Pages

17 Mei 2016

AKIBAT MABUK MAJLIS PRA GAWAI BERTUKAR TRAGEDI


Majlis Pra Gawai yang biasanya diadakan sebelum Perayaan Gawai pada 1 Jun depan akhirnya bertukar tragedi akibat terlalu mabuk bila seorang pesara tentera yang baru saja balik ke Kuching dua bulan lepas telah membunuh seorang pekerja tempat cuci kereta yang baru berusia 20 tahun apabila selesai minum sekitar tengah malam di Bandar Baharu ,Jalan Sultan Tengah Petra Jaya Kuching awal pagi semalam.
Perselisihan faham antara dua kumpulan yang mabuk berlarutan hingga balik bila pesara yang berusia 31 tahun bertindak memberhentikan van beliau yang turut membawa ahli keluarga beliau di hadapan mangsa hingga terjadi pertengkaran.
Temu bual saksi mendedahkan bahawa si mati dan beberapa orang rakan sedang berjalan pulang dari tempat berhampiran selepas sesi minum sekitar tengah malam apabila sebuah van dinaiki beberapa penumpang, semuanya ahli keluarga, berhenti di hadapan mereka.
“Pertengkaran berlaku antara orang dalam van dan si mati. Salah seorang penumpang van yang dipercayai dalam keadaan mabuk, keluar dan menyerang si mati dengan objek tajam.
“Mangsa rebah di atas tanah dan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Kedua-dua kumpulan bergelut antara satu sama lain dan empat daripada mereka yang mengalami kecederaan dibawa ke hospital untuk menerima rawatan,” katanya.
JSJ Kuching kemudian membuat tangkapan ke atas suspek yang tinggal berhampiran lokasi kejadian dan beberapa orang yang terlibat ketika  kesemua mereka menerima rawatan di hospital .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implaksi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa