Kehadiran Raja Arab Saudi ke Malaysia baru-baru ini ternyata memberikan manfaat yang cukup banyak buat penduduk di negara ini bukan sahaja dari segi penambahan kuota haji malah kerjasama strategik antara Saudi Aramco dengan Petronas dalam projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Johor telah dimeterai.
Nilai pelaburan Aramco itu adalah sebanyak RM31 bilion. Ia merupakan nilai pelaburan yang kedua besar selepas China. Malaysia dan China telah berjaya memeterai perjanjian pelaburan bernilai RM144 bilion, ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melawat negara berkenaan tahun lepas.
Malangnya, setiap kali Malaysia mendapat pelaburan yang besar ini, maka pembangkang akan menjadikan ia sebagai isu kononnya kita mahu menjual kedaulatan negara. Apabila kerjasama dilaksanakan dengan China, kita dikatakan mahu jual negara pada China.
Hanya dengan Arab Saudi sahaja mereka takut untuk menyatakan, Malaysia sudah jual negara pada Arab Saudi. Ketika kita bercakap mengenai suntikan pelaburan Arab Saudi itu, pembangkang sibuk membangkitkan mengenai isu derma politik bernilai RM2.6 bilion.
Hakikatnya, itulah strategi yang dimainkan pembangkang dengan menjadikan setiap pelaburan yang diterima Malaysia, dijadikan isu, dalam usaha menjatuhkan kredibiliti Najib dan juga menjejaskan imej negara pada mata luar.
Sejarah membuktikan segalanya. Cuba lihat kepada Projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) antara Kuala Lumpur dan Singapura, di mana kos pelaburan dianggarkan bernilai RM60 bilion. Ia juga dijadikan isu.
Begitu juga dengan pembinaan bandar malaysia dengan kos pelaburan RM8.12 bilion, pembangunan Tun Razak Exchange (TRX) (RM40 bilion) dan Lynas Advanced Material Plant (LAMP) di Gebeng, Pahang dengan nilai pelaburan RM2.7 bilion.
Lynas paling lawak sekali. Pembangkang siap buat video di Youtube cakap akan ada "zombie" dan "mutant" lahir sebab kesan radiasi Lynas. Mereka buat demo di Kuala Lumpur mengenai Lynas.
Faktanya, kini selepas 5 tahun projek Lynas dilaksanakan tiada seorang pun yang jadi zombie dan "mutant". Yang jadi wakil rakyat kerana isu itu adalah, di Kuantan dan Indera Makhkota.
Projek-projek mega ini sebenarnya menjadi kayu ukur kepada tahap kemajuan dan pembangunan, sekali gus dapat meningkatkan ekonomi dan keyakinan pelabur asing.
Penarafan ekonomi negara berada pada kedudukan A-, hanya beberapa negara sahaja berada pada kedudukan sebegitu dalam dunia. Malaysia berada pada kedudukan no. 1, destinasi paling terbaik untuk pelaburan asing menurut laporan yang dikeluarkan oleh BAV Consulting dan Wharton School of University of Pennyslyvania.
Tapi malangnya, semua pelaburan yang masuk ke negara ini dipertikaikan. Nampaknya pembangkang tidak boleh menerima hakikat bahawa Malaysia menjadi tumpuan pelabur. Pembangkang lebih seronok menjaja Malaysia akan bankrap dan muflis.
Hanya pembangkang di Malaysia sahaja berperangai semacam itu. Mahu mengambil alih negara ketika negara itu muflis dan bankrap. Seronok tengok orang hilang kerja dan tutup periuk nasi rakyat kerana kebencian politik.
Malah ada antara mereka yang sanggup ke luar negara untuk memburukkan nama negara, dengan harapan pelabur akan menarik diri.
Apa yang pasti mereka kini dalam kesipuan selepas agenda membankrapkan negara tidak menjadi.
Buktinya, Arab Saudi dan China sanggup melabur di negara ini. Nampaknya Najib telah memberikan pukulan tempang pada pembangkang.
Rafizi dah lama dah tempang sejak kebelakangan ini. Kering isu politik hingga terpaksa jadikan semua jenis pelaburan negara sebagai isu. Inilah yang dinamakan sabotaj terhadap ekonomi negara.
Tulisan :
Beruang Biru
BB336, Selasa
21 Mac 2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implaksi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa