Harap pagar, pagar makan padi ...itulah perumpamaan untuk seorang guru di sebuah sekolah rendah di Julau yang mengugut untuk memecah kepala seorang murid perempuan darjah enam jika rahsianya meramas buah dada gadis itu terbongkar.
Kejadian dikatakan berlaku pada penghujung Julai lalu, apabila guru terbabit memanggil murid tersebut ke pejabatnya sebelum mengunci pintu.
Mangsa kemudian dipeluk dari belakang sebelum bahagian dadanya disentuh oleh guru tersebut, yang mengakibatkan mangsa menjerit ketakutan.
Difahamkan jeritan mangsa didengari oleh guru besar dan seorang guru lain sekolah berkenaan yang biliknya terletak bersebelahan, namun tiada tindakan yang diambil berhubung kejadian tersebut.
Guru terbabit kemudian memberi amaran kepada mangsa agar tidak mendedahkan perlakuan terkutuknya atau dia akan bertindak kejam memecah kepala mangsa.
Ia bukannya kejadian pertama melibatkan guru pedofil terbabit kerana pada penghujung tahun 2015, dia pernah memegang bahu murid yang sama.
Sebaik mengetahui tindakan kejam guru Melayu terbabit, bapa mangsa yang juga seorang petani berusia 44 tahun telah membuat laporan polis di Balai Polis Julau pada tengah hari Sabtu lalu.
Manakala Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Fatimah Abdullah merasa sangat kecewa kerana perkara itu boleh berlaku di Negeri kita Sarawak.Meskipun ianya kes terpencil tapi ianya telah memalukan profesion perguruan di negeri ini, katanya kepada pemberita.
Beliau juga meminta pihak polis bertindak profesional, telus dan efisien dalam menangani kes ini.Menurutnya, tindakan cekap, tegas dan pantas oleh pihak polis, selain Jabatan Pelajaran amat penting untuk memberikan keyakinan kepada ibu bapa dan masyarakat terhadap kedua-dua institusi ini.
Fatimah yang juga menteri yang bertanggungjawab terhadap portfolio pelajaran di negeri ini berkata, pihaknya dimaklumkan bahawa guru terbabit telah pun ditahan oleh pihak polis bagi membantu siasatan.
“Kita memandang serius perkara ini kerana ia melibatkan murid.
Guru tegasnya, adalah orang yang diharapkan oleh ibu bapa dan masyarakat untuk mengajar, membimbing, mendidik dan menjaga anak-anak mereka supaya selamat dan belajar dalam suasana selamat.
Setiap guru katanya, mesti faham dan akur akan kepercayaan ibu bapa dan masyarakat terhadap mereka.
“Mereka mesti amanah. Sekiranya pecah ananah, guru-guru ini perlu berhadapan dengan risiko.
Pada masa yang sama katanya, kaunselor sekolah akan mengadakan sesi kaunseling kepada murid terbabit, bagi membantunya berhadapan dengan trauma tersebut.
“Ini penting kerana murid ini akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah pada September, dan kita tidak mahu emosi yang kacau boleh mengganggu pembelajarannya.tambah beliau lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implaksi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa