Kerajaan negeri Sarawak sedang melihat semula kedudukan kira-kira 170 pekerja warga Korea Utara di Sarawak, ekoran keadaan hubungan diplomatik terkini antara kedua-dua negara.
Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata, kebanyakan pekerja tersebut terlibat dalam sektor perlombongan batu arang dan beberapa projek tertentu di Lawas.
“Saya akan berhubung dengan pihak Kementerian Luar bagi meminta nasihat mengenai perkara ini.
“Isu ini sensitif dan biar kita menunggu hasil perbincangan dengan Kementerian Luar dan juga Kementerian Dalam Negeri terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan lanjut,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Forum Landskap Hutan di sini hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implaksi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa