Malam 13 Mac lalu, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata secara prinsipnya Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin telah bersetuju untuk menyokong pindaan RUU 355.
Menurut Tuan Ibrahim, sokongan dari Muhyiddin itu adalah hasil daripada perbincangan yang telah dilakukan dalam mesyuarat antara PAS dengan pemimpin utama PPBM tersebut.
Namun, apabila ramai yang mempersoalkan bahawa adakah PPBM sudah mula mahu tikam belakang DAP apabila berbeza pendirian menyokong pindaan RUU 355, maka Muhyiddin tampil dalam suatu sidang media partinya menafikan perkara tersebut pula.
Apakah ini bermaksud Tuan Ibrahim berbohong atau Muhyiddin yang berbohong? Siapa yang bercakap benar sebenarnya?
Kata Muhyiddin, ia sekadar 'andaian' dan tidak bermaksud bahawa parti pimpinannya itu akan menyokong pindaan RUU 355 berkenaan di Dewan Rakyat.
Sikap 'flip flop' Muhyiddin ini agak meragukan. Mana tidaknya, semasa bertemu kepimpinan PAS, Muhyiddin menyatakan harapan untuk sokong RUU 355. Tetapi setelah diketahui pihak media, dia bernada lain pula.
Tidak mustahil ini berlaku kerana Muhyiddin sudah mula takut kepada DAP. Umum mengetahui, DAP merupakan taiko terbesar dalam Pakatan Harapan yang mampu mencatur segalanya bagi pihak pembangkang.
Apa sahaja yang DAP suka, parti lain wajar untuk menyokong. Namun, apa sahaja yang DAP benci, parti pembangkang lain haruslah tidak menyentuhnya.
Begitu juga dengan pindaan RUU 355. DAP merupakan sebuah parti sekular yang membantah pindaan tersebut. Apabila tiba-tiba Tuan Ibrahim nyatakan kepada media bahawa Muhyiddin pada dasarnya mahu menyokong RUU 355, maka tak mustahil ini membuatkan DAP sudah 'murka'.
Agar memastikan dirinya terus selamat di dalam pakatan pembangkang, maka tak mustahil Muhyiddin dengan penuh keterpaksaan menafikan pendedahan Tuan Ibrahim tersebut.
Maka, siapa yang menguasai siapa sekarang ini Muhyiddin sudah benar-benar takut kepada DAP. Takut sangat sampai terpaksa berbohong menafikan perjumpaan dengan Tuan Ibrahim.
Tulisan :
Beruang Biru
BB329, Rabu
15 Mac 2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implaksi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa