SADONG JAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
merasmikan Jambatan Batang Sadong, iaitu jambatan terpanjang merentasi
sungai di Malaysia di sini, semalam
Jambatan sepanjang 1.48 kilometer (km) yang mula dibina pada Julai 2012
itu akan memberi manfaat kepada lebih 50,000 penduduk tempatan kerana
dapat memendekkan masa perjalanan dari daerah Asajaya di sini ke
Simunjan dan Sebuyau.
Projek kerjasama antara kerajaan Persekutuan dan negeri yang menelan kos
RM231 juta itu telah dibuka kepada orang ramai pada 16 Oktober lalu.
Dengan siapnya jambatan tersebut, pengguna tidak perlu lagi menggunakan
feri untuk merentasi sungai yang boleh mengambil masa menunggu selama 30
minit hingga 2 jam bergantung kepada keadaan cuaca, selain mempunyai
risiko apabila arus sungai deras. - UTUSAN ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implaksi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa