Pages

8 Mei 2017

Usah Berangan Serang Pekan, Cuci Dulu Skandal Sendiri


Umpama bagai satu jari menuding orang lain, empat lagi jari menuding kita, itulah keadaanya apabila Mahathir, penasihat Pakatan Haralan menyuruh pengundi di Pekan jangan mengundi Datuk Seri Najib Tun Razak supaya kalah dan dapat dijatuhkan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

Bukan mudah hendak suruh rakyat yang sudah matang buat itu dan ini secara membabi-buta. Orang ramai terutamanya pengundi sudah tahu apa kejahatan yang tersirat dalam benak Mahathir tatkala menyuruh rakyat di Pekan, Pahang supaya tidak mengundi Najib.

Jangan buat hal banyak, elok Mahathir cermin dulu diri dia, di pihak mana yang banyak buat onar dan jahat sehingga menyusahkan rakyat? Najib sedang mencuci hutang tinggalan siapa kini untuk kesenangan rakyat?

Mahathir dan konco-konconya sudah banyak buat hal kerana sudah tua tapi masih tamakkan kuasa serta kedudukan.

Mahathir dulu tuduh Najib ambil secara tidak betul wang RM2.6 bilion dari syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan harapan rakyat akan terpengaruh. Rakyat pun tahu, tuduhan curi itu adalah tidak benar. Masa King Salman datang Malaysia, kenapa Mahathir tidak tanya duit itu betul ke dicuri atau tidak?

Satu Malaysia sudah tahu apabila disahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa wang itu adalah wang hasil derma dari keluarga Diraja Arab Saudi. Wang itu juga sudah disahkan telah dipulangkan semula sebahagian daripadanya kepada penderma berkenaan.

Rakyat boleh fikir, kalau PM tipu pasal wang itu, takkan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdul Aziz Al-Saud sudi datang lagi ke Malaysia dan memeterai perjanjian berbilion ringgit di negara ini. Nilai pelaburan RM31 billion Aramco lebih besar dari jumlah RM2.6 billion.

Mahathir yang tetap tak puas hati tuduh pula soal wang dari syarikat SRC International Sdn Bhd berjumlah kira-kira RM40 juta. Perkara ini, Mahathir sendiri pun tak tahu yang mana betul,  beliau cakap jumlah RM40 juta, bila Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli pada 3 Mei 2017, cakap RM43 juta pula, mana satu betul?

Pada 26 Januari 2016, Peguam Negara sendiri telah memaklumkan bahawa Najib didapati tidak melakukan apa-apa kesalahan berhubung kes SRC dan juga dana RM2.6 bilion dan mengarahkan tiga kertas siasatan kes berkenaan dikembalikan kepada SPRM dengan arahan kes berkenaan ditutup.

Dalam saranan Mahathir itu, dia kata kalau tak undi Najib dan jatuhkan Najib, akan perkuatkan Melayu. Dakwaan itu tidak betul. Jika Najib ditumbangkan dan tewas, para pengundi di Pekan hanya akan menguatkan parti DAP dan bukannya parti Mahathir pun.

Ini kerana parti bunga pun bergerak di bawah telunjuk DAP, mereka tak boleh perjuangkan Melayu dengan keadaan begitu di bawah ketiak Lim Kit Siang.

Tuduhan bahawa Najib sudah berubah bila menjadi PM pun bohong sama sekali. Ini kerana, yang berubah sebenarnya adalah Mahathir. Dulu Mahathir sayang UMNO, sekarang Mahathir sayang DAP, sayang PKR dan kutuk UMNO siang malam. Dulu Kit Siang rasis, sekarang dah jadi kawan sebantal.

Dulu, Anwar dikritik tidak layak jadi Perdana Menteri kerana peliwat, sekarang Anwar disokong supaya dibebaskan dari hukuman penjara kes liwat. Dulu Mahathir cukup marah dengan perhimpunan haram, sekarang ini dia antara yang kuat mahu perhimpunan haram diadakan untuk menjatuhkan kerajaan.

Dulu sungguh-sungguh tuduh DAP parti perkauman, kini sebabkan hendak jatuhkan BN, sanggup tebalkan muka puji DAP tinggi melangit dan anggap DAP parti paling mulia.
Najib terbukti konsisten dan tetap setia pada perjuangan bertunjangkan bangsa dan rakyat.

Mahathir pun setia juga, tapi setia dia pada kroni kerana inginkan wang dan dana, sejak jadi Perdana Menteri pada tahun 1981 dulu Mahathir setia pada kroni sampailah ke hari ini.

Sudah berbelas kali Mahathir gagal jatuhkan Najib sejak serangan pertamanya pada Julai 2015. Kali ini, Mahathir mahu serang Pekan pula. Sudah sudahlah, baik jaga bekas calon pembangkang yang kalah lawan Najib di Pekan dulu. Kesian dia berada di atas kerusi roda.

Tulisan :
Beruang Biru
BB415, Isnin
8 Mei 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implaksi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa