Kebolehan dan keupayaan wanita untuk menjadi tonggak pentadbiran negara telah disifatkan sebagai setanding dengan lelaki. Menurut Pakar Sejarah, Prof Datuk Dr Ramlah Adam, ini terbukti dengan pengiktirafan sewajarnya diberi kepada wanita dibawah manifesto Barisan Nasional yang diumumkan pada Sabtu yang lalu.
Penyertaan wanita dalam pentadbiran negara perlu diberi perhatian istimewa kerana hari ni telah terbukti bahawa wanita lebih cenderung untuk bersaing dan mereka berpendidikan serta bersedia memikul tanggungjawab sebagai pembuat dasar di peringkat kebangsaan.
Wanita perlukan pengiktirafan ini dan juga peluang untuk mereka berdiri sendiri. Selain itu, wanita sekarang juga mampu untuk membantu keluarga seiring dengan kaum lelaki yang selama ini hanya mereka dipertanggungjawabkan untuk meringankan beban keluarga.
Wanita mampu untuk membantu kaum lelaki dan kudrat yang mereka ada mampu untuk menjana pendapatan yang lebih dengan keyakinan mereka agar pergi lebih jauh. Peranan wanita perlu diperkukuhkan kerana mereka bebas dan mampu mencipta cerita-cerita kejayaan sama seperti kaum lelaki.
Manifesto yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun razak pada Sabtu yang lalu dianggap menyeluruh,termasuk rancangan yang telah dibariskan dengan tujuan untuk menigkatkan taraf hidup wanita.
Manifesto Barisan Nasional untuk pilihanraya umum ke-13 yang dijanjikan juga antara lainnya adalah untuk menyediakan lebih banyak peluang perniagaan dan insentif kerja dari rumah untuk kaum wanita. Selain itu juga ianya untuk meningkatkan bilangan wanita yang terlibat sebagai pembuat dasar negara.
Manifesto yang bertemakan harapan dan janji ini juga menggalakkan kesaksamaan jantina untuk memaksimumkan potensi rakyat Malaysia. Manifesto ini juga akan mengatasi kes gangguan seksual terhadap wanita di rumah dan di tempat kerja. Selain dari itu, ia juga menggalakkan pembukaan Nursery Anak 1Malaysia di semua pejabat-pejabat kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan serta syarikat swasta. Ini supaya wanita dapat bekerja dengan lebih efektif tanpa rasa kebimbangan yang melampau akibat memikirkan anak-anak dibawah jagaan orang lain yang jauh dari tempat kerja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implaksi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa