Pages

10 Ogo 2016

Petronas risau dengan keputusan Sarawak laksana moratorium


Petronas menyatakan kebimbangan dengan keputusan Kerajaan Negeri Sarawak melaksanakan moratorium ke atas semua permohonan baharu permit pekerjaan untuk pekerja syarikat itu dari luar Sarawak bekerja di negeri ini.
Kenyataan akhbar dikeluar-kan Kumpulan Komunikasi Strategik Jabatan Perhubungan Media Petronas semalam, menyatakan bahawa syarikat itu percaya keputusan yang diumumkan pada hujung minggu lepas mungkin dibuat berdasarkan tanggapan salah terhadap penstrukturan semula perniagaan kumpulan itu yang telah secara tidak adil memberi kesan kepada pekerjanya dari Sarawak.
“Sarawak kekal negeri pelaburan utama untuk Pe-tronas, keperluan pekerjaan akan terus berkembang.
“Petronas menjangkakan majoriti tenaga kerja yang diperlukan adalah untuk memenuhi permintaan tenaga kerja baharu melibatkan rakyat Sarawak seperti amalan pengambilan pekerjaan sedia ada,” jelas Petronas.
Tambah syarikat minyak negara itu, beberapa jawatan dijangka diisi pekerja berpengalaman yang mungkin melibatkan bukan rakyat Sarawak.
Kunci kepada kejayaan penghantaran dan operasi projek-projek Petronas di Sarawak adalah hasil soko-ngan serta komitmen semua pihak yang berkenaan,  paling penting ialah pasukan pekerja syarikat itu berkelayakan, terlatih dan berdedikasi, tanpa mengambil kira mereka dari negeri mana.
Petronas juga telah melakukan beberapa pertemuan dan taklimat dengan pegawai-pegawai kerajaan negeri di pelbagai peringkat berikutan proses penstrukturan semula syarikat itu.
“Petronas akan akan me-neruskan usaha ini termasuk mengadakan pertemuan dan memberi taklimat kepada Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas bagi menangani kebimbangan Sarawak berkaitan keperluan tenaga kerja syarikat ini di Sarawak.
“Petronas seperti syarikat minyak dan gas lain di seluruh dunia, akan terus mengkaji semula strategi perniagaan serta keperluan tenaga manusia bagi memastikan kecekapan dan kelestariannya.
“Ini penting bagi memasti-kan syarikat ini lebih berdaya tahan dan memberi tumpuan untuk berkembang maju dalam landskap sedia ada serta masa depan industri,” jelas Petronas.
BP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implaksi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa