Pages

20 Jun 2016

Rafizi Ramli Perlukan Rawatan Mental Dengan Segera-Ramesh Rao



Kalau dulu, Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao membuat cadangan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad supaya menjalani rawatan dan pemeriksaan mental, kini Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli juga turut dicadangkan melakukan perkara yang sama.

Ia berdasarkan kenyataan yang dibuat Rafizi di akhbar Sinar Harian hari ini yang menghina pengundi di kawasan Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar dengan menganggap mereka berpenyakit.

"Rafizi Ramli dah gila, perlukan rawatan mental dengan segera.

"Wakil mereka kalah teruk dalam dua pilihan raya kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsa tapi kenapa tidak mahu salahkan diri sendiri? sebalinya hina pula pengundi berpenyakit," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

PRK di Sungai Besar menyaksikan Barisan Nasional (BN) dan calon mereka, Budiman Mohd Zohdi menang dengan majoriti yang amat besar iaitu 9,191 undi dan calon BN Kuala Kangsar, Mastura Md Yazid juga menang besar dengan majoriti 6,969 undi.

Ramesh berkata tidak dapat difahami secara jelas mengapa Rafizi bertindak menuding jari kepada pengundi yang sudah memberikan mesej jelas kepada kepimpinan pembangkang supaya berhenti melakukan strategi kotor sebegitu rupa yang sudah semakin lapuk.

Hakikatnya, pembangkang sudah semakin ditolak oleh rakyat Malaysia. Mereka sudah muak dengan politik oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Mohamad Sabu.

Politik yang dibawa oleh mereka bukan memberikan kesenangan kepada rakyat tetapi sebaliknya memberikan kesengsaraan kepada rakyat.

Menuduh pengundi berpenyakit kerana memberi kemenangan kepada BN dan bukan parti sekutu mereka adalah satu ciri jelas seseorang itu mempunyai masalah mental yang perlu diberi perhatian.

Pada kedua-dua PRK di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Pakatan Harapan mempertaruhkan wakil dari Amanah yang merupakan parti yang tunjangi oleh DAP.


Kenyataan Media Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao
20 Jun 2016
12.13 tengah hari

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implaksi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa