10 APR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin diadakan pada 5 Mei depan , manakala hari penamaan calon pada 22 April ini.
Ia diumumkan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di ibu pejabat SPR di Putrajaya, Jumaat.
Abdul Aziz berkata, tarikh pengundian awal pula ditetapkan pada 30 April ini.
“Sebanyak 42 pusat mengundi akan dibuka bagi tujuan pengundian,” katanya.
Tambah Abdul Aziz, jumlah pengundi bagi Parlimen Rompin adalah 53,294 orang.
“SPR akan menggunakan Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Rompin sebagai pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan undi rasmi.
PRK Rompin diadakan berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, baru-baru ini.
Nahas itu turut mengorbankan lima yang lain, termasuk Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Azlin Alias dan pengawal peribadi Jamaluddin, Razkan Seran.
Abdul Aziz berkata, SPR pada mulanya bercadang untuk mengadakan PRK itu serentak dengan PRK Permatang Pauh pada 7 Mei, namun diputuskan supaya diadakan dua hari lebih awal kerana 7 Mei adalah Hari Hol bagi negeri Pahang.
“Hari Hol adalah cuti umum bagi negeri Pahang dan banyak program penting diadakan membabitkan kerabat diraja, pihak istana serta ketua jabatan, justeru 7 Mei adalah tidak sesuai (diadakan PRK Rompin),” katanya. BNBBC
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implaksi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa