Pages

16 Mei 2016

Anwar Beri PKR Amaran Tentang Deklarasi Rakyat, Helah Dr M


PETALING JAYA: Satu post di page Facebook Pemuda PKR Pulau Pinang telah membangkitkan banyak persoalan tentang penglibatan di masa hadapan beberapa pemimpin PKR dalam Deklarasi Rakyat yang telah dilancarkan awal tahun ini.

Post tersebut yang telah diketengahkan oleh Malaysia Today, mendakwa bahawa pemimpin de facto PKR, Anwar Ibrahim tidak gembira dengan penglibatan “melampau” beberapa pemimpin PKR dalam Deklarasi Rakyat.

Menurut post tersebut, Anwar menyatakan kebimbangan beliau melalui presiden parti Wan Azizah Wan Ismail dan beberapa pemimpin yang lain, yang membangkitkan isu tersebut pada mesyuarat biro politik pusat baru-baru ini.

“Anwar mengutuskan surat panjang lebar yang dibacakan pada mesyuarat, menyatakan kekesalan beliau dalam keterlibatan melampau PKR dan pimpinan dalam Deklarasi Rakyat.”


Dalam suratnya, Anwar didakwa telah memberikan peringatan kepada pimpinan parti untuk berhati-hati dengan helah mantan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan bekas menteri kewangan Daim Zainuddin.

“Memetik Shakespeare, Anwar menasihatkan: ‘beware the serpeant that stings now wears the crown’,” tulis post tersebut.

Deklarasi Rakyat yang didorong oleh gerakan Selamatkan Malaysia menuntut perletakan jawatan Perdana Menteri Najib Razak dan pelbagai pembaharuan institusi dalam negara ini.

Pemimpin-pemimpin PKR yang telah memberikan sokongan terhadap Deklarasi Rakyat setakat ini adalah Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali, Setiausaha Agung Rafizi Ramli dan Naib Presiden Tian Chua.

Anwar pada awalnya telah menyatakan sokongan terhadap usaha untuk menyingkirkan Najib dan secara terbuka memberikan sokongan kepada rakan-rakannya dalam masyarakat sivil, parti politik dan individu termasuklah Mahathir yang menuntut peletakan jawatan PM.

Namun kemudian, Anwar berkata bahawa Deklarasi Rakyat telah gagal untuk menangani isu pembaharuan institusi untuk membawa kepada perubahan dalam kepimpinan dan masa depan negara perlu ditentukan oleh rakyatnya, bukan golongan”elite”.

Jumaat lalu, Mahathir berkata lebih daripada 1.27 juta rakyat telah menandatangani Deklarasi Rakyat. Beliau turut mengumumkan bahawa beliau akan menghadap Agong bagi menyerahkan petisyen yang telah ditandatangani.

– FMT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implaksi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa