Pages
▼
29 Ogo 2016
PETRONAS DAN KERAJAAN NEGERI SARAWAK CAPAI TUJUH PERSETUJUAN SELEPAS ADAKAN PERTEMUAN DENGAN PERDANA MENTERI
Kemelut tercetus selepas Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas memaklumkan kerajaan negeri beku semua permohonan baharu permit kerja daripada kakitangan Petronas dari luar Sarawak khususnya Semenanjung berkuat kuasa serta-merta.
1. Perlantikan anak tempatan Sarawak sebagai Ahli Lembaga Pengarah Petronas yang bakal diwakili oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani.
2. 192 jawatan kosong dalam syarikat itu pada masa sekarang akan diiklankan dalam akhbar tempatan dan diisi oleh rakyat Sarawak. Pihak Petronas perlu berunding dengan kerajaan negeri jika anak tempatan tidak sesuai bagi pekerjaan tersebut.
3. Petronas akan menyediakan 50 tempat untuk anak Sarawak melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi Petronas, memberi latihan teknikal secara intensif dan mendaftar lebih kemasukan untuk rakyat negeri ini di pusat latihan syarikat itu di seluruh negara.
4. Petronas juga komited menyokong dua industri petrokimia yang kini di peringkat akhir rundingan serta menyokong industri petrokimia dan hiliran lain dengan kerajaan negeri ini.
5. Petronas bersama Kerajaan Pusat akan mempertimbangkan hasrat kerajaan Sarawak untuk terlibat dalam Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) bagi manfaat negeri
6. menerima pelan kerja Petronas untuk meningkatkan jumlah pekerja dalam kalangan anak Sarawak dalam bahagian pengurusan, pengurus, eksekutif dan bukan eksekutif menjelang 2020.
7. Tuntutan kerajaan negeri memohon royalti minyak dinaikkan daripada 5 kepada 20 peratus, Perkara tersebut akan dibincangkan kemudian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implaksi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa