Pages

11 Dis 2015

PANAS!!!!!!...SKANDAL TUN M DIBONGKAR ABDUL HAMID

Kenyataan media oleh Chong Zhemin, Setiausaha Politik kepada Pengerusi DAP Perak dan Pengerusi Biro Pembangunan Ekonomi DAP Perak pada 8 Disember 2015

Dengan dakwaan terbaru oleh Abdul Hamid yang mengatakan Mahathir menyerang Najib kerana Najib menyekat Mahathir daripada menghantar RM1.194 Trilion dana pulang ke Malaysia, adakah ini bermakna Mahathir kini secara tidak rasminya ‘orang paling kaya’ di dunia?

Bekas rakan seperjuangan Tun Mahathir, Abdul Hamid telah mendakwa bahawa sebab di sebalik serangan Mahathir ke atas Najib adalah kerana Mahathir tidak dapat memindahkan RM1.194 trilion dana kembali ke Malaysia. Abdul Hamid juga mendakwa bahawa Najib sebagai Menteri Kewangan enggan menandatangani ke atas pindahan dana sebanyak RM1.194 trilion.

Pendedahan ini sekiranya benar, adalah mengejutkan kerana bukan sahaja memecahkan satu malah tiga rekod dunia. Pertamanya, RM1.194 trilion (USD279 bilion) akan menjadikan Mahathir sebagai yang terkaya di dunia, di mana nilai hartanya akan menjadi 3.5 kali ganda daripada orang terkaya Forbes 2015, Bill Gates yang mempunyai 79.2 bilion.

Keduanya, RM1.194 trilion dana yang dimiliki oleh Mahathir akan menjadikan beliau satu-satunya bekas Perdana Menteri di dunia yang mengumpul harta sama dengan 4.7 kali ganda bajet negara. Jumlah perbelanjaan dalam bajet Malaysia 2016 adalah sebanyak RM267 bilion.

Ketiga, Mahathir akan menjadi satu-satunya bekas Perdana Menteri dalam dunia yang mengumpul harta yang dapat membayar semua hutang luar negara. Hutang luar Malaysia sekarang ini adalah sebanyak RM740.7 bilion. Mahathir perlu berterus-terang tentang bagaimana beliau dapat mengumpul jumlah harta yang sangat besar, yang juga sebanyak 3.5 kali ganda daripada harta Bill Gates, 4.47 kali ganda bajet negara dan 1.6 kali ganda hutang luar negara. Beliau perlu mendedahkan sumber pendapatan beliau dan juga jumlah cukai yang dibayar untuk mengumpul harta sebanyak itu.

DAP Perak hari ini telah membuat laporan di SPRM Ipoh terhadap Tun Mahathir berkenaan dakwaan Abdul Hamid. Saya menggesa SPRM untuk menyiasat sekiranya RM1.194 trilion dana yang diperolehi oleh Mahathir adalah secara haram dan mengambil tindakan sekiranya terdapat sebarang kesalahan yang dilakukan.

https://chongzhemin.wordpress.com/2015/12/08/with-the-latest-allegation-by-abdul-hamid-that-mahathir-attacked-najib-because-najib-stopped-mahathir-from-repatriating-rm1-194-trillion-of-funds-back-to-malaysia-is-mahathir-now-unofficially-the/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implaksi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa