PRK DUN Tanjong Datu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, Jamilah, Rapelson Richard Hamit dari Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) Baru dan Johnny Aput dari Parti Reformasi Negeri (Star).
Untuk memastikan usaha memfokuskan meningkatkan peratusan pemilih keluar mengundi pada Pilihan raya kecil(PRK) pada 18 Feb ini , Pergerakan Pemuda Bumiputera Bersatu (PBB) akan berkampung di Lundu .
Manakala Ketua Pergerakan Pemuda Tanjong Datu , Haji Jamsari Ahmad ketika ditemui menyatakan akan memberi sokongan padu kepada Datuk Amar Jamilah Haji Anu sebagai calon Barisan Nasional .
“Kita akan memberi sokongan penuh kepada Yang Berbahagia Datuk Amar Jamilah Haji Anu dan yang pastinya banyak perancangan yang akan dilakukan dan di antara lainnya bergerak dari kampung ke kampung dan dari ranting ke ranting untuk mengajak pemuda sekurang-kurangnya memasang poster dan juga bendera di kampung-kampung untuk mengangkat semangat pengundi muda dan memberi sokongan padu kepada Datuk Amar Jamilah”, katanya.
Ketika di tanya, apa harapan pemuda di kawasan itu yang tak tertunai lagi oleh Allahyarham Tan Sri Adenan yang perlu diteruskan?
Beliau menjawab, “Tok Nan telah pun menunaikan janjinya untuk
memastikan agar pemuda di kawasan Tanjong Datu
untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan pemuda di kawasan
lain,” katanya.
“Banyak peruntukan untuk membuat gelanggang telah di agihkan untuk ranting dan kampung-kampung.Sememangnya kita sedia maklum Allahyarham Tok Nan memang menitik berat pembangunan luar bandar .Untuk kawasan Tanjong Datu ini paling utama.Kerana itu banyak pembangunan belia telah dilakukan seperti membuat gelanggang badminton dan futsal ,” tambahnya lagi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implaksi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa