Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meninjau keadaan mangsa banjir di daerah Kuala Terengganu.
Beliau turut beramah mesra dengan penghuni di dua buah pusat penempatan banjir iaitu Sekolah Kebangsaan Banggol Peradong, di sini, dan Sekolah Kebangsaaan Bukit Guntong, Kuala Nerus.
Lawatan pemimpin negara itu yang diiringi Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Pengerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara Datuk Seri Shahidan Kassim, ternyata menceriakan mereka yang ditempatkan di situ sejak tiga hari lalu.
Seramai 461 mangsa daripada 112 keluarga ditempatkan di Sek Keb Banggol Peradong manakala seramai 422 orang daripada 96 keluarga di Sek Keb Guntong.
Zubaidah Ali, 52, yang ditemui pemberita berkata kunjungan Najib amat bermakna walaupun hanya sekejap kerana ia melambangkan keprihatinan pemimpin terhadap rakyat.
Dia bersama 10 anggota keluarganya berpindah ke pusat pemindahan Sek Keb Bukit Banggol ekoran rumah mereka di kampung Telari dinaiki air sehingga paras paha.
“Biasanya lihat perdana menteri di televisyen, hari ini dapat jugak tengok dari dekat, malah keramahannya menceriakan kami, biarlah walaupun sekejap,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implaksi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa