Semalam telah tersebar di seluruh alam maya bagi mereka yang peka politik berkenaan surat atau dokumen perjanjian ERL antara kerajaan Malaysia dan syarikat YTL.Paling mengejutkan adalah antara penandatangan nya adalah saudara kepada Tun Mahathir iaitu abang kepada Siti Hasmah Ali yang mewakili YTL.
Jika dahulu tentu tiada siapa akan sangsi kepada Tun Mahathir kerana personaliti nya didalam kawalan media yang menjaga nya dan juga media yang terhad.Namun perkembangan terkini hasil dari perang dedah mendedah sesama orang melayu yang bermula dari serangan Tun Mahathir sendiri setelah berdendam dan marah apabila Perdana Menteri DS Najib tidak melayan kehendak peribadi nya, maka apa yang tertutup dan dibantu tutup oleh orang UMNO yang setia kepada parti dan Presiden nya kini mula terdedah,malah mengundang serangan balas.
2 pihak yang bertelagah,antara ahli UMNO dimana satu pihak menyokong mantan Presiden kerana percaya dia adalah penyelamat dan berniat cuma mahu menjaga negara dan rakyat.Dipihak lagi satu pula percaya ia hanya satu pembohongan sahaja untuk jatuhkan Presiden dan PM kerana niat sebenarnya , mahu selamatkan kroni yang tersekat pendapatan dan rancangan masa depan untuk menyambung legasi.
Kini dengan tersebarnya dokumen perjanjian yang terlihat amat berat sebelah dan memihak kepada YTL dan menguntungkan nya serta pihak YTL berkuasa menentukan sama ada mahu menyambung nya atau tidak, maka pelbagai soalan mula terbangkit.Soalan yang berbangkit adalah kenapa setiap kali ujud perjanjian antara kerajaan dengan YTL baik dari segi IPP, mahu pun konsensilain selalu menang kepada pihak YTL.
Kenapa tidak menang kepada pihak kerajaan atau pun Tabung Haji? Ketika perjanjian itu berlaku,Perdana Menteri ketika itu berada di pihak siapa sebenarnya?
Pendedahan Raja Petra harus dijawap dengan segera oleh Tun Mahathir kerana ia kelihatan amat salah,apabila Perdana Menteri seolah olah mewakili pihak YTL.
Dan kerana ini ramai rakyat sudah mula sangsi dengan mantan Perdana Menteri kerana bukan sekali dua,malah berkali kali tiap kali ada sesuatu yang besar pasti sekali dapat kepada syarikat YTL.Yang terkini apabila berkait TS Muhyiddin Yassin yang pro Mahathir juga dapat kepada YTL.
Perjanjian bukan sahaja berkenaan harga,bahkan berkenaan tempoh dan setelah hampir tempoh,syarikat YTL menang lagi dengan boleh menentukan sama ada mahu disambung atau tidak.
Kini semua orang sudah tahu, betapa sama ada mereka naik atau tidak ERL sejumlah wang tetap kena dibayar yang dapat kepada ERL (YTL). Ia lebih zalim dari semua kezaliman kerana dalam jangka 30 tahun akan mencecah RM159.
Pada tahun hadapan Januari sahaja sudah akan naik kepada RM59.Jika tidak di bongkar segera, kerajaan DS Najib yang akan dapat maki hamun mereka yang tidak tahu asal usul , sama juga dengan kes kenaikan TOL.
Kerajaan hari ini bawah kepimpinan DS Najib harus pandai menjawap isu isu seperti ini kepada rakyat yang tidak berapa adil, kerana mereka didorongi oleh sifat membenci dan bukan didorongi oleh fakta.Betul juga kata setengah pihak, Najib yang diserang bertubi tubi, orang lain pula yang secara tidak sengaja terlondeh dan terdedah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implaksi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa