1 OGOS : Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang untuk menyaman seorang penulis blog yang mendakwanya terlibat dalam gerakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kata dua itu diberikan ekoran seorang penulis blog, Yusman Zahari dalam blog bertajuk ‘Pemimpin UMNO Perlis Terlibat Salurkan Dana Gerakan Mahathir Jatuhkan Najib’ menuduh beliau terlibat dalam gerakan menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
“Sehingga hari ini, saya sentiasa menyokong Perdana Menteri, malah ketika beliau diserang berkaitan isu 1MDB dan wang derma RM2.6 bilion pada tahun lalu, saya antara Ketua UMNO Bahagian yang secara terang, jelas serta tegas mempertahankan kepimpinan Perdana Menteri,” katanya menerusi satu kenyataan pada Isnin.
Azlan berkata, tuduhan dibuat Yusman bukan saja bersifat pembohongan dan fitnah, malah berniat jahat untuk membentuk imej serta persepsi buruk terhadap dirinya.
“Saya mencabar Yusman membuktikan tuduhan saya menyediakan kemudahan dan dana bagi menyambut Mahathir di Perlis pada 28 Julai.
“Saya juga menuntut Yusman menarik balik dakwaan, pembohongan dan fitnahnya ke atas saya dengan serta-merta, selain memohon maaf secara terbuka kepada saya,” katanya.
Azlan berkata, sekiranya penulis blog itu gagal berbuat demikian dalam masa terdekat, beliau tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.
Sementara itu, semakandi laman blog terbabit mendapati dakwaan Yusman yang dimuat naik ke blog berkenaan tiada dan dipercayai sudah dipadam.
BNBBC
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implaksi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa