Pages
▼
12 Okt 2015
SELEPAS PENUBUHAN PAN, PAKATAN HARAPAN, HARI INI SEBUAH PAKATAN BARU DIWUJUDKAN OLEH TUN M, "PAKATAN EXPIRED"
Beberapa bekas pemimpin Barisan Nasional (BN) yang kecewa digugurkan dari pentabiran Perdana Menteri Dato Seri Haji Najib Tun Razak menyertai Tun Mahathir Mohamad hari ini untuk bersuara menentang penahanan 2 individu iaitu Khairruddin Abu Hassan dan Matthias Chang yang merupakan budak suruhan Tun M kempen mensabotaj ekonomi negara.
Antara yang hadir pada sidang media hari ini ialah Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Bekas Menteri Luar Bandar Datuk Seri Shafie Apdal, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, Bekas Setiausaha Agong Umno, Tan Sri Sanusi Junid dan bekas Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat.
Dr Mahathir mengadakan sidang akhbar pada masa di Yayasan Kepimpinan Perdana tadi berhubung penahanan bekas Setiausaha Politiknya, Matthias Chang dan bekas Naib Ketua Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.
Kedua-dua individu itu didakwa di mahkamah hari ini atas kesalahan cubaan mensabotaj ekonomi, kewangan dan sistem perbankan Malaysia.
Bilalah Lembaga Disiplin Umno nak bertindak adil dengan mengambil tindakan ke atas Timbalan Presiden yang tak habis-habis jadi gunting dalam lipatan dan menangguk di air yang keruh ni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implaksi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa