Pages

4 Mac 2016

PENTINGNYA KESEDARAN KELUAR MENGUNDI


'Marilah mari pergi mengundi..tunaikan kewajipan pada negara',jika dulu kita selalu di sajikan dengan lagu ini setiap kali Pilihanraya akan menjelang tapi beberapa tahun ini semakin kurang.Trend keluar mengundi juga semakin menurun.
Peratusan tertinggi turun mengundi di rekodkan ialah pada PRN pertama pada tahun 1969 iaitu 80 peratus dan ianya semakin menurun pada pilihanraya seterusnya.
Kenapa ini berlaku? Pendaftaran semakin giat dilakukan tapi apabila tiba hari mengundi jumlah yang turun mengundi tidak seramai jumlah yang di daftarkan.Masalah ini begitu ketara berlaku di Sarawak.Rasanya setiap kali musim mengundi parti parti politik akan berusaha sedaya upaya untuk membawa penyokong mereka keluar mengundi dengan menyediakan pengangkutan ,kerusi roda untuk golongan warga emas dan oku serta pelbagai lagi seperti payung dan air juga turut disediakan.Jadi rasanya masalah pengangkutan bukan masalah utama.

Faktor penurunan pengundi juga dikaitkan kerana pengundi tidak dapat hadir akibat menetap jauh  samada kerana sudah berpindah atau belum menukar alamat tempat mengundi,
Dari itu kesedaran bahawa mengundi adalah kewajipan kita pada negara perlu disemai..Jika sudah berpindah kita perlu membuat permohonan rasmi pertukaran alamat dengan Jabatan Pendaftaran Negara.Pentingnya kita tahu bahawa 1 undi boleh mengubah masa depan negara kita agar kita tidak memandang remeh proses pengundian 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implaksi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa