Buat kesimpulan sendiri sama ada Mahathir mahu “Selamatkan Malaysia” atau pun untuk 1MDB/RM2.6b/SRC atau pun untuk agenda/dendamnya sendiri
Atau pun sebenarnya memang wujud satu konspirasi
Teliti garis masa ini... fikir.
21 Okt 2013 – Anak Mahathir, Mukhriz dikalahkan dalam pilihan raya UMNO oleh sepupu Najib
29 Okt 2013 – Mahathir menuduh sekutu Najib membeli undian semasa pemilihan UMNO pada Oktober
30 Okt 2013 – Tuduhan Mahathir mengenai politik wang dalam UMNO adalah tidak betul, kata ahli Majlis Tertinggi.
2 Dis 2013 – Dr Mahathir berundur daripada jawatannya dalam Petronas kerana masalah kesihatan
4 Dis 2013 – Mokhzani Mahathir meletakkan jawatan sebagai Pengarah Eksekutif SapuraKencana dan menjadi Pengarah Bukan Eksekutif
9 Jan 2014 – MTEM menghina CEO Petronas yang didakwa memberi layanan buruk terhadap Dr M
19 Feb 2014 - Mokhzani menjual 190.3 juta saham SapuraKencana berjumlah RM818.3 juta – mengurangkan pegangan dengan ketara
21 Mei 2014 – Dr M dilantik menjadi pengerusi Proton
21 Jul 2014 - Proton meminta RM1.7 bilion untuk pembiayaan (tidak diberi)
18 Ogos 2014 – Dr Mahathir menarik balik sokongan terhadap kerajaan Najib
12 Dis 2014 - Khairuddin Abu Hassan membuat laporan polis terhadap 1MDB
4 Mac 2015 – Mokhzani meletakkan jawatan sepenuhnya daripada SapuraKencana Petroleum
13 Mac 2015 - Mahathir melancarkan serangan besar-besaran terhadap 1MDB, Najib dan keluarga
4 Apr 2015 - Mahathir mendesak Perdana Menteri Najib Razak untuk meletak jawatan.
26 Jun 2015 – Najib menangguhkan pilihan raya Umno selama 18 bulan
2 Jul 2015 – WSJ mendedahkan RM2.6b dalam akaun Najib
3 Jul 2015 - Pasukan Petugas Khas ditubuhkan. AG Gani mengesahkan serbuan di SRC, Mentari dan Ihsan Perdana pada hari yang sama.
7 Jul 2015 – RPK mendedahkan konspirasi rampasan kuasa Tan Sri: http://www.malaysia-today.net/malaysias-first-coup-detat/
25 Jul 2015 - Mahathir mengucapkan “Selamat Bersara” kepada Najib
28 Jul 2015 - Muhyiddin, Shafie, Gani dan Ketua SB diganti
30 Jul 2015 - Sarawak Report mengeluarkan kertas pertuduhan terhadap Najib, yang dinafikan oleh SPRM kerana siasatan masih belum selesai
20 Ogos – 19 Sept - Khairuddin Abu Hassan dan Matthias Chang pergi ke serata dunia untuk membuat laporan dan menyerahkan dokumen kepada agensi-agensi asing
20 Sept 2015 - Khairuddin dan Matthias Chang ditangkap
6 Feb 2016 - Mukhriz Mahathir terpaksa meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kedah
29 Feb 2016 - Mahathir sekali lagi keluar dari UMNO
4 Mac 2016 - Mahathir tanadatangan deklarasi bersama pembangkang untuk menggulingkan Najib dan “Selamatkan Malaysia”
9 Apr 2016 – Mahathir meminta kerajaan asing untuk campur tangan dalam hal ehwal domestik Malaysia
20 Jul 2016 – DoJ AS memfailkan saman sivil berkaitan 1MDB terhadap 4 individu memetik maklumat yang diterima daripada pihak yang tidak mahu dinamakan di Malaysia
26 Jul 2016 – Timbalan Ketua Pemuda UMNO membuat laporan polis terhadap 3 Tan Sri atas tuduhan konspirasi
21 Ogos 2016 – Mahathir mengesahkan konspirasi 3 Tan Sri
23 Ogos 2016 – Sarawak Report mengesahkan konspirasi 3 Tan Sri
24 Ogos 2016 – Mahathir mengatakan terdapat 4 Tan Sri yang terlibat
Tulisan asal oleh :
Lim Sian See, FB Lim Sian See, 24 Ogos 2016.
Telah dikemaskini tetapi masih belum lengkap
Link asal artikel:
https://www.facebook.com/lim.siansee#
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implaksi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa