Pages

29 Okt 2015

1MDB: Tiada Apa Yang Disembunyikan, Kata Arul Kanda


KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- 1Malaysia Development Berhad berkata syarikat itu tidak menyembunyikan sebarang perkara.

"Sesungguhnya, tiada suatu perkara pun mengenai 1MDB yang disembunyikan," kata presiden dan pengarah eksekutif kumpulannya, Arul Kanda Kandasamy kepada Bernama TV.

"Dan jika ada sebarang cubaan untuk berbuat demikian, ia adalah mustahil.

"Ini kerana ada lima agensi siasatan yang sedang memerhati 1MDB -- Bank Negara, Jabatan Audit Negara, polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara.

"Kesemua agensi ini diberi maklumat tentang syarikat ini...apa yang berlaku dalam 1MDB. Siasatan ini sedang diteruskan. Kami akan beri kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa yang sah itu," katanya.

Beliau berkata demikian dalam program khas 'Bernama TV with Arul Kanda' melalui Astro 502, HyppTV 410 dan www.bernama.com. pada pukul 10 malam ini.

Program itu dihoskan bersama penerbit Bernama TV Suriati Sanusi dan Timbalan Ketua Pengarang Bernama (Perkhidmatan Berita Ekonomi) Mikhail Raj Abdullah.

Menjawab soalan Mikhail Raj sama ada terdapat kemungkinan sebahagian daripada hutang 1MDB berjumlah RM42 bilion dimasukkan ke dalam kocek seseorang, beliau berkata semua jumlah itu diambil kira melalui pelbagai penyata kewangan.

"Malah, pada Jun ini, kami menyatakan dengan setepat-tepatnya ke mana dana itu digunakan. Ia merupakan pelaburan bercampur...pembelian aset tenaga dan pembelian tanah.

"Setiap sen daripada hutang kami telah diambil kira. Ia boleh disahkan dengan menyemak penyata kewangan kami," katanya.

Beliau berkata penyata kewangan 1MDB dibentangkan kepada orang ramai melalui laman sesawang Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan penyata ini boleh dimuat turun.

Mengenai tindakan pihak tertentu melemparkan pelbagai tuduhan mengenai 1MDB, Arul Kanda berkata mereka perlu mengemukakan bukti mengenainya kepada pihak berkuasa.

"Seperti yang saya katakan sebelum ini, ada lima pihak berkuasa siasatan yang memerhati 1MDB. Ia hingga ke tahap iaitu sama ada terdapat bukti atau tidak, pihak berkenaan perlu membuat laporan mengenainya," kata beliau.

Beliau berkata terdapat laporan awam dibuat terhadap 1MDB, termasuk kepada SPRM, dan syarikat ini bekerjasama dengan pihak berkuasa dengan mengemukakan maklumat yang diperlukan.

"Akaun kami sangat jelas. Kami boleh tunjukkan ke mana perginya dana berhubung operasi syarikat ini," katanya.

-- BERNAMA

Adakah benar Tanggung Jawab PM meluluskan peruntukan 1Bestari.net ?


Pada awalnya Tan Sri Muhyiddin mula menjawat jawatan Menteri Pelajaran pada 10 April 2009 setelah berlaku rombakan kabinet apabila Tun Abdullah meletakkan jawatan Perdana Menteri Malaysia.

Dari awal pentadbiran Dato Seri Mohd Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia , pelbagai usaha telah dibuat bagi memastikan pendidikan sebagai suatu perkara utama yang perlu diberikan perhatian dan telah diwujudkan suatu bidang keberhasilan negara yang di panggil sebagai

"NKRA Perkukuh Pendidikan kearah Negara Maju"

Dari sini, Pihak Kementerian pendidikan sendiri telah memilih untuk menggunakan kaedah ICT bagi menghubungkan jaringan internet kepada sekolah-sekolah dengan harapan dapat memberikan capaian yang menyeluruh kepada beberapa toolkit SIP ( Sekolah Berprestasi Tinggi) pada setiap sekolah .

Perkara ini telah dipersetujui pada dasarnya oleh semua pihak yang amat mengharapkan agar sekurang-kurangnya terdapat sebanyak 70% sekolah diliputi capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi.

Persoalan : Bagaimana pula dengan pemilihan YTL sebagai Penyedia Perkhidmatan Utama ?

Perhubungan yang rapat diantara Tan Sri Francis Yeoh serta Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah perkara yang tidak dapat disembunyikan lagi.

Semenjak dari awal lagi, Tan Sri Muhyiddin telah dilihat bersama-sama didalam beberapa majlis sosial kelolaan YTL termasuklah pada bulan Oktober 2009 setelah 6 bulan menjawat jawatan TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin berada didalam majlis bersama Anna Kournikova , pemain tenis dunia yang mengadakan program motivasi menggilap potensi pelajar Malaysia dalam mencapai keinginan mereka.

Semenjak dari itu, YTL dilihat aktif dalam menaja program-program Kementerian Pelajaran . Keadaan ini kelihatan seperti dokongan yang kuat bagi pihak YTL kepada TPM pada ketika itu seperti pesta mengharapkan durian runtuh.

Selepas dari itu, kelihatan program- program yang berorientasikan pendidikan yang dianjurkan oleh YTL.

Durian Berharga RM 4.077 Billion jatuh ke pangkuan YTL

Pada bulan Januari 2013, telah dimulakan suatu usaha yang radikal untuk menggantikan penggunaan buku teks kepada komputer riba .

Biarpun pada guru-guru telah dibekalkan dengan peralatan ICT yang canggih, namun begitu keberkesanan penggunaan applikasi online berada pada tahap yang minima iaitu hanya 4% dari pelajar-pelajar.

Semenjak itu, kegagalan demi kegagalan dalam sistem pendidikan telah berlaku .

Bermulanya dari isu kertas jawapan yang bocor, kemudian diikuti dengan kegagalan sistem Penikaian berasaskan sekolah, ditambah lagi dengan capaian yang kurang memuaskan dari penyedia perkhidmatan 1Bestari .

Pada pihak kementerian pelajaran pada ketika itu pula, mereka memilih untuk mendiamkan diri dan pada ketika itu juga, YTL juga memilih untuk mendiamkan diri .

Keraian dari YTL telah berakhir.

Kesan dari tindakan Tan Sri Muhyiddin pula mengakibatkan seramai 300,000 warga pendidik dan juga 3 juta ibu bapa dalam keadaan yang resah dan gelisah memikirkan masa depan anak-anak mereka dan memaksa kementerian Pendidikan membuat tindakan susulan bagi memastikan masalah ini selesai.

Pada tahun 2014 juga, kerajaan terpaksa membelanjakan lebih RM 25 Billion bagi membolehkan sekolah meneruskan pembangunan anak bangsa. Namun begitu dengan kegagalan yang menghantui para pendidik serta ibu bapa, Tan Sri Muhyiddin masih lagi terus menerus menafikan kegagalannya.

28 Okt 2015

1MDB Has Not Defaulted On Interest, Principal Payments


KUALA LUMPUR, Oct 27 (Bernama) -- Strategic development company, 1Malaysia Development Bhd (1MDB), has not defaulted on its loan repayments and is fully committed to its obligation to repay its debts of RM42 billion.

The move would give more breathing space for the company to effectively implement its rationalisation plan, said President and Group Executive Director, Arul Kanda Kandasamy.

"We have consistently met both our interest and principal debt repayments on time," he said.

"In the course of 2015, we have repaid the principal and serviced the interest," he told reporters after a recording a special programme entitled "Bernama TV with Arul Kanda" to be aired tomorrow at 10 pm on Astro 502, HyppTV 410 and www.bernama.com.

"Obviously, we have interest to pay as and when it's due," he said.

1MDB's fully disclosed audited and publicly available accounts from March 31, 2010 to March 31, 2014 showed that its total debts stood at RM42 billion.

Arul Kanda said that in February 2015, 1MDB repaid a RM2 billion loan to a consortium of local banks and subsequent to that, it paid around RM800 million in principal repayments relating to debts with other local banks.

In June, 1MDB repaid RM3.6 billion or a US$975 million syndicated loan to a consortium of foreign banks led by Deutsche Bank.

"In the course of the year we've consistently met our principal repayment and paid the interest on the debts of 1MDB," he said.

Right now, Arul Kanda said 1MDB was focusing on its rationalisation plan which was announced in June.

The plan consists of three key parts -- firstly involving the sale of equities in energy company, Edra Global Energy Bhd, with the intention of reducing 1MDB's debts by between RM16 and RM18 billion through the sale of Edra's power assets.

Secondly, is the debt equity swap with Abu Dhabi wealth fund International Petroleum Investment Company (IPIC).

The deal would see IPIC taking over certain debts in return for 1MDB transferring to IPIC the US dollar cash and fund units that 1MDB owned. This exercise would reduce 1MDB's total debts by about RM16 billion.

Lastly, was the sale of 1MDB's equity in Bandar Malaysia valued around RM11 billion.

Arul Kanda said the total sale of these assets would lead to a substantial reduction in 1MDB's total debts.

As for Bandar Malaysia, which attracted significant investor interest from China, the Middle East and domestic companies, he expressed hope that 1MDB would receive final binding bids for development partners in two weeks.

He said the partners could be a mixture of domestic and international investors on their own or by way of forming a consortium.

Two weeks ago, 1MDB announced that four bidders were shorlisted as development partners for Bandar Malaysia's entire 197 hectares.

"We remain confident that in a few weeks we should get the final binding bids in order for us to decide who should become the development partner for Bandar Malaysia," he said.

Touching on the Tun Razak Exchange (TRX), Arul Kanda said 1MDB sold several lots of land in TRX for RM1.3 billion to both international and domestic investments.

Going forward, he said what was most significant was to ensure that 1MDB met its debt obligations and infrastructure commitment for both TRX and Bandar Malaysia.

"This is the key element to ensure that the rationalisation plan can succeed.

"We are meeting interest and principle repayments and then we will be given breathing space to achieve this objective," he said.

-- BERNAMA

27 Okt 2015

MUHYIDDIN BERBOHONG DI PROGRAM BICARA SEMASA ANJURAN SINAR HARIAN DI JOHOR BAHARU 25.10.15.



1. Dakwaan Muhyiddin, kononnya Arul Kanda hanya bercakap kepada Jemaah Menteri 10 hingga 15 minit tanpa membawa sebarang kertas pembentangan memang bohong. Sebenarnya, Arul telah diminta membentangkan mengenai penilaian strategik, termasuk penjualan aset dan pembayaran semula hutang. Selepas pembentangan, ada sesi soal jawab yang mengambil masa selama 45 minit.

2. TSMY sengaja menyembunyikan fakta bahawa sebelum pembentangan Arul,  juruaudit Deloitte telah diminta membentangkan laporannya mengenai 1MDB. Kenapa Muhyiddin tidak menjelaskan iaitu dalam mesyuarat yang sama, kabinet memutuskan agar pihak ketiga yang berkecuali dilantik untuk melakukan penilaian semula terhadap 1MDB. Keputusan ini disusuli dengan pelantikan Ketua Audit Negara yang perlu melaporkan hasil siasatannya kepada PAC.

3. Satu lagi pembohongan Muhyiddin ialah apabila dia mengatakan bahawa 1MDB telah meminjam RM2 bilion daripada Ananda Krishnan. Itu BOHONG kerana sebenarnya berdasarkan perjanjian pembelian Powertek Investment Holdings (PIH), dinyatakan bahawa Tanjong PLC perlu melanggan semula ekuiti di dalam PIH bernilai RM2 bilion dan hasilnya digunakan bagi membayar semula pinjaman yang diuruskan oleh Maybank dan RHB. Mungkin Muhyiddin tidak faham fakta ini kerana minat beliau hanyalah mencari salah dan menggunakan hujah Tony Pua dan Sarawak Report.

4. Muhyiddin juga menyelewengkan fakta apabila mengatakan kabinet bersetuju menyuntik RM950 juta kepada 1MDB. Sedangkan yang dipersetujui oleh Jamaah Menteri adalah untuk menyediakan 'standby credit', iaitu pinjaman jangka pendek yang sama sekali berbeza dengan suntikan modal.

5. Muhyiddin juga mendedahkan 1MDB ada memohon pinjaman sebanyak RM 3 bilion dalam mesyuarat Kabinet. Ini bermakna TSMY mengaku isu 1MDB ada dibincang dalam Kabinet dan dibuat secara telus. Apatah lagi dia mengakui permohonan 1MDB itu telah ditolak sehingga menyebabkan 1MDB telah membuat permohonan kali kedua dan itu pun hanya diluluskan sebanyak RM 950 juta sahaja. Secara tidak sengaja TSMY MENGAKUI bahawa perkara berkaitan 1MDB memang ada dibincangkan di peringkat kabinet dan diputuskan secara TELUS dan BERSAMA. Kenapakah sebelum ini Muhyiddin sering mengatakan dia tidak tahu apa-apa mengenai 1MDB dan memberi gambaran seolah-olah 1MDB tidak dibincangkan di mesyuarat Kabinet??

6. TSMY secara sinis berkata apahal 1MDB ni, sudahlah berhutang dengan Ananda Khrisna RM2 bilion kemudian nak meminjam lagi sebanyak RM 3 bilion. "Pinjam atas pinjam, ini nak berniaga apa? Apakah kita mahu kerajaan, generasi akan datang dan anak cucu kita terpaksa menanggung hutang"? Sebenarnya Muhyiddin lupa, bila dia memperkenalkan Amanah Saham Johor dan Dana Johor, ramai rakyat Johor yang meminjam di Bank kerana terpengaruh dengan janji beliau. Dana Johor sudah lingkup tetapi rakyat terutamanya orang kampung terpaksa menanggung hutang hingga ke anak cucu.

7. Rupanya TSMY juga Melayu Mudah Lupa.

26 Okt 2015

AGENDA MELAYU TERUS DIPERKASAKAN DALAM BAJET 2016.



DS Najib membuktikan dia adalah pemimpin UMNO yang tetap mengutamakan perjuangan Agenda Melayu. Ini terbukti kerana dalam Bajet 2016 perkara yang berkaitan dengan Agenda Melayu tidak dilupakan. DAP pasti tidak suka kerana DAP memperjuangkan Malaysian Malaysia atau Middle Malaysia. Dasar "kesemerataan" yg diperjuangakn DAP akan menyaksikan Perlembagaan Persekutuan akan dirobek robek. Secara halus ini yang sedang berlaku di Pulau Pinang. Tetapi apa yang dapat dilakukan oleh PKR dan Parti Amanah Negara? Mereka hanya diam membatu kerana DAP cukup berkuasa dan keras kepala.

2. Lihat sahaja "Bajet Pakatan" yang diedarkan di Parlimen. Ia Bajet yg terlalu umum. Mana dia Agenda Melayu dalam Bajet tersebut? Memang tidak ada. Itu bukan dasar PKR dan Wan Azizah tidak akan berani mendesak Lim Guan Eng. Ini yang berlaku kepada penduduk di Kg Buah Pala. Mereka dihalau tanpa pembelaan oleh PKR dan PAS ketika itu.

3. Berbeza dengan Bajet 2016 kerana menggariskan dengan jelas usaha memperkasakan orang Melayu termasuk Bumiputra di Sabah dan Sarawak. Sebanyak RM150 juta disalurkan kepada Unit Peneraju Agenda Bumiputra (TERAJU) untuk pelaksanaan pelbagai program termasuk Skim Usahawan Permulaan Bumiputra dan Program Syarikat Bumiputra Berprestasi Tinggi. Sejumlah RM150 juta juga diperuntukkan kepada Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputra untuk program Peneraju Tunas, Peneraju Profesional serta Peneraju Skil dan Iltizam.

4. MARA pula diperuntukkan RM3.7 bilion termasuk untuk menaja 72,000 pelajar Bumiputra di peringkat pengajian tinggi.

5. Bagi memantapkan pemilikan ekuiti serta memperhebat keusahawanan dan peniagaan Bumiputra, RM400 juta diperuntukkan kepada Dana Ekuiti Nasional Bhd (EKUINAS), RM250 juta kepada Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB), RM150 juta kepada Pelaburan Hartanah Bhd, dan RM100 juta kepada UDA Holdings untuk tujuan pembangunan Kampung Baru Kuala Lumpur.

6. Pembinaan 4 buah MRSM dan 5 buah Sekolah Berasrama Penuh satu lagi Agenda Melayu oleh Najib yang besar khususnya bagi memastikan orang Melayu dan Bumiputra boleh bersaing dengan level playing field yang sama di masa akan datang.

"Some economic facts about Malaysia....


(1) Nominal GDP per capita (US$)  - Ranking out of 186 countries (IMF)
(i)    USA 5
(ii)   Singapore 6
(iii)  Malaysia 62
(iv)  China 74
(v)   Thailand 90
(vi)  Sri lanka 114
(vii)  Indonesia 118
(viii) Philippines 123
(ix)  Vietnam 131

(2) GDP (PPP) per capita (US$)  - Ranking out of 16 countries (IMF)
(i)    Singapore 3
(ii)    USA 10
(iii)   Malaysia 47
(iv)   Thailand  76
(v)    China 88
(vi)   Indonesia 102
(vii)  Sri Lanka 103
(viii) Philippines 119
(ix)  Vietnam 126

(3) Property Price to Income ratio (years of income)
(i)    USA  3.39
(ii)   Malaysia 8.6
(iii)  Thailand 18.19
(iv)  Philippines  18.65
(v)   Indonesia  20.28
(vi)  China 22.95
(vii) Singapore  23.87
(viii) Sri Lanka NA
(ix) Vietnam NA

(4) Cost of Living Index
(i)    Philippines  23.67
(ii)   Vietnam 25.47
(iii)  Malaysia  25.51
(iv)  Sri Lanka  25.56
(v)   Indonesia  26.23
(vi)  Thailand 27.97
(vii) China  32.96
(viii) USA 52.01
(ix)  Singapore 79.52

(5) Quality of Life Index
(i)    USA 220.38
(ii)   Singapore 152.09  
(iii)  Malaysia  112.21
(iv)  Thailand   68.85
(v)   China  61.79
(vi)  Philippines 60.06
(vii) Vietnam  47.62
(viii) Indonesia 31.78
(ix)  Sri Lanka NQ ( No Quality)

*I included Sri Lanka because I thought Ambiga may want to start some street protests there.

In summary, there are areas where Malaysia can improve on but we are definitely no where near what the zombies opposition say we are. We are not the best (yet) by any stretch of the imagination but lots of improvements have been made over the last 6 years particularly on the government and economic transformations programs. PM Najib must be given enough time to complete the tasks he set out to do instead of listening to al the lies and spins perpetuated by the Opposition."

23 Okt 2015

MALAYSIA’S MAHATHIR SAYS LITTLE CHANCE OF OUSTING PM NAJIB


Malaysia’s former prime minister Mahathir Mohamad during an interview with Reuters at his office in Petronas Towers
(Reuters) – Malaysia’s former premier Mahathir Mohamad conceded on Thursday that the chances of unseating Prime Minister Najib Razak before elections in 2018 are slim, despite his rallying cries for a “people’s power” movement to topple the country’s leader.
The 90-year-old statesman, who led Malaysia for 22 years, has called on Najib to step down following allegations of corruption and mismanagement at state-owned fund 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
But Mahathir says lawmakers within Najib’s United Malays National Organisation (UMNO) party are protecting their leader, and slammed them for not speaking up.
“All of them are scared and they look after their own safety. They’re not looking after the party, the nation. It’s about themselves,” he told Reuters, speaking from his office at the Petronas Towers in Kuala Lumpur.
“The way he’s going he might go full term. The way UMNO has accepted him because they find he’s comfortable to be with, I think he can go full term.”
Mahathir was once Najib’s patron but turned against him in 2013 by criticizing the government’s economic policies and friendliness with the West.
The former leader demanded Najib step down after it was reported in July that investigators looking into alleged wrongdoing at 1MDB had traced a payment of nearly $700 million going into the Prime Minister’s personal bank accounts.
Najib denies taking any money for personal gain and Reuters has not verified these reports.
The fallout from the allegations has scared away foreign investors though, adding to pressure on Malaysia’s economy that was already suffering from falling commodity prices.
NO CONFIDENCE VOTES
Opposition leaders have called on all lawmakers to reject the annual budget that Najib will present to Parliament on Friday as a show of no confidence against him. They have also tried to bring a formal no confidence vote against him.
But Mahathir said such measures would fail as the opposition does not have the numbers to challenge the ruling coalition.
“The fact is that, the opposition is not able to gather enough people to support that. So the government with more support in parliament will push it (the budget) through.”
He said UMNO lawmakers were scared of Najib taking action against them, while some others were just “comfortable”.
Najib has previously cracked down on dissenters in his government, ousting his deputy Muhyiddin Yassin and other ministers critical of his governance in a cabinet reshuffle earlier this year.
He also replaced the Attorney General who was leading an investigation into 1MDB.
Muhyiddin, who is the current UMNO deputy president, made a rare public appearance with Mahathir earlier this month to condemn the arrest of two men who approached foreign investigators with documents about 1MDB.
Mahathir said he believes Muhyiddin could lead the country, if Najib were to go.
“The former deputy PM would still be able to lead the country, provided that he listens to good advice…people with experience,” he said.
Mahathir said he was concerned following reports that police were investigating him for allegedly making defamatory comments during a rally to protest against Najib.
Mahathir says little chance of ousting Najib (Reuters):http://www.malaysia-today.net/malaysias-mahathir-says-litt…/
“I fear, not because of anything, but because of manipulation of justice, manipulation of the law. Otherwise according to the law I have done nothing wrong.”

22 Okt 2015

Selepas Kejayaan TSUNAMI CINA, DAP beralih kepada TSUNAMI MELAYU.



Pada 5 Mei 2013, setelah diumumkan keputusan pru13, hampir 90% pengundi kaum Cina memberi undi kepada DAP. Satu keputusan yang menunjukkan kejayaan PROPAGANDA DAP sehingga tercetus TSUNAMI CINA yang amat dahsyat. Metod propaganda yang diamalkan oleh DAP pada pru13 adalah hampir sama ketika pru tahun 69, akan tetapi pendekatan kali ini ditukar agar tidak kelihatan terlalu ekstrim. Pada 1969, slogan "Malaysian Malaysia" yang dicipta oleh LKY sebelum Singapura berpisah dari Malaysia, telah berjaya menyerapi jiwa pengundi kaum Cina sehingga menyebabkan parti MCA mengalami kekalahan teruk waktu itu.

Pada pru13 baru baru ini, penentangan terhadap hak bumiputra Melayu telah dieksploitasi semula, walaubagaimanapun kali ini bukan DAP yang menjuarai isu ini. DAP telah memilih Anwar Ibrahim untuk "diperkuda" dan menjadi wakil lidah DAP. Pemilihan ini dibuat untuk menjaga kedudukan DAP agar tidak dilihat terlalu ekstrim dan anti Melayu. Dalam ceramah yang diketuai oleh Anwar Ibrahim, beliau dengan amat bangga mengatakan bahawa selepas kemenangan pru13 nanti, maka tiada lagi bentuk penindasan kaum akan tetapi semua kaum dilayan adil dan yang tinggal hanya la "KETUANAN RAKYAT". Propaganda ini dicipta bertujuan untuk menunjukkan bahwa "KETUANAN MELAYU dan ISLAM agama Persekutuan" telah menyebabkan kaum dan agama lain dizalimi dengan begitu teruk dan kehidupan kaum lain amat dhaif dan terseksa. Walaupun pada hakikatnya ianya tidak berlaku. Slogan ini amat selari dengan slogan "Malaysian Malaysia" ciptaan LKY dan sekarang ini diperjuang oleh DAP.

Fahami Maksud Kenyataan MP DAP.

Seorang MP DAP bagi parlimen Kluang iaitu YB Liew Chin Tong telah ditemubual dan direkod oleh wartawan akhbar Sichew Daily selepas pru13 baru baru ini. Kita semua wajar meneliti maksud disebalik kenyataan beliau.

Beliau berkata "TSUNAMI MELAYU" amat penting dan menjadi keutamaan kepada DAP kerana tsunami ini akan menjadi penentu kepada peralihan kuasa kerajaan pada pru14 nanti. Chin Tong berkata lagi cukup sekadar 10% pengundi tetap BN beralih arah dan ditambah kekuatan sokongan pengundi kali pertama pada pru 14, maka UMNO pasti dapat dikalahkan.

Dan beliau mengukuhkan hujah beliau dengan berkata yang membawa maksud, TSUNAMI MELAYU menjadi keutamaan tertinggi untuk DIREALISASIKAN kerana banyak kawasan parlimen dikuasai majoriti pengundi bangsa MELAYU.

Propaganda DAP Untuk Mencipta Tsunami Melayu.

DAP mengetahui dengan jelas bahawa undi MELAYU perlu dipecahkan. Oleh itu DAP menumpukan 3 fasa utama bagi menjayakan TSUNAMI MELAYU.

1) Bagi pemimpin dan pengundi MELAYU dalam parti DAP dan PKR. DAP telah berjaya kuasai 100%.

2) Pengundi dan Pemimpin MELAYU dalam PAS. DAP melakukan PROPAGANDA dengan menyerang pemimpin teratas PAS dengan cara menggambarkan TGHA merupakan seorang KUNO, KOLOT, TIDAK MEMPUNYAI SEMANGAT UNTUK MENANG dan terlalu EKSTRIM. Kejayaan propaganda ini dapat dilihat apabila ramai mantan pemimpin dan "FIGHTER" termasuk ahli bawahan PAS telah berjaya "dibeli", lalu mereka keluar PAS dan menubuhkan PAN. Oleh itu DAP telah berjaya "DIVIDE" PAS dan "RULE" PAN. Akhirnya yang tinggal dalam PAS adalah "pemimpin play safe, bukannya PENCETUS semangat dan tiada semangat FIGHTER".

3) Pengundi dan Pemimpin MELAYU dalam UMNO. DAP amat menyedari bahawa UMNO sebuah parti yang amat kuat terutama selepas kejayaan PM DSN dalam pru13 dengan meningkatkan sokongan pengundi MELAYU dan menambahkan bilangan kerusi parlimen yang dimenangi UMNO.

Bagi tujuan melemahkan UMNO, DAP telah mengorak langkah dengan melakukan beberapa fasa PROPAGANDA bagi tujuan merosakkan UMNO secara luaran dan dalaman. (Pengundi MELAYU yang bukan ahli UMNO dan pengundi UMNO ahli UMNO).

Fasa Pertama: DAP menyedari anak muda bakal penentu kemenangan pada pru14 nanti. Lalu DAP mengambil langkah dengan mengangkat martabat anak muda MELAYU yang Berkalibar, Bermotivasi, Bersemangat dan Mempunyai Hala Tuju dengan memberi jawatan kepada mereka supaya mereka dapat berkhidmat dengan pemimpin DAP dan kebajikan mereka dijaga sepenuhnya. Sebagai contoh seorang anak muda wanita, Azira Aziz, 29 tahun berlelulusan undang undang dari UITM, telah dilantik sebagai pegawai penyelidik kanan kepada Speaker Dun Selangor, YB Hannah Yeoh dari Feb 2014. Seorang mantan pemimpin mahasiswa pula, iaitu saudara Zainol Fahmi telah diberi saguhati rm11k dari kerajaan negeri Pulau Pinang yang dikuasai DAP.

Malah ramai anak muda MELAYU dilantik dalam organisasi DAP diberi imbuhan tetap dan dijaga kebajikkan mereka. Ianya merupakan satu PELABURAN yang AMAT BERBALOI untuk jangka masa panjang. Tindakan ini sebenarnya dilihat amat teratur, penuh kesedaran dan bersungguh oleh DAP dalam memenangi hati anak muda MELAYU di luar sana melalui anak muda MELAYU yang berkhidmat untuk DAP. Ianya juga bertujuan menunjukkan perbezaan DAP dalam melayani dan menghargai anak muda berbanding layanan UMNO terhadap anak muda yang berpontensi.

Fasa Kedua: DAP cukup fokus dalam usaha memindahkan pengundi. Kejayaan yang diperoleh malalui KAJIAN dan PERLAKSANAAN perancangan telah berjaya menyemarakkan semangat DAP. Sebagai contoh, untuk parlimen Gelang Patah pada tahun 2004, seramai 70, 023 pengundi direkod. Berlaku sedikit penambahan pada tahun 2008 apabila 78, 676 layak mengundi. Akan tetapi penambahan amat ketara berlaku pada 2013, sebanyak 106, 726 telah direkod layak mengundi. Penambahan pengundi baru begitu mendadak.

Saya dikhabarkan oleh sahabat saya dari kaum Cina bahawa sekarang ini DAP amat amat amat amat amat sibuk mendaftar pengundi kali pertama dan di Selangor sahaja mereka telah berjaya mendaftarkan lebih 120, 000 pengundi baru. Disamping iu juga DAP aktif melakukan penukaran tempat mengundi dengan memberi tumpuan kepada kawasan parlimen yang dimenangi BN dibawah majoriti 5 ribu.

Fasa Ketiga: DAP perlu dilihat sebagai mesra ISLAM, selain mereka berjaya "mempopularkan" Melati, seorang muslimah yang berniqab. DAP juga melakukan perjumpaan dengan palajar yang belajar di Timur Tengah. Apa yang lebih dahsyat, DAP berjaya menonjolkan diri dengan berjumpa pemimpin parti ISLAM di Turki dan Tunisia melalui "sahabat baik" mereka, pemimpin dalam PAS dan beberapa pemimpin PAN. Perjumpaan dibuat diatas alasan untuk belajar dan memahami secara serious bagaimana sebenarnya perlaksaan ISLAM. Propaganda yang dibuat ini sebagai langkah awal untuk menghantar mesej kepada pengundi MELAYU bahawa DAP bukannya parti anti ISLAM.

Fasa Terakhir dan Paling Berkesan: Dalam merosakkan UMNO secara keseluruhan. DAP memahami mereka tidak boleh kehadapan untuk mendapatkan kepercayaan pengundi MELAYU terutama dalam UMNO. oleh itu DAP amat memerlukan kalangan ahli UMNO dan mantan pemimpin UMNO untuk menjadi "LIDAH MEREKA" tanpa mereka sedari bagi menjayakan propaganda yang dicipta DAP.

Melalui hasil kajian yang dibuat oleh DAP, mereka maklum bahawa pengundi MELAYU begitu mudah TERPERANGKAP dalam permainan PERSEPSI dan begitu mudah DIEKSPLOITASI.

DAP telah melancarkan PROPAGANDA terhadap kepimpinan tertinggi UMNO. Melalui fasa ini DAP sekali lagi menguasahakan "Devide and Rule", kali ini terhadap pemimpin dan ahli UMNO pula dan UMNO telah berpecah kepada 2 golongan. 1 golongan yang mengamalkan sunnah dan mengikut saranan agama dalam mentaati pemimpin (dalam konteks Malaysia, pemimpin ialah PM DSN). Satu golongan lagi yang terpengaruh dengan propaganda DAP lalu mereka berusaha menjatuhkan pemimpin dan merasakan tindakan mereka adalah benar walaupun tindakan itu amat berlawanan dengan suruhan ALLAH melalui dalilnya yang kemudian dihuraikan secara lebih lanjut melalui ulama terkenal.

Setelah PROPAGANDA DAP terhadap PM DSN disambut oleh mantan PM Malaysia, pemimpin UMNO (Kemaruk Kuasa Politik), dan ahli UMNO. Tindakan ini mengakibatkan wujudnya "VAKUM" dalam UMNO. Vakum ini telah menyebabkan ramai pengundi MELAYU baik ahli UMNO dan bukan ahli memilih menjadi golongan atas pagar. Satu kerugian yang amat besar apabila PROPAGANDA yang dicipta oleh DAP telah diraikan oleh mantan PM Malaysia dan ahli UMNO lain. Secara tidak langsung tindakan mantan PM, Pemimpin UMNO dan ahli UMNO ini telah menjadikan diri mereka menjadi "WAKIL DAP Paling Efektif dan berkesan" dan tanpa mereka sedar boleh membangkitkan TSUNAMI MELAYU dan kehancuran UMNO pada pru14 nanti.

Akibat Dari Tindakan Golongan Yang Terpengaruh Dengan Propaganda DAP Dan Melibatkan Diri Dalam Usaha Menjatuhkan PM DSN.

Bagi menjayakan impian dan perancangan DAP menguasai kerajaan dalam pru 14 nanti, mereka sekadar memerlukan majoriti mudah sejumlah112 kerusi parlimen. (Jika jumlah 222 kerusi parlimen tidak berubah).

Dari jumlah 112 ini, sahabat saya dari kaum cina maklumkan bahawa DAP mensasarkan kemenangan di 55 kerusi parlimen, PKR di 39 kerusi dan selebihnya parti PAN.

Ramai pengundi Melayu termasuk ahli UMNO telah dipengaruhi oleh PROPAGANDA DAP untuk membenci PM DSN dan mempercayai fakta palsu yang berjaya dieksploitasi oleh DAP. Lalu mereka berfikiran bahawa "Apa salahnya kita beri sepenggal kepada DAP untuk perintah Malaysia sebagai mengajar PM DSN dan pada pru15 nanti kita berikan kemenangan kepada UMNO semula"

Anggapan ini amat berbahaya sama sekali, tahukah kita semua bahawa melalui Perkara 159 dan 161E, Perlembagaan Persekutuan membenarkan hanya melalui majoriti mudah di parlimen yang boleh dibuat melalui sidang tergempar. Negara Singapura boleh dijemput kembali menyertai Malaysia.

Jika usaha yang diketuai oleh DAP berjaya dan parlimen Singapura menyokong penyertaan ini. Maka pembangkang akan mendapat tambahan 83 kerusi parlimen dimiliki PAP. Siapakah yang akan menjadi pemimpin tertinggi di Malaysia yang dilihat "LUBUK EMAS" jika bukan pemimpin dari PAP. Dan adakah kita mampu memenangi kembali Malaysia dari DAP dan PAP pada pru15 nanti?

Maka jika ini berlaku, situasi ini akan menjadi "EPISODE PALING MALANG" buat kaum MELAYU dan amalan ISLAM kerana kita sebagai kaum Melayu akan menjadi seperti kaum Melayu di Singapura yang dihina dan sukar mengamalkan syiar ISLAM. Inilah akibat paling buruk jika kita berterusan termakan PROPAGANDA DAP dan berterusan berusaha menjatuhkan PM DSN sehingga menyebabkan berlakunya TSUNAMI MELAYU pada pru14 nanti.

Berbaloikah tindakan kita hari ini yang melanggar suruhan ALLAH dalam mentaati pemimpin dan akhirnya mendapat mudharat besar pada pru14 nanti setelah ALLAH tidak membantu kita kerana kita melanggar suruhanNYA.

20 Okt 2015

NAZIR : PRODUK "DEFECT" TUN RAZAK?


Harimau mati meninggalkan belang, Manusia mati meninggalkan Nama.  Jika disebut tentang Dasar Ekonomi Baru (DEB), nama pertama yang sudah pasti terpancar dalam ingatan kita ialah Allahyarham Tun Razak.  Tokoh yang bertanggungjawab merapatkan jurang perbezaan ekonomi Melayu dengan bangsa lain.  Sungguhpun, matlamat Bumiputra menguasai 30% ekuiti dalam negara ini masih belum dicapai, namun tidak mungkin ekuiti Melayu yang hanya 2.33% pada tahun 1969, boleh meningkat lebih 10 kali ganda sekarang tanpa idea DEB Tun Razak.

Sungguhpun begitu, tidak semua yang dihasilkan oleh Tun Razak itu sempurna.  Setiap hasil keluaran mana-mana kilang sekalipun pasti ada yang "defect" (cacat). Secara peribadi, saya berasakan Nazir Razak adalah satu-satunya produk "defect" tokoh berjiwa rakyat, Tun Razak.  Kalau Tun Razak masih hidup, pasti beliau bersedih kerana salah seorang dari anaknya, gagal menjiwai Dasar Ekonomi Baru yang beliau ilhamkan.
Malah, hari ini Nazir tergamak berkerjasama dengan DAP yang jelas mahu menghapuskan hak istimewa Melayu dan DEB.

Apa lagi yang Nazir mahu? Sehingga tergamak untuk membuka laluan bagi Lim Guan Eng membelasah abang kandungnya sendiri dan 1MDB di Oxford? Pilu hati saya bila membaca ucapan Guan Eng yang menyatakan terima kasih kepada adik Perdana Menteri kita ini.......

"I have the honour of being hosted by the Blavatnik School of Government, Oxford University, thanks to Datuk Seri Nazir Razak" – http://www.themalaysianinsider.com/sideviews/article/penang-a-high-income-model-for-malaysia-through-inclusive-growth-lim-guan-e#sthash.AIaQnOnI.dpuf

Sejak tahun 2010 lagi Nazir sudah mula memperlihatkan gaya pemikiran "Melayu Liberal" beliau dan lantang mengetengahkan idea meritokrasi, bagaikan semua Melayu mempunyai peluang dan layanan yang sama seperti apa yang beliau perolehi.  Tanpa mengambil kira nasib Melayu yang tidak membesar dengan sudu perak, Nazir sering menekankan betapa ruginya kerajaan yang dilihat terlalu 'memanjakan' kaum Melayu dengan limpahan bantuan sehingga membantutkan kemajuan negara kononnya.

Lihat sahaja pada kelantangan beliau menyelar DEB di hadapan hampir 500 peniaga Cina di Kongres Ekonomi Cina sehingga tergamak mengeluarkan kenyataan bahawa DEB seolah-olah telah di "Bastardisation" (diharamjadahkan).  Bagaimana seorang anak tergamak mengeluarkan perkataan sedemikian rupa ke atas idea bapanya?  Apa sebenarnya masalah Nazir?  Beliau sepatutnya mencontohi kegigihan kedua-dua individu terdekat dengannya dalam memperjuangkan nasib Melayu dan Bumiputra.  Bukan menutup mata dan berterusan mengagungkan pemimpin DAP yang meletakkan matlamat menghapuskan DEB dan hak istimewa Melayu sebagai agenda mereka.  Kalau hendak dikatakan "defect" ini berpunca daripada kemewahan yang beliau perolehi melalui harta peninggalan Tan Sri Noah dan ayahnya pula seorang Perdana Menteri, kenapa semangat membela nasib Melayu itu masih membara dalam jiwa Najib dan adik-beradik beliau yang lain?

Utusan Malaysia dan NGO Melayu juga turut menjadi sasaran Nazir dalam menonjolkan wajah Melayu Liberalnya.  Beliau bagaikan "take team" (berkerjasama) dengan pembangkang melontarkan kecaman ke atas tulisan yang disiarkan oleh Utusan.  Namun. bila akhbar-akhbar lain menyiarkan tulisan yang jauh lebih rasis, diam pula Nazir seribu bahasa.

Tidak cukup dengan itu, instagramnya kini,  digunakan sehabis baik untuk berlumba-lumba mengeluarkan kenyataan menghentam 1MDB dan memperlekeh abangnya sendiri.   Inikah sikap professional dan keperibadian yang hendak ditunjukkan oleh CEO sebuah Bank yang terkemuka di negara ini?  Proses penyiasatan ke atas 1MDB pun hendak dipertikaikan.  Sempurna sangatkah kamu wahai Nazir?  Pengurusan CIMB sudah terlalu mantap ke?  Sibuk sangat nak bela nasib rakyat, nasib pekerja CIMB sudah terbela ke?  Dan jangan sampai orang mula cungkil kenapa kamu beria-ia melobi supaya Azman Mokhtar dilantik sebagai Menteri Kewangan Kedua atau Menteri yang menjaga EPU.

Nampaknya Nazir kini semakin jauh menyimpang dari agenda ayahnya.  Jika Tun Razak banyak membantu orang Melayu dengan mewujudkan Felda umpamanya, kini Nazir pula rancak membantu DAP.  Jika dulu CIMB hanya sekadar membeli ruang iklan (melalui agen) di laman Malaysiakini, kini CIMB sudah semakin berani untuk menjadi penaja bersama program-program yang dianjurkan oleh DAP.  Patutlah pemikiran beliau kebelakangan ini semakin mirip pemikiran pemimpin DAP.

Kepimpinan Nazir dalam menguruskan CIMB juga sebenarnya telah lama dipertikai.  Bukan hanya dari pihak luar, namun dari kakitangannya sendiri. Pada tahun 2012, kira-kira 1,000 kakitangan CIMB telah berpiket di hadapan Menara CIMB atas kegagalan Nazir menjalankan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). Jika Nazir ini bersih sangat, takdelah mereka yang berpiket itu mempersoalkan pembelanjaan jutaan ringgit bagi pelbagai majlis yang hanya menaikkan nama beliau, sedangkan Bonus Prestasi PMS kepada pekerja dibayar pada kadar yang rendah. Itu belum lagi saya huraikan nasib pekerja Melayu CIMB yang semakin gagal dibela sejak Nazir menjadi CEOnya.

Nasihat saya pada Nazir, sebelum sibuk jaga tepi kain orang, uruskanlah dulu CIMB itu dengan sebaiknya.  Buatlah persiapan sekiranya ahli-ahli Parlimen kita bersetuju untuk menandatangani TPPA.  Cabaran sudah pasti lebih getir.  Kalau dah terlalu banyak masa yang terluang, gunakanlah kepakaran yang ada pada kamu untuk menjalankan tanggungjawab kamu sebagai Ahli JKE.  Berikan idea yang terbaik dalam usaha mengukuhkan ekonomi dan matawang kita.  Buktikan kepada dunia bahawa CIMB menjadi teguh kini bukan kerana kerja-kerja yang diberikan oleh Azman Mokhtar, tetapi CIMB kukuh kerana mempunyai CEO yang hebat.  "Prove to the World that you are not a defect product of Tun Razak".
Oleh Lokman Adam

JANGAN PERCAYA SARAWAK REPORT (SR). JANGAN PERCAYA TUN M DAN JANGAN PERCAYA TONY PUA.



Ketiga tiga pihak di atas terus mengulang ulang tuduhan terhadap 1MDB dengan bahan cerita yang dikitar semula kerana kehabisan modal. Mereka mengejar masa kerana bimbang kepada dua perkara berikut;

a. Bimbang rasionalisai 1MDB akan berjaya. Justeru perlaksanaannya mesti disabotaj.
b. Bagi memastikan Najib digulingkan sebelum akhir tahun.

1. Baru-baru ini SR menyiarkan dokumen yang membuktikan Jho Low adalah penasihat Terengganu Investment Authority (TIA). Seolah-olah ini satu pembongkaran yang MAHA BESAR. Sedangkan tiada siapa yang menafikan hubungan Jho Low dengan kerajaan Terengganu dan TIA. Jho Low sendiri tidak pernah menafikan dan mengakui bahawa dia pernah dilantik sebagai penasihat TIA. Jho Low telah MELETAK JAWATAN sebagai penasihat TIA pada bulan Mei 2009, sebelum TIA diambil alih oleh Kerajaan Pusat dan bertukar nama kepada 1MDB. Apa yang SR gagal siarkan adalah bukti pelantikan secara rasmi Jho Low sebagai penasihat, ahli lembaga pengarah mahupun sebarang jawatan di dalam 1MDB.

2. SR mengulangi tuduhan bahawa Good Star adalah syarikat Jho Low. Sekali lagi tiada sebarang bukti yang kukuh seperti sijil pendaftaran syarikat dan maklumat pemegang saham Good Star disiarkan. Sedangkan PetroSaudi telah membuat kenyataan menafikan tuduhan SR,  melaporkan penipuan ini kepada Polis London dan menunjukkan bukti bahawa Good Star adalah anak syarikatnya.

3. Paling penting, SR juga cuba menggambarkan wang AS$1.83 bilion ini lesap tanpa menunjukkan bukti ke mana wang ini telah pergi. Kononnya wang ini diambil oleh Jho Low, membeli rumah mewah di New York, membiayai filem Riza Aziz di Hollywood, kemudiannya masuk ke dalam akaun Najib. Sedangkan penyata kewangan diaudit 1MDB menunjukkan pelaburan ini tidak berkurangan sebanyak AS$700 juta, sebaliknya bertambah menjadi AS$2.318 bilion. Bukan sahaja tiada dana yang hilang, malah keseluruhannya telah digunakan untuk mengurangkan hutang 1MDB; pengeluaran pertama pada tahun 2014 dan penebusan kedua pada tahun 2015.

4. Tun M banyak menggunakan sumber palsu ini. Sebenarnya kredibiliti Tun M tercalar kerana dua perkara berikut;

a. Tun M banyak menggunakan sumber palsu daripada Sarawak Report dan Tony Pua DAP. Mereka bersekongkol.

b. Menurut Tunku Abdul Aziz bekas Presiden Intergriti Malaysia, Tindakan Tun M itu boleh menyebabkan kerajaan BN akan tumbang (marahkan nyamuk kelambu dibakar). Tun M mencacatkan imej Negarawannya kerana keadaan lebih teruk berlaku di zaman beliau seperti bail out PERWAJA sebanyak RM 20 Bilion dan kerugian FOREX sebanyak RM 33 Bilion.

10/20/2015 6:04:53 AM

12 Okt 2015

SELEPAS PENUBUHAN PAN, PAKATAN HARAPAN, HARI INI SEBUAH PAKATAN BARU DIWUJUDKAN OLEH TUN M, "PAKATAN EXPIRED"



Beberapa bekas pemimpin Barisan Nasional (BN) yang kecewa digugurkan dari pentabiran Perdana Menteri Dato Seri Haji Najib Tun Razak menyertai Tun Mahathir Mohamad hari ini untuk bersuara menentang penahanan 2 individu iaitu Khairruddin Abu Hassan dan Matthias Chang yang merupakan budak suruhan Tun M kempen mensabotaj ekonomi negara.

Antara yang hadir pada sidang media hari ini ialah Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Bekas Menteri Luar Bandar Datuk Seri Shafie Apdal, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, Bekas Setiausaha Agong Umno, Tan Sri Sanusi Junid dan bekas Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat.

Dr Mahathir mengadakan sidang akhbar pada masa di Yayasan Kepimpinan Perdana tadi berhubung penahanan bekas Setiausaha Politiknya, Matthias Chang dan bekas Naib Ketua Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Kedua-dua individu itu didakwa di mahkamah hari ini atas kesalahan cubaan mensabotaj ekonomi, kewangan dan sistem perbankan Malaysia.

Bilalah Lembaga Disiplin Umno nak bertindak adil dengan mengambil tindakan ke atas Timbalan Presiden yang tak habis-habis jadi gunting dalam lipatan dan menangguk di air yang keruh ni.

8 Okt 2015

RINGKASAN MENGENAI KEZALIMAN IPP MILIK YTL CIPTAAN TUN M.


LEGASI Penyedia Tenaga Bebas (IPP) Tun Mahathir telah berkubur. Akhirnya IPP ciptaan Mahathir sebagai pembekal tenaga kepada TNB yg dianggap paling kejam di dunia tutup buku. Perjanjian Power Purchase Agreement (PPA) bersama YTL berusia 21 tahun ditamatkan pada 30hb September yg lalu. Dan orang yang bertanggungjawab menamatkan perjanjian yg tidak adil kepada TNB itu adalah DS Najib yg Tun M cuba gulingkan.

Ia perjanjian paling kejam kerana TNB dipaksa membeli "Tenaga" dengan harga paling mahal daripada YTL yg menyebabkan Tarif Elektrik di Malaysia mahal dan membebankan rakyat. Ini bermakna YTL selepas ini tidak akan memiliki sebarang IPP lagi di Malaysia. Bos YTL sebelum ini dalam satu majlis forum pernah dgn angkuh menyatakan kejayaan YTL adalah kerana ia tidak pernah mendapat projek dari kerajaan. Semuanya diperolehi melalui merit dan bidaan di luar negara.

YTL yang merupakan kroni Tun M semasa dia jadi PM memang pembohong besar. Apakah IPP bukan projek kerajaan? Bagaimana dengan keretapi laju ERL dari KLIA ke KL Central? Apakah projek Bestarinet yg melibatkan kos hampir RM1 Bilion itu juga bukan projek kerajaan? Sekarang terbukti, projek 1Bestarinet gagal terutama untuk sekolah di kawasan pedalaman.

Semua pihak mengkritik perjanjian (PPA) IPP YTL sebagai paling tidak adil dalam sejarah dunia. Tun M membenarkan syarikat tycoon Cina YTL mengaut "wang percuma" selama 21 tahun. Tetapi terima kasih Najib kerana berjaya menamatkan kerakusan YTL terhadap TNB dan rakyat dan kesemua ini berlaku melalui 1MDB yg membeli beberapa IPP tersebut.

Dalam perjanjian PPA tersebut TNB dipaksa membeli "tenaga" dari IPP YTL sama ada TNB perlu atau tidak perlu tenaga tersebut atau jika TNB sudah pun mempunyai "lebihan" tenaga. Beli tetap kena beli walaupun tidak digunakan. Sebab itu perjanjian PPA ciptaan Mahathir itu dianggap paling kejam di dunia. Paling kejam sekali ialah dalam PPA tersebu ada klausa yg mengatakan YTL dijamin dengan kadar harga minyak yg tetap dan tidak berubah. Bermakna, jika berlaku kenaikan harga petrol, TNB wajib bayar pampasan  kepada YTL. Memang kejam.

TS Arne Arope mendedahkan kos sebenar kepada TNB untuk mengeluarkan "tenaga" ialah 8 sen sahaja. Tetapi EPU melalui Mahathir memaksa TNB untuk bayar kepada YTL sebanyak RM23 sen. Akibatnya Arne Arope bersemuka dgn Mahathir dan menyatakan "Sir, your Economic Planning Unit (EPU) sekarang sudah bertukar kepada Economic Plundering Unit. So i will not signing it". Dianggarkan YTL untung RM 1 Bilion setahun untuk selama 19 tahun. Apakah Tun M buta terhadap perkara ini?

Alhamdulillah Najib tidak sambung lesen YTL Energy. Sedih sekali kerana Arne Arope yg berani itu tidak sempat melihat kezaliman IPP YTL ciptaan Mahathir telah berakhir kerana dia meninggal dunia pada bulan Disember 2014. Maka bukan Najib yg mesti digulingkan tetapi Tun M yang mesti bermuhasabah bahawa dia bukan manusia maksum yang semuanya mesti dipercayai dan diikuti.

10/8/2015 8:00:37 AM
OLEH LIM SIAN SEE.


Dabai dan Terung Asam Dikomersial Sebagai Aiskrim.



KUCHING: Dabai dan Terung asam kebiasaannya menjadi makanan yang diminati oleh masyarakat Sarawak, dengan adanya teknologi terkini Dabai dan Terung asam boleh didapati dalam bentuk aiskrim.

Dengan kerjasama di antara Jabatan Pertanian Sarawak dan See Lian Huat Ice Cream Sdn Bhd (Mayhua Ice Cream), produk berkenaan dihasilkan serta boleh didapati di pasar raya negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak merangkap Menteri Permodenan Pertanian Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang berkata, produk berkenaan adalah nilai tambah kepada penghasilan buah berkenaan selain usaha penyelidik dalam mempelbagaikan produk daripada sumber pertanian yang ada di negeri ini.

“Misalnya buah dabai dan terung asam ini, ia mungkin tidak pernah menjadi impian namun disebabkan penyelidik yang inovatif mereka mampu menghasilkan aiskrim dabai dan terung asam."

“Melalui usaha saintis atau penyelidik, kita mampu mengkomersialkan produk pertanian untuk menjadi produk nilai tambah,” kata Jabu.

Jabu juga berharap produk pertanian yang lain akan terus dibuat kajian menggunakan kaedah yang sama agar produk pertanian yang lain dapat dikomersialkan.

Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu merasmikan Majlis pelancaran Aiskrim perisa dabai dan terung asam sempena perasmian Persidangan Pegawai-Pegawai Penyelidikan Pertanian 2015 di sini. - Sarawakiana


1 Okt 2015

SELAMAT JALAN WIRA NEGARA, TAN SRI YUEN YUET LENG


“I am Malay, I am Indian and I am also a Chinese. If someone talk bad about the Malay – it is like that someone is hurting one part of my body….”

Beliau adalah antara watak penting dalam PDRM yang melumpuhkan pengaruh komunis di bumi Malaysia.

Pada beberapa kesempatan, Yuet Leng telah menyamar sebagai pengganas komunis. Dia masuk ke dalam hutan dan menyusup ke dalam kelompok pengganas, penyergapan, pertempuran.

Biarpun, dari segi fizikalnya Yuet Leng seorang Cina namun beliau sendiri mengakui bahawa dalam dirinya mengalir jiwa Melayu dan India yang sangat menebal yang mana semuanya berlaku sejak beliau menjadi anggota polis.

''Jika boleh dibelah badan saya pasti anda akan melihat ia terbahagi kepada tiga, Melayu, Cina dan India. Jiwa saya begitu dekat dengan tiga bangsa ini kerana saya banyak belajar memahami adat dan budaya mereka ketika menyertai polis.

''Dalam polis tidak ada istilah bangsa dan kaum. Kami berjuang atas satu pasukan demi mempertahankan Malaya daripada ancaman komunis,'' katanya

Ada kisah yang lebih mengejutkan mengenai anak jati Perak ini, apabila selepas 31 tahun barulah doktor dapat menemui adanya peluru tertanam di dadanya.

''Pengganas komunis banyak kali cuba membunuh saya, tetapi saya tidak melarikan diri. Malah, selepas bersara pada 1984 komunis masih mahu membunuh saya.

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar mencadangkan supaya saya berhijrah ke negara lain.

''Pada mulanya saya bersetuju, tetapi kemudian memberitahu Tun Hanif, mengapa saya perlu melarikan diri? Malaysia adalah tempat saya dibesarkan,'' katanya

Yuet Leng menghembuskan nafasnya yang terakhir pagi tadi dalam usia 88 tahun. Sesungguhnya kita sebagai rakyat Malaysia sangat terhutang budi padanya.

SELAMAT JALAN TAN SRI, SALUTE!

Syahril A.Kadir