Pages
▼
15 Nov 2016
APA YANG DIHARAPKAN DARI BERSIH 5?
Tinggal beberapa hari lagi sebelum himpunan haram Bersih 5 diadakan di ibu kota pada Sabtu, 19 November ini.
Seperti biasa masyarakat di ibu kota sudah mengeluh dan merungut kerana Bersih 5 bakal memberikan kesan besar kepada kehidupan seharian mereka.
Bukan sahaja kepada golongan peniaga, malah bagi orang biasa pula, ia akan hanya menjejaskan aktiviti hujung minggu mereka.
Selain kebimbangan golongan berkenaan, ada yang lebih membimbangkan masyarakat iaitu pertembungan antara baju merah dan baju kuning, pada Sabtu ini.
Mengambil kira kejadian yang berlaku semalam, melibatkan Datuk Seri Jamal Md Yunos yang diserang dan ditumbuk dekat sebuah pasar raya di Ampang, keadaan pada hari Sabtu ini pasti akan menjadi panas.
Meskipun polis akan membuat kawalan ketat termasuk penutupan jalan, namun jalan terbaik ialah membatalkan perhimpunan berkenaan.
Jika dalam kumpulan kecil berkenaan, boleh berlaku ketegangan hingga bertumbuk dan tidak terkawal, inikan pula dalam kelompok yang besar dan ramai.
Sudah tentu ia akan menjadi panas. Jika tindakan membatalkan perhimpunan baju merah dan kuning itu diadakan, masyarakat tentunya akan menarik nafas lega.
Ia sesuatu yang dinantikan bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini memandangkan penganjur juga gagal mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012.
Ironinya jika tiada baju kuning, maka tiadalah juga baju merah.
Hakikatnya rakyat yang cintakan keamanan mahu penganjur Bersih dikenakan tindakan. Dicampur dengan Sabtu ini, maka sudah lima kali perhimpunan haram itu diadakan.
Banyak kesan buruk yang dibawa oleh kumpulan berkenaan yang boleh membawa mudarat kepada negara khususnya dalam bidang ekonomi dan ancaman kuasa asing, apatah lagi Bersih dikaitkan dengan pembiayaan daripada George Soros.
Selama ini pihak berkuasa hanya memberikan peringatan tetapi kini, peringatan seperti itu sudah `tidak berkesan' sebaliknya tindakan tegas perlu diambil.
Batalkan sahaja perhimpunan itu, ambillah apa jua tindakan yang mengikut lunas undang-undang untuk memastikan perhimpunan baju kuning dibatalkan.
Setiap tahun agenda Bersih sama sahaja, iaitu untuk menjatuhkan kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Usaha menangani kumpulan Bersih ini memerlukan pendekatan daripada aspek yang berbeza, kerana rakyat sudah muak dan bosan.
Tiada apa-apa pun yang dicapai oleh Bersih dalam empat siri himpunan haramnya selama ini, jadi apa yang mereka harapkan Bersih 5 akan sumbangkan? Jangan bermimpilah.
Tulisan :
Beruang Biru
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implaksi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa