Mengenang Allahyarham Tok Nan ... daripada YB Dato' Sri Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang juga Naib Ketua Wanita PBB.
"Hurmmmmmm...." itu sahaja reaksi Sir bila saya menyapa dan menasihatinya supaya dapatkan rehat yang cukup dalam keadaan kesihatan yang kurang mengizinkan.
"Sir...cukup-cukuplah bekerja untuk masa ni. Sir dah penat sangat bekerja waktu berkempen pilihanraya negeri. Sekarang waktunya untuk dapatkan rehat sikit", antara pesan saya terhadap Allahyarham yang lebih selesa digelar Sir.
Kenal sangat dengan perangai Sir yang tak banyak bercakap. Tak sangka itu kali terakhir (27 Nov 2016) saya dapat bersama dengan Sir. Singgah ke rumah Sir dalam perjalanan saya ke Santubong menghadiri himpunan pemimpin Batang Lupar dengan niat ingin menziarah, bertanya khabar sambil bersarapan pagi bersama Sir dan Puan Sri. Sayangnya Sir kepada rakyat bilamana pelbagai pesanan yang diberikan untuk saya sampaikan kepada pimpinan di kawasan saya pagi itu. Banyak bentuk pembangunan yang akan terus dibawa ke kawasan luar bandar. Ia tetap menjadi keutamaan dan fokus kerajaan negeri di bawah pimpinan Sir. Itu antara pesanan yang kerap kali Sir ingatkan.
Sir...semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.
You are the real patriot of Sarawak and Sarawakian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implaksi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa