak sedar diri. Mungkin dari segi jangka masa pendek, ketegasan PM tidak melayani tuntutan peribadi segelintir politikus itu boleh memberi sedikit kesan pada parti dan kerajaan. Pun demikian, daripada negara kita terpaksa menghadapi barah penyakit yang sukar diubati lebih baik mencegahnya dari awal. Kecualilah jika negara kita diperintah oleh Anwar Ibrahim tentu sahaja keutamaan dan kepentingan rakyat akan dibelakangkan manakala kepentingan peribadi serta kelompok politikus tak sedar diri pula akan lebih menjadi prioritinya. Soal nanah menjadi barah dikemudian hari tidak pernah pun menjadi perkiraan Anwar lagipun agak serasilah sikap mengutamakan diri itu dengan perwatakan Anwar yang sejak dulu lagi gemar memijak kepala orang lain semata-mata untuk memenuhi hawa nafsu sendiri. Berbalik pada kisah Lajim Ukin yang kepingin menjadi Ketua Menteri, ketahuilah langkahnya takkan sepanjang mana. Lagipun sudah ramai yang menggigit jari selepas tertipu dengan permainan politik janji yang sudah menjadi tabie Anwar sejak dulu lagi. Orang-orang tua selalu berpesan, bila dengan guruh di langit, air dalam tempayan jangan dicurah buang. Hari yang mendung, guruh berdentam dentum belum tentu hujan akan turun. Ramai rakyat Sabah senyum sinis sambil bertanya sesama sendiri, mampukah Lajim menggapai impian untuk menduduki kerusi Ketua Menteri atau penghujung usia politik terbiar dan tidak lagi dipedulikan orang? Melihat pada realiti politik hari ini ditambah lagi dengan laporan temurapat PKR yang menyimpulkan masa depannya dalam PRU 13 kelak agak kelam, tidak sukar untuk kita menjangkakan nasib politik Lajim nanti.
›
Temurapat PRU PKR: PKR Kalah Sebelum Berkempen? Parti PKR tegar sekali menggunakan nama ‘rakyat’ dalam setiap aktiviti dan kempen mereka. Sudah tentu sekali dalam menghadapi pilihanraya kali ini, nama ‘rakyat’ akan dijulang tinggi-tinggi kononnya sebagai matlamat perjuangan walaupun matlamat sebenarnya adalah ‘demi Anwar, untuk Anwar dan kerana Anwar’. Dalam Temurapat PRU PKR tahun lepas, parti tersebut telah meminta bantuan Merdeka Center, untuk menguji beberapa slogan bagi digunakan sebagai tema kempen dalam PRU-13. Antaranya: 1. Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia 2. Malaysia Baru, Muafakat Baru, Pimpinan Baru 3. Demi Rakyat, Demi Masa Depan Selaras dengan keterujaan PKR dengan perkataan ‘rakyat’, maka mereka nampaknya memilih slogan ketiga, iaitu ‘Demi Rakyat, Demi Masa Depan’ yang bagi mereka lebih tegas dan sesuai dengan imej KEADILAN. Slogan ini dikatakan mendapat reaksi positif dari pengundi sasaran PKR iaitu Golongan Muda, Golongan Bekerja dan Kaum India yang tidak berpatisan. Dalam temurapat yang sama, parti itu telah menggariskan beberapa isu yang akan digunakan oleh mereka untuk menyerang BN. Antaranya, kenaikan harga barang, subsidi minyak, AUKU, PTPTN, rasuah, masalah perumahan, masalah sosial, harga kereta yang tinggi serta peluang pekerjaan terhad. Kecuali isu ‘peluang pekerjaan terhad’, kebanyakan isu yang disebut telah pun lama dimainkan oleh PKR. Dan hampir kesemua isu yang dimainkan juga menunjukkan kegagalan, kesilapan atau kelemahan di pihak mereka. Dalam ertikata lain, serangan mereka tidak menjadi, tertembak diri sendiri atau pun kalah teruk. Dalam memainkan semua isu-isu tersebut juga, PKR secara tidak langsung menyerlahkan yang mereka tidak bijak matematik dan gagal ekonomi sepenuhnya. Contohnya, dalam memperkatakan soal PTPTN, PKR telah ditempelak oleh DAP dan juga PAS kerana meletakkan Pakatan Rakyat dalam keadaan sukar. Akhbar-akhbar Cina yang diketahui cenderung kepada DAP juga menghentam idea penghapusan hutang PTPTN kerana dikatakan memalukan serta tidak praktikal dari segi ekonomi. Begitu juga dengan isu mengenai subsidi minyak dan kenaikan harga barang yang merupakan isu global di mana rakyat sedia maklum bahawa sekiranya PKR menjadi kerajaan, mereka juga tidak akan mampu mempengaruhi harga pasaran dunia. Menjanjikan penurunan harga barang dan harga minyak bagaikan menjanjikan bulan dan bintang iaitu sesuatu yang tidak logik kerana tidak berada di bawah kawalan sesebuah kerajaan sepenuhnya. Lebih dari itu, kerajaan sedia ada telah membuktikan keprihatinan dengan mengekalkan subsidi serta memberi bantuan-bantuan lain secara langsung bagi membantu rakyat menghadapi kenaikan kos sara hidup di era ini. Kerajaan juga telah melancarkan skim rumah pertamaku, sekali gus membuktikan yang kerajaan tidak pernah mengabaikan kebajikan rakyat di kala PKR hanya mampu berjanji. Isu AUKU pula menyerlahkan sikap dwistandard PR apabila MB PAS Kedah, Ustaz Azizan mengarahkan pelajar yang berdemonstrasi agar dikenakan tindakan di bawah Akta tersebut. Percubaan PKR untuk menyerang kerajaan melalui isu rasuah dan masalah sosial di dalam masyarakat juga membuatkan rakyat tersenyum sinis. Mana tidaknya, jika Ketua Umum PKR itu sendiri terkenal dengan gelaran Bapa Rasuah iaitu ‘perintis’ gejala rasuah di dalam politik. Pembantu peribadinya yang gaji tidak seberapa mampu memiliki rumah berharga jutaan ringgit. Isteri sang pembantu merangkap perempuan simpanannya juga menerima gaji puluhan ribu sebulan tanpa perlu bekerja dalam ertikata yang sebenar. Kroni-kroninya, termasuk bapa dan abangnya yang dari ‘nobody’ menjadi ‘somebody’ dalam sekelip mata sejurus beliau memegang jawatan dalam kerajaan dahulu. Dan kini, partinya dan parti-parti sekutu terus bergelumang dalam rasuah, penipuan, manipulasi yang menjadi punca masalah dalaman sehingga memaksa ramai yang keluar parti. Jika ini bukan rasuah, apa namanya? Serangan PKR terhadap harga kereta yang tinggi pula menunjukkan yang parti ini tidak punya semangat nasionalis dan sanggup membiarkan industri kereta nasional terjejas atau gulung tikar terus. Sementelah dengan itu, kita tunggu sajalah apa yang PKR akan kelentong mengenai peluang pekerjaan di Malaysia memandangkan hanya isu ini saja yang belum dimainkan oleh mereka. Walau apapun, kita tahu bahawa negeri-negeri yang diterajui PKR atau PR semuanya menghadapi masalah untuk menambah pelaburan sekali gus meningkatkan peluang pekerjaan. Satu-satunya peluang pekerjaan yang meningkat dengan begitu drastik di negeri-negeri jajahan mereka adalah dalam bidang hiburan termasuk tukang-tukang urut yang mana tidak memerlukan seseorang itu bersusah payah meminjam PTPTN untuk belajar tetapi hanya berbekalkan gaya dan ‘keberanian’ sahaja. Jika inilah saja strategi PKR untuk menghadapi PRU-13, maka jelaslah yang PKR sudah kalah sebelum berkempen
›
29 Jul 2012
Lajim Ukim Bakal Senasib Baru Bian
›
Tika ini banyak khabar berita menyentuh secara langsung perkembangan terkini perihal Ahli Parlimen Beaufort, Lajim Ukim yang kini sedan...
Rakyat Terus Utuh Bersama PM
›
Sokongan Cina Menunjukkan Peningkatan Sewaktu Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak baru mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada April ...
HRW Mengecam Anwar
›
Anwar Cuba Membaharui Imej Islamnya Baru-baru ini, Anwar Ibrahim direkodkan berkata bahawa diskriminasi terhadap golongan homoseksual ...
24 Jul 2012
Pembangkang Meroyan Slogan Hari Kemerdekaan Ke 55 Tahun
›
Kenapa Pembangkang Meroyan Dengan Tema Hari Kemerdekaan?Slogannya mudah, “Janji DiTepati” tetapi cukup untuk membuatkan Pakatan Rakyat ...
23 Jul 2012
Jasa Najib di Usia 59 Tahun
›
YAB Dato’ Seri Najib mungkin baru 3 tahun memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia, namun jasa-jasa beliau kepada rakyat dan negara be...
PAS Buang Ulama, UMNO Ambil Ulama
›
Tidak berapa lama dulu, PAS pernah dikenali sebagai parti alim ulama berikutan ramainya para ulama pondok dan ilmuan agama lulusan dari...
‹
›
Laman utama
Papar versi web