Pages

16 Ogo 2016

Bagaimana Mahathir Menggunakan Bank Negara untuk Sabotaj 1MDB



Beberapa hari yang lepas, Muhyiddin Yasin berkata dia tidak mahu membincangkan RM2.6 bilion dan akaun khas di bawah nama Perdana Menteri. Menurut Muhyiddin, ini adalah praktis yang normal sejak dulu lagi.

Apa yang dimaksudkan oleh Muhyiddin ialah ia adalah praktis yang normal sejak 1988 apabila Umno Baru ditubuhkan (bukan sejak 1946 semasa Umno ditubuhkan). Tun Musa Hitam juga berkata perkara yang sama. Dan akaun khas ini adalah dibawah nama Presiden Umno yang juga adalah Perdana Menteri Malaysia.

Jadi, adakah ianya pelik untuk Perdana Menteri memiliki akaun khas, yang mana digunakan untuk membiayai aktiviti parti politik, bukan sahaja Umno tetapi juga Barisan Nasional? Tidak juga, asalkan Perdana Menteri adalah Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional juga. Muhyiddin juga setuju dengan ini. Dan Muhyiddin sendiri berkata yang ini sudah dipraktis sejak dulu lagi (atau sejak 1988 apabila Umno Baru ditubuhkan).

Akan tetapi, tidak ramai orang luar yang tahu akan perkara ini, termasuklah anggota parti di peringkat akar umbi. Dan semestinya rakyat Malaysia di luar sana tidak tahu akan aturan ini.

Malah, telah lebih 10 tahun Malaysia Today mendedahkan yang pilihan raya umum menggunakan duit dan setiap pilihan raya umum memakan belanja lebih kurang RM1.5 bilion. Tiada orang memberikan respons. Tiada yang bertanyakan soalan atau pun mengesahkan atau menidakkannya. Mereka hanya berdiam diri dan tidak menunjukkan minat.

Hari ini, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri yang mengesahkannya. Dia mengesahkannya apabila dia mempersoalkan RM2.6 bilion dan bertanya kenapa Perdana Menteri Najib Tun Razak perlukan begitu banyak wang untuk pilihan raya apabila ia hanya memakan belanja RM1.5 bilion semasa zamannya. Mengikut standard Mahathir, RM2.6 bilion itu RM1 bilion lebih daripada bajet.

Tetapi bukan keseluruhan RM2.6 bilion itu digunakan. Dan ianya bukan sahaja digunakan untuk membiayai pilihan raya umum 2013 tetapi juga untuk membiayai aktiviti politik Barisan Nasional. Dan apa yang tidak digunakan dikembalikan kepada penderma. Mahathir berpura-pura tidak tahu tentang semua ini.

Apa-apa pun, RM2.6 bilion dan 1MDB adalah isu yang berasingan walaupun Mahathir cuba untuk mengaitkannya. Mahathir mengatakan RM2.6 bilion itu datang daripada 1MDB (Mahathir kata ianya dicuri daripada 1MDB) jadi maknanya isu RM2.6 bilion dan 1MDB itu berkaitan.

Ini adalah penipuan pertama yang dibuat oleh Mahathir.

Walaupun telah dijelaskan bahawa RM2.6 bilion itu adalah derma, Mahathir menegaskan orang Arab tidak sebegitu murah hati dan jika pun mereka memberi derma sebanyak itu, semestinya ada yang mereka mahukan sebagai balasan.

Seperti kata orang Melayu: Mahathir tidak mahu kalah. Dia mesti menjadi pemberi kata putus.

Rakyat malaysia pertama kali mendengar isu 1MDB pada Disember 2014 apabila Khairuddin Abu Hassan membuat laporan polis. Kemudian, pada Januari 2015, Presiden/CEO baru, Arul Kanda Kandasamy, mengambil alih 1MDB dan membuat perancangan tentang pengurangan hutang dan rasionalisasi syarikat.

Itu telah diketahui awam. Apa yang tidak diketahui awam adalah 3 bulan sebelum Disember 2014 telah pun ada gerakan untuk mensabotaj 1MDB dan untuk menjatuhkannya. Dan Bank Negaralah yang digunakan untuk menghancurkan 1MDB.

Reuters melaporkan ini pada 15 Januari 2015.

Orang kedua terkaya Malaysia, Ananda Krishnan, sedang berunding dengan firma negeri 1MDB untuk menjadi pelabur utama dalam senarai assetnya bernilai USD3 bilion yang telah lama tertangguh, dua orang yang arif dengan perkara itu berkata pada hari Khamis.

Jutawan berusia 76 tahun itu sedang mempertimbangkan untuk mengambil sekurang-kurangnya 5 peratus kepentingan dalam perniagaan tenaga 1MDB. Sumber itu tidak memberi sebarang nilai potensi perlaburan kerana perbincangan masih lagi diteruskan.

Tindakan oleh Krishnan akan membantu 1MDB yang sedang kekurangan wang. Syarikat itu, yang lembaga penasihatnya dipengerusikan oleh Perdana Menteri Najib Razak, berdepan dengan banyak kritikan kerana strateginya. Ianya bercadang untuk menggunakan dana daripada tawaran awam permulaan (IPO) untuk menggurangkan hutan sebanyak hampir USD12 bilion dan untuk mengembangkan perniagaannya.

IPO itu kini nampaknya akan mengambil tempat pada suku kedua tahun ini, menurut salah seorang yang terlibat dalam perjanjian itu.

“Ketidakpastian (dengan 1MDB) menyebabkan turun naik dalam pasaran,” Wellian Wiranto, ahli ekonomi OCBC Bank di Singapura, berkata.

“Jika ianya sampai ketahap dimana ianya jelas yang 1MDB tidak mempunyai isu, maka saya rasa ia akan menjadi kesan positif sentimen pasaran.”

“Kedua-dua pihak (Krishnan dan 1MDB) sedang membincangkan terma,” salah seorang daripada sumber itu, yang tidak mahu dinamakan kerana hal itu adalah hal peribadi, berkata.

Hasil daripada pelaburan Krishnan boleh digunakan untuk membayar balik pinjaman penyambungan. Pinjaman ini dibuat kepada bank terbesar negara, Malayan Banking Bhd, dan pemberi pinjaman kecil iaitu RHB Capital Bhd, dan telah dijamin oleh Usaha Tegas, menurut mereka yang arif tentang hal ini.

Jaminan pinjaman datang sebagai sebahagian daripada transaksi Krishnan dengan 1MDB pada tahun 2012, apabila hartawan itu menjual syarikat kuasanya Tanjung Energy kepada 1MDB untuk USD2.8 bilion.

“Mereka sudah hampir mencapai persetujuan,” kata seorang yang arif tentang perbincangan itu, yang menurutnya satu persetujuan akan dicapai akhir bulan ini.

Ketika awal pembelian syarikat tenaga Ananda Krishnan oleh 1MDB pada Mei 2012, 1MDB memperoleh RM6.17 bilion pinjaman penyambung bersindiket dari sebuah konsortium peminjam yang diketuai oleh Maybank. Ananda Krishnan juga telah menandatangani untuk melanggan saham dalam IPO yang dirancang bernilai RM2 bilion sebagai sebahagian daripada perjanjian itu.

Pada Mei 2014, 1MDB sudah membayar RM670 juta daripada RM6.17 bilion pinjaman penyambung dan meyusun semula baki RM5.5 bilion ke dalam pinjaman berjangka berjumlah RM3.5 bilion dan pinjaman penyambung jangka pendek bernilai RM2 bilion yang akan tamat tempoh pada bulan November 2014.

Pinjaman penyambung jangka pendek bernilai RM2 bilion yang diketuai oleh Maybank ini dijamin sepenuhnya oleh Ananda Krishnan, termasuklah RM1 bilion jaminan sandaran dengan bank.

Pada Ogos 2014, beberapa anggota kanan pengurusan 1MDB didatangi wakil Mahathir dan Tun Daim Zainuddin yang mahukan mereka bertindak sebagai perisik dalam 1MDB dengan tujan untuk sabotaj IPO yang akan datang.

Kerisauan tentang serangan Mahathir dan Daim yang bakal tiba diperkatakan dalam mesyuarat perngurusan 1MDB dan dibawa kepada perhatian CEO 1MDB waktu itu, Mohd Hazem Abd Rahman, di mana ianya dibincangkan. Bagaimanapun, pengurusan diberi jaminan yang IPO itu berada di landasan yang betul dan mana-mana cubaan untuk mensabotaj akan gagal.

Bulan berikutnya, pada September 2014, ianya diumumkan bahawa Maybank dilantik sebagai “the lead global bookrunner”, penasihat utama dan penaja untuk IPO Edra yang dirancang, yang dijangka meningkat antara RM3.5 bilion hingga RM5 bilion – dengan hasilnya bertujuan membayar pinjaman penyambung RM2 bilion dan untuk tujuan lain.

Kemudian sesuatu berlaku pada September 2014 yang menghentikan satu cadangan yang sangat menguntungkan kepada 1MDB. Ini adalah apa yang dilaporkan Reuters pada 12 September 2014:

1Malaysia Development Bhd (1MDB) telah menangguhkan lebih daripada USD3 bilion IPO kerana proses ‘due-diligence’ yang lebih lama daripada yang dijangkakan dan rundingan berkenaan penstrukturan semula pinjaman 5.5 bilion ringgit (USD1.7 bilion), menurut mereka yang arif dengan perkara tersebut.

IPO yang dijadual dilancarkan pada suku keempat tahun ini, kini mungkin hanya akan berlaku pada awal bulan pertama 2015, menurut sumber yang enggan namanya disiarkan kerana perkara itu masih rahsia.

1MDB, yang dilihat sebagai gabungan antara dana kekayaan dan alat pelaburan swasta, bergelut dengan beban hutang yang melebihi $ 11 bilion. Ia merancang untuk mengurangkan sebahagian hutang ini dengan menjual aset tenaganya melalui IPO.

Pada bulan Mei, dana negeri menyusun semula 5.5 bilion ringgit pinjaman penyambung kepada dua bahagian:  3.5 bilion pinjaman tertunggak selepas 123 bulan dan 2 bilion pinjaman perlu dibayar pada bulan November, menurut data daripada LPC, unit Thomson Reuters yang pakar dalam pinjaman.

Menurut sumber itu, 2 bilion ‘tranche’, bagaimanapun, mungkin akan dilanjutkan selama beberapa bulan lagi atau ‘pared down’ melalui dana dalaman, mengurangkan tekanan terhadap 1MDB untuk segera membayar sebahagian hutangnya.

Shahriza Embi, Naib Presiden Kanan Komunikasi Korporat 1MDB, tidak membalas e-mel meminta maklum balas.
Menurut LPC, Maybank International Ltd dan RHB Bank diberi mandat sebagai pengatur utama dan “bookrunners” akaun pinjaman yang disusun semula. Eksekutif Maybank enggan mengulas manakala pegawai RHB Bank tidak dapat dihubungi untuk mengulas.
5.5 bilion ringgit pinjaman penyambung itu telah dilanjutkan sebanyak dua kali. Pada asalnya, ia adalah sebahagian daripada pinjaman 6.17 bilion yang telah 1MDB ambil daripada Maybank Investment Bank pada tahun 2012.

Pada 2 November 2015, Malaysia Today mengeluarkan artikel bertajuk ‘How 1MDB was sabotaged’.

Dalam artikel tersebut, kita mempersoalkan: Mengapa mereka menyerbu pejabat Deloitte dan mengapa mereka memberitahu media dan portal pembangkang mengenai satu serbuan yang akan berlaku sebelum serbuan itu? Adakah ini sebahagian daripada gerakan publisiti negatif terhadap 1MDB? Dan sesungguhnya mereka akan tahu bahawa langkah itu akan menggagalkan IPO dan mensabotaj usaha 1MDB untuk menyelesaikan masalah aliran tunai.

Pada bulan Julai 2015, Pasukan Petugas Khas yang terdiri daripada Bank Negara Malaysia (BNM), Jabatan Peguam Negara (JPN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat Deloitte (juruaudit 1MDB) dan merampas akaun dan dokumen 1MDB, yang pada asasnya menghalang dan menggagalkan proses rasionalisasi dan pengurangan hutang.

Inilah yang Arul Kanda jelaskannya:

“Kegagalan langkah penyenaraian aset tenaga 1Malaysia Development Bhd (1MDB) tahun lepas (2014) adalah penyumbang utama kepada masalah kewangan syarikat.
1MDB mempunyai dua tarikh yang disasarkan untuk menyenaraikan aset, yang kini berada di bawah unit kuasa Edra Tenaga Global Bhd.
Yang pertama pada  November 2013 dan tarikh berikutnya pada November tahun lepas (2014).
Dalam kedua-dua keadaan, atas pelbagai sebab termasuk faktor-faktor dalaman dan luaran, tawaran awam permulaan (IPO) tidak berlaku.
Apabila IPO gagal menjadi kenyataan, ketidak padanan timbul antara caj faedah yang perlu dibayar balik dalam jangka masa pendek dan juga bayaran pokok, Arul menjelaskan.
Itu jawapan saya, mengapa 1MDB menghadapi masalah dan cabaran yang kita hadapi hari ini.”

Arul Kanda menjelaskan bahawa dengan tidak mengurangkan beban hutang semasa sebanyak RM42 bilion, kos perkhidmatan faedah ke atas jumlah hutang adalah RM2.4 bilion setahun.
Jadi itulah yang menjadi tumpuan 1MDB. Bagaimanapun, selepas mendapat kelulusan Kabinet pada Jun 2015, dan sebelum langkah tersebut dapat dilaksanakan, bulan berikutnya iaitu Julai, Pasukan Petugas Khas merampas akaun dan dokumen 1MDB dan menggagalkan langkah untuk menyelesaikan masalah aliran tunai syarikat melalui IPO.

Ya, 1MDB berjalan dengan baik dan IPO akan menjamin bahawa 1MDB akan berjaya tetapi Bank Negara mensabotaj IPO dan membawa 1MDB ke ambang keruntuhan. Mereka perlu pastikan 1MDB gagal kerana seawal 2013 Mahathir telah membuat keputusan yang mereka akan menggunakan 1MDB sebagai pemangkin untuk menggulingkan Najib. Jadi 1MDB mesti gagal bagi membolehkan perkara tersebut berlaku.

Michael Oh-Lau Chong Jin, Regional head of debt capital markets Maybank Kim Eng, dan John Chong, CEO Maybank investment bank, disuruh untuk menyekat pinjaman supaya IPO tidak boleh terus. Dan orang yang mengeluarkan arahan ini adalah seorang eksekutif kanan di bawah Timbalan Gabenor Bank Negara, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus.

Pada dasarnya, Bank Negara mensabotaj 1MDB.

Pada Februari 2015, Kabinet telah meluluskan permintaan untuk dana sebanyak RM3 bilion sebagai modal kerja dan membayar kerja yang perlu dilakukan di loji kuasa mega Track 3B yang akan meningkatkan nilai dan daya tarikan IPO Edra.

Tetapi minggu berikut Muhyiddin mengambil kesempatan apabila Najib tidak berada di dalam negara dan dia mempengerusikan mesyuarat Kabinet. Muhyiddin kemudian enggan mengesahkan minit mesyuarat Kabinet sebelum ini mengenai kelulusan kredit RM3 bilion.

Dengan menafikan pinjaman RM3 bilion ini untuk membolehkan 1MDB memulakan pembinaan loji kuasa Track 3B telah berjaya mengagalkan IPO. Oleh kerana kelewatan dan ketidakupayaan untuk memulakan projek itu, Suruhanjaya Tenaga mengancam untuk membatalkan anugerah dan Edra kemudiannya terpaksa menjual Track 3B dalam keadaan rugi kepada Tenaga.

Muhyiddin yang samalah yang berkata dia hanya tahu sedikit tentang apa yang berlaku melalui pembacaan dalam The Edge. Itu merupakan satu lagi pembohongan. Bukan sahaja dia tahu banyak tetapi dia juga cukup tahu bagaimana untuk mensabotaj 1MDB, yang mana beliau lakukan ketika beliau mempengerusikan mesyuarat Kabinet.

1MDB perlukan pembiayaan dan memerlukan IPO untuk berdaya maju. Tidak ada mana-mana syarikat di dunia boleh berjaya tanpa pembiayaan. Jadi apa yang mereka perlu lakukan adalah menyekat pembiayaan dan menggagalkan IPO. Kemudian mereka boleh membunuh 1MDB.

Apabila 1MDB dibunuh mereka akan menggunakan isu ini untuk “membunuh” Najib. Kemudian Muhyiddin mengambil alih sebagai Perdana Menteri proksi dan Mukhriz sebagai Timbalan Perdana Menteri. Dan inilah peranan Bank Negara. Menyekat pinjaman, yang akan menggagalkan IPO, yang akan membunuh 1MDB, dan akhirnya akan “membunuh” Najib,

Sebenarnya ia adalah satu rancangan yang bijak jika ia tidak mengakibatkan kos berbilion ke atas pembayar cukai dalam usaha untuk menggulingkan Najib supaya anak Mahathir boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri dan kemudiannya Perdana Menteri. Sekarang, benarkah ada perkara yang dipanggil karma?

Tulisan asal oleh :
Raja Petra Kamarudin, Malaysia Today, 13 Ogos 2016

Link asal artikel:
http://www.malaysia-today.net/how-mahathir-used-bank-negara-to-sabotage-1mdb/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implaksi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa