#BNTetapPMKe7 #PMKe7TetapMilikBN
Sia-sia saja Pakatan Harapan (PH) bertelagah sesama sendiri untuk mencalonkan nama bakal Perdana Menteri sekiranya mereka menang PRU14. Ini kerana, potensi untuk PH menang dalam PRU14 adalah tipis.
Buktinya, baru-baru ini Bekas Pesuruhajaya Tinggi Singapura ke Malaysia mendakwa prestasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah lebih baik berbanding sewaktu PRU13 lalu.
Menyentuh soal ekonomi dan prestasi Malaysia dibawah pemerintahan BN, Selena Ling menjelaskan ekonomi Malaysia dibawah pemerintahan Najib berjaya mencapai setiap sasarannya.
Katanya, Malaysia telah berjaya mencatat kadar pertumbuhan tinggi, nilai inflasi rendah dan pelaburan langsung asing yang stabil. Ini menjadi faktor terpenting kepercayaan rakyat terhadap 'track record' BN memerintah negara untuk penggal-penggal berikutnya.
Keadaan ini turut menunjukkan bahawa, majoriti rakyat tidak mudah berganjak untuk memilih BN sebagai pemerintah, termasuklah bagi PRU berikutnya. Ramalan pelbagai pakar jelas memberitahu bahawa pemimpin BN tetap akan menjadi Perdana Menteri ke 7 suatu hari nanti.
Ini bukan kali pertama ramalan sebegitu dibuat bahawa BN akan terus menang pada PRU14. Financial Times pada 4 Januari 2017 juga menyatakan "Kami menjangkakan Najib akan memenangi pilihanraya umum akan datang".
The Economist Intelligence Unit pada awal Januari 2017 juga menyatakan perpecahan dalam pembangkang memberi kelebihan kepada BN untuk menang pada PRU14.
14 Ogos 2016, South China Morning Post yang berpangkalan di Hong Kong juga menyatakan Najib umpama "bank yang terlalu besar" dan sukar untuk gagal. Biarpun dilanda badai serangan Mahathir dari segenap penjuru, Najib masih tetap utuh berdiri.
Pada 17 April 2017, Prof Hoo Kee Ping, penganalisis politik dari Singapura juga meramalkan keputusan PRU14 akan memihak BN kerana pertandingan tiga penjuru dan kelembapan ekonomi dunia yang akan membuatkan pengundi Cina memilih BN untuk kestabilan ekonomi.
Pada 24 Mac 2017, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram, pemegang kursi Tun Hussein Onn di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) turut meramalkan BN akan terus menang dan Datuk Seri Najib akan kekal sebagai PM.
Malah kajian Invoke oleh Rafizi Ramli pada 6 Februari hingga 23 Mei 2017, menunjukkan 31% responden memilih Datuk Seri Najib sebagai PM. Peratusan tertinggi berbanding semua pemimpin pembangkang yang lain.
Pembangkang hari ini gagal selesaikan lagi isu siapa calon PM. Sudah beberapa kali mesyuarat, bermula dari mesyuarat yang dipengerusikan Mat Sabu hinggalah 9 Jun lepas, masih lagi buntu siapa calon PM.
Mahathir mahu jadi PM sementara. Wan Azizah mahu jadi PM sementara. Mukhriz dan Anwar dijadikan calon PM yang kekal oleh PPBM dan PKR. Namun kuasa pemutus di tangan DAP, silap silap Mat Sabu pulak jadi calon mereka.
Harus diingat, Pakatan Harapan hari ini yang dikuasai oleh DAP dan PKR hanyalah membentuk 36.1% sahaja undi rakyat. Dalam PRU13, DAP mendapat 15.71% undi dan PKR mendapat 20.39% undi. Pakatan Harapan sudah hilang 14.78% undi dari PAS.
PAN hanya bawa kekuatan 6 kerusi sahaja . Tidak membawa seluruh kekuatan 14.78% seperti dalam PRU13. PPBM lagilah tiada kekuatan, jumlah ahli pun enggan diumumkan. Inilah punca PH akan tumbang pada PRU14.
Memang benarlah, tidak payah susah susah pecah kepala buat logo dan pilih siapa calon PM bagi Pakatan Harapan kerana PM Malaysia yang ke 7 akan tetap jadi milik Barisan Nasional.
#BNTetapPMKe7 #PMKe7TetapMilikBN
Tulisan :
Beruang Biru
BB468, Khamis
15 Jun 207
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implaksi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa