Pages
▼
30 Dis 2016
Sudah Setahun Dana RM1.2 Bilion Dari Israel, Mana Jawapan DAP?
Jika membicarakan tentang dana politik, antara yang menarik untuk diperkatakan adalah bagaimana DAP hanya mendiamkan diri apabila disentuh mengenai sumbangan dana RM1.2 bilion dari Israel yang telah di dedahkan sendiri oleh bekas Pegawai Khas Lim Kit Siang, Mohamad Razali Abdul Rahman.
Setahun yang lepas, Dr Zuhdi buat pendedahan yang sama sekali lagi pada 29 Disember 2016 dalam satu artikel di Berita Harian.
Sejak pendedahan “berani mati” yang dibuat oleh Razali, hanya penafian sahaja yang mampu dibuat oleh DAP. Malah, ugutan DAP yang mahu menyaman Razali juga sehingga kini masih belum dibuat oleh parti berkenaan.
Sedar atau tidak, sudah setahun masa berlalu dan DAP masih lagi gagal memberikan jawapan tentang pendedahan yang dibuat oleh Razali ini.
DAP begitu sibuk berbicara tentang isu-isu lain sedangkan persoalan mengenai sumbangan dana RM1.2 bilion dari Israel ini, terbiar tanpa jawapan pun.
DAP lebih senang untuk membiarkan persoalan mengenai dana itu hanyut ditelan masa tanpa memberikan apa-apa jawapan tentang perkara itu.
Di sebalik segala persoalan mengenai dana berkenaan yang masih menimbulkan tandatanya, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng turut terpalit dengan skandal penyalahgunaan kuasa. Itupun DAP masih cuba untuk mengelak dari mengakui kesalahan mereka.
Jadi tidak hairanlah apabila DAP juga cuba menggunakan helah yang sama jika berbicara tentang sumbangan dana dari Israel ini. Mungkin bagi DAP, ia adalah rahsia parti yang tidak harus dihebahkan kepada umum.
Namun, jika melihat kepada slogan DAP sendiri yang sentiasa mengamalkan ketelusan dalam segenap perkara, kredibiliti DAP dalam isu ini boleh dipersoal.
Kenapa DAP enggan memberikan jawapan yang konkrit berhubung isu ini? Kenapa tiada langsung tindakan perundangan dikenakan terhadap Razali dan Dr Zuhdi, individu yang mendedahkan skandal ini?
Apa yang pasti, DAP sendiri tiada jawapan untuk menafikan sebarang sumbangan yang mereka terima daripada Israel.
Mereka lebih senang mengalihkan tumpuan rakyat kepada isu-isu lain sedangkan skandal DAP sendiri dibiarkan begitu sahaja.
Inilah wajah sebenar DAP. Mereka akan cuba sedaya upaya melindungi atau merahsiakan sebarang perkara yang boleh merosakkan parti mereka.
Namun, mereka akan tampil kehadapan andai mereka menghidu peluang untuk menjatuhkan musuh politik mereka. Sampai bila rakyat harus menunggu jawapan DAP berhubung sumbangan dana dari Israel ini?
Betul ker tidak DAP dapat dana dari Israel ini, Mahathir tidak pula tanya apa status duit Israel ini. Hendak dengar juga fatwa dari Mahathir berkaitan dana Israel ini. Rasuah ke halal duit dana Israel ini?
Tulisan :
Beruang Biru
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implaksi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa