BAU: Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem dijangka menemui Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud di Astana Negeri, Kuching, esok.
Sumber berkata, pertemuan sebelum mesyuarat Kabinet negeri itu dipercayai bagi membincangkan tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.
Spekulasi itu bertambah kuat apabila Adenan dalam ucapan pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Suarah Bau di sini, hari ini turut membayangkan beliau akan menemui Abdul Taib dalam masa terdekat.
"Tidak lama lagi, saya akan berjumpa Yang di-Pertua Negeri untuk meminta beliau membubarkan DUN Sarawak supaya kita dapat mengadakan pilihan raya negeri.
"Selepas DUN dibubarkan, Speaker (Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar) akan memaklumkannya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya," katanya sambil menerima tepukan lebih 7,000 hadirin.BH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implaksi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa