Pages
▼
30 Nov 2016
Gendang Perang Sudah Dipalu, Teruskan Momentum Ofensif Sehingga PRU14
Perhimpunan Agung UMNO #2016 kali ini bermula dengan majlis taklimat Presiden di mana suasana boleh dikatakan agak serius.
Boleh dikatakan taklimat kali ini menumpukan kepada hala tuju UMNO setelah melalui satu krisis kepimpinan yang tidak diundang.
UMNO boleh dikatakan sudah melepasi ribut taufan yang melandanya apabila 3 ahlinya yang boleh dikatakan sebagai “ternama” sudah pun disingkirkan.
Pada awalnya ada suara suara yang menyatakan bahawa kepimpinan Datuk Seri Najib agak tidak berani mengambil tindakan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal dan Datuk Mukhriz Mahathir.
Namun tanggapan itu salah belaka, dan mereka sudah pun disingkirkan. Tercabut sudah duri dalam daging.
Jika pada tahun lalu jeritan “No retreat no surrender” telah dilaungkan oleh Presiden UMNO di hadapan Tun Mahathir Mohamad dan ketiga yang lain, kali ini Presiden mahu ahli UMNO "move forward" dan menumpukan kepada perkara “hidup dan mati” iaitu pilihanraya.
Lebih kurang 5,700 ahli UMNO yang mendengar taklimat sebagai perwakilan mendapat amanat untuk bersiap siaga menghadapi peperangan sebenar sebagai sebuah parti.
Sebagai mewakili orang Islam dan umat Melayu, UMNO adalah satu satunya parti yang masih berjaya menghalang kemaraan kehendak dunia terbuka di mana tuntutan LBGT, hak bebas murtad , penggunaan Kalimah Allah secara salah tafsir.
Tiada lagi parti Islam yang punya kuasa yang mampu menghalang kehendak modenisasi yang tidak selaras dengan agama Islam selain UMNO.
Kehendak yang bukan bukan sebagai tuntutan popular melalui parti parti dan NGO yang anti Islam hanya mampu dihalang oleh UMNO sahaja.
Dalam waktu yang sama , UMNO juga perlu bersatu dalam menghadapi musuhnya.
UMNO yang berpecah tentu sekali tidak dapat menghalang serangan dari pelbagai sudut.
Benar juga kata kata Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi apabila menyuruh ahli UMNO lupakan sebentar hal hal perebutan jawatan, dan pergeseran sesama sendiri.
Fokus harusnya kepada membawa kemenangan kepada UMNO di PRU14 akan datang.
Maka secara rasminya UMNO sudah masuk ke dalam “mode” perangnya.
Dalam “mode” perang ini UMNO harus ambil posisi menyerang dan bukan lagi sibuk melayan isu isu lekeh dan remeh temeh yang dilontar oleh pembangkang.
Apa guna menjawab isu panjang lebar apabila pihak pelontar isu tidak berminat pun untuk mengetahui ulasan dan jawapan yang diberi.
Serang dan serang. Itulah cara ringkas nya amanat Presiden dan Timbalan Presiden malam tadi.
Survival UMNO bergantung kepada menyerang dan bersatu, itu sahaja pilihan yang ada.
"The best defence is attack" kata Sun Tzu. Dalam menyerang lawan, ahli parti kena bersatu padu barulah musuh akan tumpas. Sampai lari ke Tunisia sebab takut dengan PAU2016.
Teruskan momentum ofensif sehingga PRU14.
Tulisan :
Beruang Biru
BB164, Rabu
30 November 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implaksi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa