Impian warga Perkasa untuk menjadikan NGO mereka sebagai sebuah parti politik berkubur.
Hasrat itu telah "kena hijack" oleh Mahathir dan Muhyiddin Yassin. Mereka berdua akan mendaftarkan sebuah parti baru yang akan dinamakan Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Mahathir dan Muhyiddin akan menyerahkan borang pendaftaran parti baru mereka hari ini pada jam 3.30 petang di Presint Diplomatik, Putrajaya.
Nama parti Mahathir itu mirip dengan nama Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa). Kalau PAN ambil perlembagaan parti Buruh, parti baru Mahathir pula menciplak bulat bulat Perkasa sebagai acuan parti mereka.
Sebelum ini ahli majlis tertinggi Perkasa pernah menyuarakan hasrat agar pertubuhan mereka di daftarkan sebagai sebuah parti politik. Hasrat itu tidak tercapai kerana kurang sokongan ahli akar umbi.
Mahathir yang pernah menjadi penaung kehormat kepada pertubuhan Perkasa kini nampaknya mahu memperkudakan ahli ahli Perkasa untuk parti barunya.
Parti Bersatu akan berebut dan mencuri ahli Perkasa untuk menjadi ahlinya. Selepas 8 tahun bergerak, ahli Perkasa yang sedia ada tidak sampai pun 1 juta orang.
PAN yang didaftar pada 15 September tahun lepas hingga kini mendapat hanya 50,000 ahli sahaja. Itu pun setelah berperang dan "bergaduh sakan" mencuri ahli, ADUN dan ahli parlimen PAS.
Berapa agaknya jumlah ahli parti Bersatu ciptaan Mahathir ini? Pada 5 Ogos, Khairuddin Abu Hassan menyatakan parti baru Mahathir akan sasar 6 juta orang ahli.
Bercakap kepada Astro Awani pada 6 Ogos 2016, Ibrahim Ali pula menyatakan parti baru Mahathir akan tarik sokongan 40% rakyat Malaysia.
Jika 40% dari 30 juta rakyat Malaysia, jumlahnya akan jadi 12 juta orang. Ramalan Ibrahim Ali itu sudah ternyata karut dan angan angan Mat Jenin semata mata.
PKR selepas hampir 15 tahun hanya berjaya kumpul kurang dari 500,000 orang. Itu pun tidak pernah ada rekod yang jelas keahlian PKR. Angka itu jadi pertikaian banyak pihak termasuk bekas pemimpin PKR sendiri.
PAS mendakwa ada 800,000 orang ahli selepas 65 tahun ditubuhkan. DAP pula mendakwa ada 450,000 orang ahli sejak 1965, selepas 51 tahun ditubuhkan. Kedua dua parti ini tidak ada rekod ahli yang jelas sama seperti PKR juga.
UMNO yang sudah 70 tahun, ada 3.5 juta orang ahli. Ada rekod jelas. Strukurnya tersusun di setiap cawangan dan bahagian.
Bagaimana parti baharu Mahathir mampu tarik sampai 6 juta ahli atau 12 juta ahli sebelum PRU14? Dalam masa setahun sahaja. Nampak sangat ramalan itu tidak masuk akal.
Apa yang pasti, sasaran utama keahlian parti baharu Mahathir ini adalah ahli Perkasa. Apa warna, lambang, bendera parti baru Mahathir?
Jika ada warna kuning, hijau dan merah itu nampaknya sudah menciplak warna Perkasa. Berapa parlimen yang boleh ditandingi parti Mahathir ini? Kalau dicongak, tidak sampai pun sepuluh parlimen.
DAP, PKR dan kawasan majoriti Cina akan menolak parti Mahathir ini kerana dianggap sama seperti Perkasa. Oleh itu di mana tempatnya parti Mahathir hendak bertanding?
Bertanding di luar bandar dan kerusi Melayu. Ianya akan memecahkan lagi undi Melayu kepada lima (UMNO, PKR, PAS, PAN dan parti baru Mahathir. Masing masing akan berebut mendapat tempat kedua selepas UMNO dalam PRU14 nanti.
Parti baru Mahathir jelmaan Perkasa ini tiada masa depan. Akan kalah semua kerusi parlimen. Lebih teruk dari Parti Negara yang juga merupakan "malay base party". Dibubarkan selepas 8 tahun ditubuhkan bila Dato Onn Jaafar meninggal dunia pada 1962.
Nasib yang sama akan jadi pada parti Mahathir?
Tulisan:
Beruang Biru
9 Ogos 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implaksi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa