Semalam Kerajaan Negeri Sarawak telah mengambil insiatif melancarkan Program Graduate Enhancement Training Sarawak atau GETS iaitu Latihan Pengukuhan Graduan Sarawak dalam usaha membantu graduan mengganggur di negeri ini mendapat pekerjaan selaras dengan komitmen Kerajaan Negeri Sarawak membantu mengurangkan kos beban sara hidup rakyat sekaligus menawarkan suasana penghidupan yang lebih kondusif untuk rakyat Negeri Sarawak.
Program GETS ini bukan sahaja membantu graduan menganggur malah menyediakan sokongan kepada syarikat yang terlibat sepertimana Program SL1M atau Skim Latihan 1 Malaysia yang telah di lancarkan dulu yang juga telah menyediakan pasarana untuk meningkatkan tahap kebolehpasaran atau keupayaan graduan untuk mendapat pekerjaan dengan kerjasama Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Swasta yang melaksanakan program sebagai tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).
Graduan yang menganggur akan ditempatkan sebagai Pelatih GETS dengan syarikat yang di lantik selama dua belas bulan.Semasa latihan merka akan diberi elaun sebanyak RM1,000 untuk pemegang Ijazah Sarjana Muda dan RM800 untuk pemegang Diploma.
Dengan anggaran kira-kira seribu graduan menganggur diharap program ini dapat membantu para graduan kita untuk diperkasakan dengan kemahiran agar dapat memenuhi kualiti tenaga kerja yang diperlukan dan seterusnya dapat menyumbang untuk pembangunan Negeri Sarawak.
Untuk yang berminat dan memiliki diploma dan Ijazah sarjana Muda bolehlah menghubungi Unit Pembangunan Tenaga Kerja di Pejabat Ketua Menteri Petra Jaya Kuching Sarawak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implaksi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa