Pages

16 Apr 2013

Nak Berzina & Terlepas Masuklah PAS



MUDAH betul jadi orang PAS, macam mana kukuh bukti pun, pemimpin lain parti Islam itu akan silih berganti mempertahankan  pemimpin yang kena.  Konon ini fitnahlah, nak dekat pilihanrayalah, bukan dialah dan sebagainya.  Peliknya tu, yang kena tak pula bagi pengakuan terlibat atau tidak.  Macai yang keliling ini saja sibuk menafikan, permainan jenis apa pulak ni?

Bila tidak ada video, dia mintak video.  Bila sudah ada video, dia mintak yang jelas, kabur tak mau.  Bila ada video yang gambar jelas, dia mintak suara pulak.  Bila gambar dah jelas, suara pun ada, DIA KATA ITU BUKAN PEMIMPIN TERSEBUT!!!  Bak kata pepatah orang putih “sound like me, looks like me but not me”.

Pulak dah.

Senang cakap, ada sajalah alasan kenapa tak nak mengakui penglibatan pemimpin PAS dalam hal-hal macam ini.  Tapi jangan pemimpin UMNO, takdak bukti, takdak suara hanya air liur, dah berbuih mulut orang PAS merata menyampaikan.

Contohnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib sendiri pada satu ketika dulu, lebih tepat lagi sewaktu menjadi Menteri Pertahanan.  Konon pernah ditangkap berkhalwat dengan seorang artis popular pada waktu itu di Port Dickson.  Tapi sebab yang terlibat ini Najib, maka adalah campur tangan Menteri Besar, pegawai agama, Jabatan agama dan akhirnya kes itu tutup macam itu saja – kata mereka.

Semua ini tidak ada bukti, tidak ada saksi, jauh lagi video dan audio, tapi melopong juga orang-orang PAS mendengarnya. Diulang-ulanglah benda itu berulang kali sampai melekat dalam kepala orang.  Penulis masih ingat pada waktu itu, jangan nama Najib keluar, nama artis wanita tadi mesti ada.  

Ketahap macam itu permainan mereka, walaupun tidak ada bukti apa pun, hanya cerita mulut ke mulut. Terlupalah dia tu selagi fitnah itu dipanjang-panjangkan, selama itulah orang yang kena tuduh dapat pahala.

Dan banyak lagi kes seumpama itu, tapi hairan, mereka tak sibuk pulak minta bukti.

Yang ini, video, audio, gambar jelas tahap ‘crystal clear’, terang, masih nak nafikan?  Senang betul hidup, dan semua ini berlaku semasa puak-puak ini belum lagi menjadi kerajaan.  Kalau dah jadi kerajaan gamaknya, digunakan polis, mahkamah dan segala bagai untuk tutup kes.

Ini cara PAS dan kelompoknya melindungi ‘kawanan’ mereka.  Anjing dah sama anjing tapi dalam kes ini, seekor anjing sudah kena, anjing lain buat sibuk melaung tengah malam untuk kalihkan perhatian, ibarat kata macam itu.

Dan ini hanya berlaku kepada pemimpin yang mereka suka saja, kalau yang tak suka, tak menyempat-nyempat nak pecat, dalam banyak kes, tidak langsung diberi peluang untuk membela diri pun,
Ulang sekali lagi, semua ini sebelum puak ini jadi kerajaan!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implaksi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa