Kira-kira 1,500 orang berarak sambil membawa baldi dari Dataran Shah Alam ke Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini bagi mendesak Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyelesaikan segera masalah air di negeri ini.
Perarakan yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat itu bermula kira-kira pukul 11 pagi.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Selangor, Zainuri Zainal yang mengetuai kumpulan tersebut berkata, mereka bertindak sedemikian selepas Mohamed Azmin dilihat masih gagal menyelesaikan masalah air di negeri ini sehingga menyebabkan rakyat merana. - UTUSAN ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implaksi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa