Dalam satu sidang media beberapa bulan lalu, Tun Mahathir tanpa diduga telah mendedahkan kisah 3 orang bertaraf Tan Sri yang berpakat melakukan konspirasi terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.
Paling pelik dan musykil adalah ketiga-tiga mereka ini berkait rapat dan dipercayai telah bersama-sama Tun Mahathir untuk "mengenakan" atau pun "frame" Datuk Seri Najib dalam hal 1MDB.
Jadi jika mereka telah bersama dengan Tun Mahathir, kenapa pula Tun Mahathir mendedahkan kerja pakatan mereka?
Apa motif Tun Mahathir?
Seorang penulis terkenal membuat andaian bahawa mereka sudah tidak mahu lagi meneruskan hasrat membuat kerja onar dan cuba menjauhkan diri dari Tun Mahathir.
Malah dikatakan panggilan dari Tun Mahathir juga mereka sudah 'ignore" kerana tidak mahu ada trail yang mereka ada kaitan dengan Tun Mahathir.
Maka atas sebab itulah Tun Mahathir seolah olah berdendam dan mendedahkan kerja konspirasi.
Pada mulanya Tun Mahathir menyebut hanya ada 3 Tan Sri , kemudian menukar kata dengan menyebut ada 4 Tan Sri pula.
Tidak kira sama ada 3 atau 4 , persoalannya kenapa dedah mereka yang membantu berkonspirasi bersamanya?
Adakah Tun Mahathir sakit hati dan berjiwa pendendam kepada mereka yang enggan bekerjasama dengannya?
Itu satu hal, tapi paling menarik sekali adalah berkenaan penyokong dan pentaksub Tun Mahathir.
Mereka seolah olah bisu dan dungu. Mereka terlalu jelas tidak berpihak kepada kebenaran tetapi terlalu taksub kepada individu.
Setelah melihat dan memantau beberapa blog dan Facebookers yang tersangat taksub Tun Mahathir, amat jelas mereka menjauhi isu 3 Tan Sri ini.
Adakah atas sebab isu ini memberi imej buruk kepada Tun Mahathir atas sebab terlihat Tun Mahathir bermain "kotor" dalam rencana mahu menjatuhkan Najib?
Ia mengambarkan terlalu jelas isu ini sengaja diadakan dengan berpakat bersama orang orang yang boleh `ditelan' dan digunakan seperti ketiga-tiga Tan Sri ini?
Seruan supaya 3 Tan Sri ini tampil menjawab pun tidak berjawab. Pada 26 Ogos lalu, ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri juga ada menyeru mereka tampil untuk memberi penjelasan, namun mereka sehingga kini terus senyap.
Satu perkara lagi, penulis dan penyokong Tun Mahathir pun mengambil sikap "kecut telur" dan jauhkan diri dari kisah 3 Tan Sri ini.
Adakah mereka sedar idola mereka bukan seperti Malaikat yang mereka cuba gambarkan? Adakah mereka sedar isu 1MDB nampak panas dan hangat kerana ia permainan idola mereka sahaja sedangkan ia hanya isu perniagaan yang dipolitikkan.
Selain hal di atas , ia juga memberi kesan dalam diri mereka bahawa permainan politik idola mereka sebenarnya tidak seperti yang mereka agungkan, iaitu bersih dan telus.
Mungkin mereka sudah sedar dibelakang tabir, idola mereka membuat kerja-kerja sulit dan kotor.
Ia sama keadaannya di mana idola mereka bersekongkol dengan beberapa orang kaya untuk menyebarkan sebanyak cerita buruk berkenaan Najib dan 1MDb serta isterinya dengan membayar ratusan juta kepada pelbagai media dunia.
Apa yang jelas , berkemungkinan para pentaksub Mahathir sudah sedar tetapi mahu hidup di dalam penafian, bahawa jauh di sudut hati mereka tahu, mahu menjatuhkan Najib dengan cara fitnah dan jijik seperti yang sedang dilakukan adalah tidak betul, tetapi alang alang sudah menyokong Tun Mahathir dan sudah berpatah arang dengan UMNO, maka mereka terpaksa teruskan juga.
Sebab itu agaknya wartawan zaman batu penyokong Tun M pun malu hendak ulas berkenaan kisah 3 Tan Sri, malah si penyu pun sama juga begitu juga dengan bloggers mamak yang pernah digelar 'banggang" oleh DS Najib , mereka semua diam membisu , terasa salah dan malu agaknya untuk ulas kisah 3 Tan Sri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implaksi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa