Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong, Datuk Tiong Thai King bakal mengemukakan sembilan soalan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-18 di Kuching mulai hari ini.
Antara soalannya berke-naan sektor pertanian, tahap telekomunikasi dan Internet lemah, naik taraf Jalan Salim-Stabau, pemasangan lampu jalan sepanjang Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce-Farley-Jalan Tunku Abdul Rahman, pelan sektor pelancongan, rancangan pembinaan stadium di Sibu Jaya, pelan mewujudkan kawasan perindustrian dan permohonan dana untuk sekolah rendah dan menengah aliran Cina.
“Semua itu untuk pembangunan insfrastruktur, pembangunan belia, kemudahan internet dan telekomunikasi yang baik, sektor pelaburan, ekonomi dan keselesaan rakyat DUN Dudong.
“Saya akan bercakap mewakili rakyat DUN Dudong pada Persidangan DUN Ke-18 ini berdasarkan soalan tersebut. Ini sangat penting kerana DUN Dudong lama sudah ketinggalan sebelum ini dan saya amat prihatin tentang masalah-masalah lama menyulitkan kehidupan rakyat,” katanya di sini semalam.
Beliau memberitahu, persidangan DUN kali ini adalah pertama baginya dan menggunakan peluang seadanya bercakap bagi rakyat Dudong.
“Dahulu, saya di peringkat Parlimen dan saya fikir suasananya agak berbeza persidangan DUN peringkat negeri. Saya harap segala pertanyaan saya dapat dijawab dengan baik oleh menteri-menteri terbabit.
“Ini memudahkan saya menyampaikannya kepada rakyat sering bertanya-tanya bilakah masalah mereka selesai sekali gus segala masalah itu dapat diselesaikan,” jelasnya yang juga Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS).
Tiong memberitahu, kementerian terlibat menjawab soalannya ialah Kementerian Pemodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar, Kementerian Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan, Kementerian Pelanco-ngan, Kesenian dan Warisan, Kementerian Perindustian dan Pembangunan Keusaha-wanan, Perdagangan dan Pelaburan serta Kementerian Belia, Sukan dan Perpaduan.
“Soalan itu diharap oleh menterinya ataupun menteri muda. Ada satu soalan ber-kenaan dengan permohonan dana untuk sekolah menengah dan rendah aliran Cina dituju-kan kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem,” katanya.
Borneo post
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implaksi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa