Pages

14 Mac 2016

Gurau Adenan Menjadi Isu?



Rakyat Sarawak memamg mengetahui CM Adenan memang suka berjenaka bila berucap. Hal tersebut memang gurau semata-mata sebab di hujung ucapan beliau akan mengatakan gurau sahaja. Malangnya ada pihak yang sengaja menjadikan hal tersebut menjadi isu hangat.

Apa yang menjadi gurauan Adenan selama ini mempunyai unsur yang baik tetapi beliau menggunakan pendekatan berjenaka agar mudah orang memahami. 

Adenan memahami bagaimana mengambil hati rakyat agar mendengar ucapan yang setiap Adenan ungkapkan. Semasa Adenn berucap berkenaan ' Bini Iban ' ia bukan satu penghinaan terhadap kaum dayak lebih-lebih lagi kaum wanita Iban. 

Ucapan sebenar berbunyi " PM telah menjelajah seluruh pelusok negeri Sarawak dan memahami berbagai bahasa seperti Bahasa Melayu dan Inggeris tetapi Bahasa Iban PM tidak tahu bertutur. Kalau nak tahu bercakap Iban bolehlah Kahwin dengan orang Iban, ". Itu ucapan yang CM Adenan ungkapkan. 

 Ambil sahaja dari sudut positif. Pada pendapat kemungkinan Adenan ada agenda untuk masyarakat Iban iaitu bahasa Iban. Maksudnya jika sesiapa yang datang dari semenanjung dan ingin bekerja di sini harus mengetahui tutur Iban. Maka erti kahwin yang dikatakan Adenan ialah bergurulah dengan orang iban untuk belajar bahasa iban. Itu pendapat pertama. 

 Pendapat kedua pula kemunkinan Adenan memandang tinggi bahasa Iban untuk peringkat sekolah. Sebelum ini Adenan telah mengangkat UEC kaum cina untuk peringkat negeri, jadi kemungkinan Adenan akan mengangkat bahasa Iban di Sekolah-sekolah yang mengambil maksud Kahwin yang diperkatakan Adenan. 

Andai pendapat atas itu benar maka bahasa iban itu sendiri diangkat ke taraf sepatutnya. Oleh itu jangan memandang kenyataan Adenan itu ke arah negatif. Ia diucap di hadapan PM agar PM memahami bahawa bahasa iban itu penting untuk diangkat martabatnya. Tak payahlah bermain sentimen tersebut kerana disebalik hal tersebut ada satu kebaikan untuk iban yang tersembunyi dan perlu diadaptasikan dalam bentuk realiti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implaksi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa