Ringkasan: Ketua Menteri Pulau Pinang mendakwa mengundi BN adalah mengundi untuk GST.
Link:
http://www.roketkini.com/2015/04/13/prk-permatang-pauh-undi-bn-adalah-undi-gst-dan-hutang-1mdb/
Penjelasan:
Sifat hipokrisi, bermuka-muka dan berdusta pembangkang dalam isu GST jelas menyerlah dalam kenyataan seperti di atas. Pemimpin pembangkang membisu dan tidak mahu komen tentang pendirian yang telah mereka nyatakan sebelum ini berkaitan GST.
Apabila rang undang-undang GST ditarik balik dari Parlimen pada Mac 2010, parti-parti pembangkanglah yang menyelar kerajaan kerana mengubah keputusan. Sila lihat http://gstmalaysiainfo.com/pakatan-flays-government-over-gst-delay/
Timbalan Presiden PKR pun pernah menyatakan pendirian bahawa mereka menerima GST adalah baik dan PR tidak menolaknya. Sila lihat
http://gstmalaysiainfo.com/pembangkang-tidak-pernah-tentang-gst-kata-azmin/
Ketua Pembangkang juga pernah berkata sekiranya mereka memegang tampuk pemerintahan, mereka juga akan melaksanakan GST. Sila lihat http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/opposition-would-also-implement-gst-if-in-power-says-anwar-bernama
Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai pula berkata sekiranya PR memerintah, kajian semula akan dibuat ke atas GST. Sila lihat http://www.rakyattimes.com/index.php/news/3441-nurul-izzah-we-ll-review-gst-if-we-take-putrajaya
Persoalannya, sekiranya sekarang mereka membantah bermatian-matian pelaksanaan GST, kenapa tak dibuat sahaja satu ikrar kepada pengundi bahawa GST akan dimansuhkan secara total jika pembangkang berkuasa? Kenapa pula mahu buat kajian semula sedangkan selama ini mereka berhempas-pulas menentang dan mengatakan GST itu tidak baik kepada negara? Dalam konteks ini, masyarakat harus lihat dan sedar bahawa setakat ini tiada seorang pemimpin pembangkang yang mahu secara jelas dan terang membuat deklarasi mereka akan memansuhkan GST sekiranya berkuasa. Sebenarnya, pembangkang pun akan meneruskan GST. Kempen anti-GST sekarang hanyalah untuk meraih modal politik dan mengabui pengundi tentang niat sebenar mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implaksi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa