Pages

5 Dis 2016

MAHATHIR DAH IKUT GUAN ENG SEBAGAI AHLI POLITIK TIDAK BERPRINSIP DAN KUAT BERBOHONG DI MALAYSIA


Ianya seolah-olah bahawa kita semua berada dalam keadaan koma selama 22 tahun atau kita semua benar-benar terlupa apa yang DAP telah berkata mengenai Malaysia – bom jangka, negeri-negeri yang gagal, skandal yang besar, krisis ekonomi pada tahun 1985 dan 1998. Tiada skandal Forex sebanyak RM30 bilion, tidak ada kroni IPP, tiada dasar Bumi yang "membantutkan" ekonomi kita, tidak ada skandal mega PKFZ yang diluluskan oleh Mahathir. Tidak ada apa-apa.

Dan Mahathir juga tidak pernah memanggil Lim Kit Siang atau DAP sebagai ‘racist’ atau bersifat perkauman. Tidak pernah sekali pun sebelum ini.

Tiba-tiba, hanya kerana Mahathir kini berada di pihak mereka, Lim Guan Eng kini berkata Mahathir tidak pernah bersifat perkauman dan telah mentadbir negara dan ekonomi dengan baik selama 22 tahun.

Lim Guan Eng sememangnya seorang penipu yang tidak tahu malu dan tidak berprinsip.

Saya kasihankan penyokong DAP yang terpaksa mendengar pembohongan terang-terangan beliau.

LGE adalah seorang yang tidak mempunyai prinsip. DAP adalah parti yang tidak punya prinsip.

Ini bermakna apa sahaja yang anda semua telah katakan selama 22 tahun dalam puluhan ribu ceramah, kenyataan, temu bual adalah pembohongan besar, betul?

Jadi, mengapa orang mahu mempercayai DAP lagi?

---
Umno yang bermain permainan perkauman adalah tanda bahawa mereka terdesak, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Beliau berkata, tidak seperti presiden Umno ketika ini Najib Razak, Dr Mahathir Mohamad tidak pernah menggunakan apa-apa "taktik kotor" sepanjang 22 tahun beliau memimpin parti.

"Mahathir, pada perhimpunan agung Umno semasa zamannya, tidak pernah merujuk DAP sebagai musuh nombor satu beliau.

"Beliau tidak perlu melakukan perkara ini kerana beliau mampu untuk menguruskan negara dan ekonomi dengan baik.


Tulisan asal oleh:
Lim Sian See, Facebook Lim Sian See, 5 Disember 2016

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2016/12/04/najibs-racial-game-a-sign-of-desperation-says-guan-eng/

Link asal artikel:
https://www.facebook.com/lim.siansee

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implaksi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa