Pages

13 Apr 2015

Hanya Orang Kaya Bantah BR1M

KUALA LUMPUR, 13 April – Pemberian BR1M merupakan satu bentuk pelaksanaan subsidi bersasar. Ia adalah hasil daripada langkah penyelarasan pemberian subsidi dengan mengubah dasar pemberian iaitu daripada subsidi pukal kepada bersasar. BR1M dianggap sebagai rahmat yang besar nilainya kepada mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana. Disamping itu juga ianya dapat mengurangkan beban kewangan mereka dan menjana ekonomi secara langsung.

Namun perkara ini ditentang keras dan secara berterusan oleh Tun Mahathir yang seolah-olah lupa bahawa beliau bukan lagi Perdana Menteri Malaysia.

Rakyat Malaysia yang berpendapatan tinggi pula tidak memenuhi syarat kelayakan untuk menerima BR1M. Mereka inilah yang dilihat bersuara cukup lantang mengkritik pemberian BR1M kepada golongan yang berpendapatan rendah.

Pemberian BR1M dengan nilai RM650 adalah untuk kategori isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah. Malah, kerajaan turut memperluaskan bantuan kepada isi rumah berpendapatan bulanan di antara RM3,001 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan RM450.

Manakala bagi warga emas sebatang kara berumur 60 tahun ke atas layak juga layak menerima kenaikan BR1M dengan jumlah nilai yang sama. Orang bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan bulanan RM2,000 ke bawah juga menerima kenaikan bantuan BR1M daripada RM250.00 kepada RM300.

Adakah Tun Mahathir dan golongan kaya tidak faham akan tujuan pemberian BR1M ataupun perasaan tamak telah menguasai diri mereka sehingga menidakkan “hak” orang lain?

Pemberian BR1M merupakan pemberian ‘one off’ yang bertujuan meringankan bebanan kos sara hidup golongan berpendapatan rendah di negara ini. Ianya merupakan dasar yang cukup baik dan unik bagi memastikan pelaksanaan subsidi yang adil kerana pelaksanaan subsidi selama ini dilihat terdedah kepada pembaziran dan ketirisan. Malah, golongan yang tidak sepatutnya turut menikmatinya. Contohnya, setiap liter petrol RON95 ada subsidi sebanyak 63 sen turut dinikmati oleh pengguna kereta berkapasiti tinggi.

Hakikat inilah yang mendorong bantahan dari pihak yang berpendapatan tinggi. Mereka masih lagi tamak dan mahukan bantuan daripada kerajaan dalam bentuk seperti subsidi minyak walaupun diri mereka merupakan golongan yang kaya dan mampu menangani kos sara hidup.

Dan golongan ini jugalah yang mendapat tempat di hati Tun Mahathir. Beliau sanggup melabelkan penerima BR1M sebagai manusia yang tidak kenang budi. Bagaimana pula dengan golongan kaya dan pertengahan yang selama ini mendapat subsidi petrol dari kerajaan tetapi dengan angkuhnya mengkritik dan “menghentam” kerajaan dengan segala fitnah jahat mereka?Fikir-fikirkanlah.

Sebagai rujukan, rakyat juga perlu tahu bahawa kajian oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mendapati, di seluruh dunia manfaat subsidi petrol kepada rakyat mengikut pendapatan isi rumah adalah sangat regresif. Lebih 80 peratus manfaat subsidi petrol dinikmati golongan 40 peratus isi rumah berpendapatan tinggi. Manakala bagi diesel dan gas petroleum cecair (LPG) juga dinikmati oleh 40 peratus isi berpendapatan tinggi.

Penstrukturan semula subsidi memperkukuh kedudukan ekonomi negara di samping memastikan subsidi yang diberi kerajaan itu benar-benar dinikmati oleh kumpulan sasar. Walaupun begitu Kerajaan masih lagi memberikan subsidi bagi barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, subsidi kadar elektrik bagi penggunaan RM20 ke bawah serta insentif hasil tangkapan nelayan dan hasil pengeluaran padi.

-PRU14.tv

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implaksi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa