Pages

2 Mac 2017

Video:Tamparan Untuk Nurul Izzah Dengan Terbinanya Residensi Kerinchi




Perdana Menteri memberi tamparan hebat kepada Nurul Izzah Ahli Parlimen PKR- Lembah Pantai dengan terbinanya "Residensi Kerinchi" kerana terbukti penduduk kawasan itu tidak terhasut dengan hasutan Ahli Parlimen PKR itu supaya penduduk di situ tidak berpindah pada 4 April 2012 dan cubaan untuk membawa projek itu ke mahkamah supaya projek itu gagal juga gagal kerana akhirnya selepas lebih enam tahun seramai 472 keluarga mampu menarik nafas lega bila kediaman usang yang dihuni mereka sejak tahun 1971 bertukar wajah dengan apartmen moden.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib yang menyelar Ahli Parlimen PKR-Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar  pada ucapan perasmiannya kerana lebih mengutamakan politik berbanding kepentingan rakyat.

“Saya cukup musykil dengan ahli parlimen Lembah Pantai (Nurul Izzah) yang cuba gagalkan projek ini dan bawa ke mahkamah sebab dia utamakan politik, tetapi akhirnya gagal.”.

“Yang jadi mangsa adalah 35 orang yang terikut dengan hasutan dan mereka sekarang menyesal,” katanya," tambahnya lagi.

Sehubungan itu, Najib mengingatkan semua pihak khususnya rakyat supaya tidak termakan dengan hasutan daripada pihak tertentu.

“Kita kena nilai sama ada ia baik atau buruk, memberi manfaat kepada kita atau tidak. Ini bukan soal politik tetapi kepentingan dan kebajikan rakyat,” katanya.

 Residensi Kerinchi, yang menempatkan 472 unit apartmen dibangunkan di kawasan lebih 2.8 hektar di atas tapak bekas kawasan rumah pangsa empat tingkat di Kampung Kerinchi.

Projek bernilai kira-kira RM600 juta itu yang setiap satunya berkeluasan 83.61 meter persegi, bernilai antara RM350,000 dan RM400,000 seunit.

Mengimbas kejadian  4 April 2012, sekumpulan mahasiswa yang diketuai oleh penghasut-penghasut yang rapat dengan pakatan terutama PKR iaitu Adam Adli dan Safwan Anang cuba mengganggu rundingan secara aman 34 penduduk flat PKNS, Kampung Kerinchi bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang enggan mengosongkan rumah masing-masing untuk pembangunan kawasan itu menyebabkan sebahagian penduduk marah dan mengejar serta memaki-hamun kumpulan terbabit.

 Kejadian berlaku jam 10.30 pagi itu, selepas sebahagian daripada 433 penduduk yang bersetuju mengosongkan rumah mereka mula berang dipercayai kerana kumpulan terbabit cuba menghasut segelintir penduduk lain supaya tidak berpindah.

Bayangkan jika penghuni-penghuni flat itu termakan hasutan kumpulan itu tentu mereka tidak dapat merasa keselesaan dan keuntungan yang dinikmati hari ini.

Menurut Perdana Menteri ,projek membangunkan Residensi Kerinchi begitu dekat dengan hatinya kerana ia bukan hanya sekadar mengaut keuntungan, malah turut menaik taraf kehidupan kaum Bumiputera di tengah-tengah kawasan elit itu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implaksi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa