GIVE AND TAKE SPIRIT......itu yang dapat dilihat bila MP Saratok Tan Sri William Mawan Ikom berkata akan menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah ) 1965 (RUU355) walaupun masih ada segelintir pemimpin BN lain yang 'confius' atau terikut dengan rentak pembangkang.
'SUPP and PRS state Barisan Nasional parties have not wavered from their objection to the Bill to amend the Syariah Courts (Criminal Jurisdition) Act (Act 355) to extend the jurisdiction on the Syariah Court.'
Ini mungkin kerana terikut dan terpengaruh dengan kata-kata Chong Chieng Jen Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak yang kesal dengan tindakan Barisan Nasional (BN) Sarawak yang terus berdiam diri termasuk mengatakan bahawa Ketua menteri Sarawak, Adenan sendiri tidak berani menentang keinginan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan UMNO bila RUU355 itu dibentang oleh BN bila media Isnin lepas melaporkan bahawa semua Ahli Parlimen BN perlu menyokong cadangan PAS untuk menambah baik Mahkamah Syariah apabila ia menjadi RUU kerajaan kerana ia bakal diambil alih oleh kerajaan persekutuan.
Itulah namanya kesepakatan dalam Barisan Nasional yang takkan dapat kita lihat dalam Pakatan pembangkang.Masing-masing ikut kepala sendiri, itulah padah yang membawa rebah yang dapat kita lihat dengan kekalahan teruk pembangkang pada saat ini.
Pemikiran yang matang dan resional dapat kita lihat dalam kenyataan Tan Sri William Mawan bahawa apa yang nak disampaikan oleh pembangkang itu hanya untuk mengelirukan dan menakut-nakutkan rakyat lebih lagi kepada masyarakat Sarawak yang berbilang kaum dan agama .Tapi dalam hidup bermasyarakat lebih lagi dengan lebih 27 jenis suku kaum yang terdapat di Sarawak kita harus menghormati satu sama lain.Hari ini mereka perlu sokongan kita, satu hari nanti tidak mustahil kita pula yang akan perlukan sokongan mereka.' katanya.
'Time will come one day that (Dayaks) shall need non-Dayak MPs to support a law on customs, traditions and rituals which affect only the Dayak community. If that law is proposed by the BN, then all non-Dayak MPs from BN must reciprocate by lending moral support. They (non-Dayak ) may not understand our customs, traditions and rituals like we do but as BN MPs they must support us."Apapun RUU355 masih di peringkat awal.Baru dibawa oleh Presiden Pas untuk dibaca dan beliau telah menangguhkannya ke sessi yang akan datang. Walaupun perdana menteri dalam satu perhimpunan agung UMNO, berikrar kerajaan persekutuan akan mengambil alih RUU335 selepas rundingan dengan PAS dan Timbalan Menteri Perdangangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan semasa mesyuarat agung tahunan Kelab Luar Negara UMNO berkata sokongan semua Ahli Parlimen BN untuk RUU355 adalah satu kemestian ...ini belum sampai peringkat undian lagi.Banyak lagi yang akan di buat dan yang pasti pelbagai peringkat rundingan akan diadakan antara Kerajaan Negeri Sarawak dan Persekutuan sebelum mencapai kata sepakat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implaksi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa