Pages

24 Mei 2016

SAYA INGIN BERJUMPA PERDANA MENTERI-NAJIB


Kanak-kanak tidak akan berdusta...di jiwa mereka yang murni yang masih putih seperti kain putih namun terpulang pada kita orang dewasa yang bakal mencorakkannya samada mewarnakannya dengan warna yang cantik berseri atau hitam.Begitu juga anak kecil ini yang bernama Najib yang bersekolah di SK Balung Tawau.Berusia lapan tahun dan anak bongsu dari empat adik-beradik ini yang menyimpan hasrat menggunung untuk bertemu Perdana Menteri sebaik sahaja mendengar Perdana Menteri akan ke Balung pada 28 Mei 2016 hujung minggu ini.
Walaupun di asak perlbagai fitnah dan kata kejian dari segelintir mereka yang ingin menjatuhkannya namun nampaknya Perdana Menteri terus menjadi 'idola' dan impian anak-anak kecil ini untuk di jumpa.Orang boleh berkata apa tapi mata anak-anak kecil ini dapat mengenal yang mana kaca dan yang mana permata hingga menjadikan Perdana Menteri sebagai impian yang ingin ditemui ...tidak hanya sekadar melihat dari jauh tapi ingin di dekati, di belai dan di peluk seperti ahli keluarga.
“Nama saya Najib. Nama saya diambil sempena nama Timbalan Perdana menteri Malaysia pada tahun 2008  iaitu Datuk Sri Najib Bin Razak yang kini menjawat jawatan tertinggi  iaitu Perdana menteri Malaysia', katanya.
'Saya dengar Perdana Menteri akan ke Balung untuk melancarkan satu projek besar untuk orang Tawau dan tapak pelancaran itu berdekatan dengan rumah tempat saya tinggal.Saya sungguh tidak sabar menanti Perdana Menteri secara dekat dan kalau berpeluang saya ingin mengabdikan kenangan untuk bergambar dengan Perdana Menteri Malaysia yang saya sayangi sebagai peransang untuk saya agar lebih maju dan cemerlang dalam kehidupan. Tapi kebiasaannya kawalan agak ketat dan peluang untuk bersemuka apalagi bersalaman mungkin hanya mimpi kerana saya hanya orang kecil dan hanya rakyat marhain ,' kata anak kecil ini.
Sama-sama kita sebarkan sebagai usaha untuk membantu anak kecil dari Tawau ini mengapai impiannya untuk bertemu Perdana Menteri.Semoga Tuhan memakbulkan doanya dan Perdana Menteri dapat meluangkan masa untuk bertemu beliau walaupun untuk seketika.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implaksi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa