Manifesto Pakatan Rakyat Johor yang dilancarkan kelmarin oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat bersama pemimpin tertinggi PR menyaksikan beberapa perkara dijanjikan untuk rakyat Johor. Terdapat 15 perkara pokok dalam manifesto berkenaan yang kebanyakan besarnya diadaptasi daripada manifesto Selangor yang sehingga hari ini masih lagi tidak tertunai.
Namun begitu, apa yang menarik perhatian adalah janji PR untuk menghadkan jawatan Menteri Besar selama dua penggal, yang mana mencacatkan manifesto berkenaan dan boleh dianggap “gagal sebelum dilaksanakan”.
Hal ini kerana, fakta nyata di hadapan mata rakyat Johor adalah Nik Aziz, yang telah menjadi menteri besar Kelantan sejak 1990 sehingga kini masih lagi menjadi menteri besar sekaligus menyatakan kebenaran bahawa mustahil PR akan melaksanakan janji-janji manifesto mereka.
Contoh nyata itu sekaligus menjawab persoalan rakyat, bolehkah PR dipercayai? sudah tentu sekali mustahil! Nik Aziz telah menjadi menteri besar Kelantan sejak 20 tahun lalu. Ini bermakna telah 5 penggal beliau berkhidmat.
Walaupun jika dilihat dari segi fizikalnya, Nik Aziz sudah sepatutnya mencontohi Tun Dr mahathir Mohamad yang melepaskan jawatan perdana menteri, dan bersara.
Berbalik kepada soal manifesto PR di Johor, ironinya, ia dilancarkan Nik Aziz sendiri … lucu, seorang yang telah mentadbir Kelantan sejak sekian lama sebagai menteri besar, melancarkan manifesto PR yang mengandungi janji menteri besar PR hanya akan berkhidmat selama dua penggal.
Pelik, amatlah pelik dan nyata tidak masuk akal. Boleh dipercayai? sikit pun tak boleh. Manifesto yang gagal. Itu baru disentuh satu perkara dalam manifesto negeri yang ingin ditawan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).
Bagaimana kita mahu mempercayai tawaran manifesto Pusat PR? Lagi banyak contoh kegagalan yang dapat dilihat dan mewujudkan keraguan.
Bukan setakat manifesto Pusat tidak menyatakan tindakan PR untuk menambah sumber pendapatan negara sebaliknya menghabiskan wang negara, manifesto negeri juga gagal menunjukkan perkara sama.
PR hanya tahu berbelanja tanpa mengambil kira sustainabality kerajaan. Semua perkara janji nak beri percuma, penghujungnya jual negara kepada orang asing untuk dijadikan pendapatan negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implaksi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa