Pages

21 Mac 2016

N02 TASIK BIRU,PKR SARAWAK MEMULAI LANGKAH.

PKR memulakan provokasi terhadap sekutunya DAP di N02 Tasik Biru bila kain rentang dah mula di pasang disekitar kawasan itu sejak semalam.



Dengan kain rentang bertulis Sokong PKR,Tulak DAP (tolak DAP) keadaan ini akan menjadi panas kerana ini petanda seakan-akan PKR lebih kuat dan lebih berpotensi untuk menang jika calon dari PKR di letakkan di kawasan itu.



Gendang sudah di palu, bom bakal meletup menjelang Pilihanraya Negeri Sarawak yang  di ramal kan pembubaran DUN akan  berlaku bila-bila masa dari sekarang.Bayangkan jika semua pihak bertelagah untuk bertanding mengikut kemahuan masing-masing  akhirnya mereka akan bertembung sesama sendiri  dan akhirnya akan bertanding atas tiket BEBAS demi untuk memenuhi agenda pribadi yang sempit.



Isu kerusi ini tidak mudah untuk diselesaikan  dan di jangka akan terus menjadi kontroversi jika kesepakatan tidak dapat di capai kerana  kerusi melambangkan kuasa dan pengaruh. Mereka yang menguasainya cuba dengan apa-apa cara untuk mempertahankannya, manakala yang belum mendudukinya, memasang angan-angan untuk merampas daripada pihak yang menguasainya. Perebutan kerusi akan terus sengit dalam pilihan raya yang dijangka seawal bulan depan.Siapakah yang bakal menerajui N02 tasik Biru ,sama-sama kita nantikan .



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implaksi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa