Pages

10 Mei 2016

Kabinet Sarawak 2016 Mungkin Ada Muka Baru Jadi Menteri ?

Kemenangan Barisan Nasional Sarawak yang begitu cemerlang menunjukkan kerjasama erat parti komponen Barisan Nasional begitu berkesan. Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB)mengungguli kejayaan sebenar Barisan Nasional dengan mencapai kemenangan 100%.

Parti Rakyat Sarawak (PRS) menunjuk prestasi yang cemerlang pada kali ini apabila memenangi kesemua kerusi yang dipertandingkan iaitu 11 kerusi DUN.

Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) kembali menynar di pentas politik kali ini memenangi 7 kerusi yang majoriti pengundi cina.



Parti Tindakan Rakyat Sarawak (SPDP) turut berjaya dan kejayan calon terus Barisan Nasional turut tidak dapat dinafikan kebolehan mereka pada pilihan raya Sarawak ke 11.

Apa yang pasti Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem sudah bersedia menyusun semula muka-muka yang akan menyertai kabinet menteri dan timbalan menteri bagi mengukuhkan struktur kementerian negeri yang lebih berkesan. Kembalinya suara kaum cina ke kabinet memudahkan pasukan Adenan bergerak dengan lancar melaksanakan tugasan untuk rakyat.

Kemenangan PRS yang begitu cemerlang berkemungkinan ada muka baru dari PRS yang menjadi menteri atau timbalan menteri pada kali ini atau sekurang-kurangnya memegang portfolio menteri muda. Ini kerana ada ADUN PRS yang masih muda telah memenangi piiharaya selama 3 penggal.

Begitu juga kemenangan SPDP dan calon terus Barisan Nasional yang begitu berpotensi untuk menyertai kabinet menteri pasukan Adenan. Peluang begitu terbuka untuk kesemua calon mengisi jawatan menteri, timbalan menteri dan menteri muda bagi memantapkan lagi usaha pembangunan Sarawak ke tahap yang lebih cemerlang.

Sungguhpun begitu, Adenan lebih bijak untuk menyusun struktur pentadbiran negeri agar semua kaum dapat menduduki kabinet menteri. Lengkaplah kali ini bahawa kerajaan Sarawak (Barisan Nasional) kali ini lebih meriah dengan semua kaum yang ada di Sarawak menduduki Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implaksi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa