Pages

27 Jan 2017

Video :Tun Mahathir ,Skandal Forex Terbesar Di Dunia





Bank Negara dia anggarkan kerugian lebih 10 billion dollar Amerika dalam skandal pertukaran wang asing pada tahun 1992 atau pada ketika itu bernilai 27 billion ringgit dan bukannya 9.3 billion ringgit seperti yang diistiharkan oleh Bank Pusat itu. Yang menjadi tandatanya tiada siasatan di lakukan dan tiada siapa di pertanggungjawabkan dalam skandal kewangan terbesar negara yang ketika itu di pimpin oleh Tun Mahathir Mohammad sedangkan kerugian itu dianggarkan lebih lima kali ganda dari rezab asing negara ketika itu memetik laporan TV3 semalam.

Dalam wawancara bersama The New Strait Times dan Utusan Malaysia , bekas penolong Gabenor Bank Negara Datuk Murad Khalid berkata bank pusat itu hanya mengistiharkan kerugian bernilai 9.3 billion ringgit dalam laporannya pada 1994.

"Total lost itu 10 billion US dollar bukannya ringgit. Kerugian kita dalam mata wang asing bukannya ringgit.Ini bermakna rizab negara dalam dollar Amerika, Pound Britain dan yen Jepun lesap begitu saja," katanya.

Datuk Murad yang menggambil alih division pertukaran asing Bank Negara selepas skandal itu berkata, " Kerugian itu berlaku kerana bank negara melakukan kegiatan spekulasi  wang asing tanpa kawalan.

"Sepatutnya bukan peranan Bank Negara untuk terlibat dalam kegiatan spekulasi wang asing," katanya.

Menurut Datuk Murad tiada siasatan walaupun skandal itu disifatkan skandal kerugian terbesar mata wang asing di dunia ketika itu.

Ditanya samada siasatan skandal itu perlu dibuka semula katanya, rakyat Malaysia ada hak untuk mengatahui perkara sebenar.

"Ia kerugian besar tapi tidak pernah di siasat.Lebih besar dari kes lain.Kenapa disorok?, " katanya.

Wawancara penuh dengn Datuk Murad boleh di dapati dalam The New Strait Times dan Utusan Malaysia hari ini


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implaksi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa