Penglibatan blogger PapaGomo atau Wan Muhammad Azri Wan Deris, 33 tahun dalam polemik Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz dan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah mendapat kecaman bukan sahaja rakyat Sarawak, malah Sabah dan Semenanjung. PapaGomo yang menggunakan akaun facebook Sir Azri dikatakan “bertindak melampau”, mengada-ada cerita, menghasut, memfitnah, malah memutar belit fakta tanpa usul periksa.
Ahli Majlis Tertinggi Saberkas, pertubuhan belia terbesar di negeri ini, Abang Abdul Aziz Abang Draup menyifatkan blogger itu sebagai “batu api” yang biadap, kurang ajar dan pencacai, yang gila akan publisiti murahan.
“Melibatkan diri dengan menghentam Menteri Pelancongan,
Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak tanpa fakta yang jelas,
membayangkan karektor sebenar lelaki gila glamor ini.
“Malah live facebooknya cukup jijik, termasuk merendah-rendah martabat orang Sarawak.
“Cukup mudah melabelkan wanita Sarawak hanya layak menjadi
skandalnya — yang motif tuturnya adalah merendahkan martabat kaum wanita
Sarawak.
Kata Aziz, tuduhan terhadap Tan Sri Bustari Yusuf juga agak melampau dan bersifat hipokrit.
“Beza di antara Tan Sri Bustari dan Nazri ialah Tan Sri Bustari merupakan pemilik empayar perniagaan yang besar.
“Manakala Nazri adalah seorang ahli politik, manakala kekayaannya melampaunya boleh dijadikan persoalan.Oleh itu kata Aziz, tindakan PapaGomo seolah-olah meludah ke langit dan menelanjangi “bos”nya sendiri.
Katanya, beliau juga berasa hairan kenapa dalam polemik
yang seharusnya profesional, Nazri memilih untuk meletakkan PapaGomo di
barisan hadapan, selain anak dan isterinya.
“Bertikam lidah, malah berlaku samseng terhadap menteri
Sarawak ala Nazri yang lancang ini, bermakna mencari pasal dengan
seluruh rakyat Sarawak.
“Perkara inilah dan orang seperti inilah yang mendorong
kepada ketegangan integrasi nasional dan mencacatkan slogan Negaraku
Malaysia yang sedang dijulang kini.
Sementara itu, bagi exco Persatuan Sejarah Malaysia
Cawangan Sarawak, Dr Nadrawina Isnin, PapaGomo telah menghiris perasaan
rakyat Sarawak apabila membangkitkan Sarawak keluar dari Malaysia.
“Dia berkata, Sarawak akan menerima musibat apabila keluar
Malaysia. Malah membayangkan bahawa banyak negara sedang menunggu untuk
menuntut negeri ini.
Kenyataan ini kata Nadrawina, jelas memberi gambaran akan
kedangkalan dan kecetekan ilmu blogger ini, yang tidak faham apa yang
dituturnya.
“Sarawak tidak pernah dituntut oleh mana-mana negara, seperti Sabah dan utara Semenanjung.
“Malah politik Sarawak cukup stabil, sehingga jika berkerajaan sendiri pun, ia mampu dengan sumber yang ada.
Katanya, kelebihan Sarawak berbanding negeri lain ialah
sumbernya yang banyak dan pelbagai selain rakyatnya yang dapat hidup
harmoni meski pelbagai latar bangsa dan agama.
“Saya menasihatkan PapaGomo yang biadap ini membuka buku
sebelum membuat kenyataan, apatah lagi yang berkaitan dengan politik dan
sejarah.
Seperkara lagi katanya, adalah silap apabila mengatakan
peranan Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak tidak penting dalam menentukan
kedudukan masa depan Barisan Nasional (BN) di Semenanjung.
“Perlu diingatkan kepada Nazri dan blogger tunggangannya,
kerana kekuatan kedua-dua negeri inilah maka BN terselamat daripada
tsunami politik Semenanjung pada pilihan raya yang lalu, dan kerana
solidariti Sarawak inilah yang membolehkan negeri ini menuntut hak dan
kepentingan yang pelbagai.
Di Sarawak, perpaduan rakyat berbilang kaum dan etnik
adalah kuat dan utuh. Ia sudah lama tersemat di dalam sanubari setiap
rakyat negeri ini.
“Justeru itu, usahlah hanya kerana seorang manusia seperti PapaGomo ini, kita jadi ketidaktentuan.
“Mari kita kukuhkan lagi barisan perpaduan dalam kalangan
rakyat Sarawak dan jangan biarkan individu busuk seperti itu
memecahbelahkan perpaduan utuh ini.
Pada semalam juga, akibat keceloparan Azri yang membuat
komentar berbaur perkauman, termasuk menyatakan kepimpinan Sarawak hari
ini berada di tampuk kerana kekuatan Melayu di Semenanjung, satu laporan
polis dibuat di Kota Samarahan semalam dan yang terbaru dari Kuching, Sibu dan Meradong.
Laporan dilakukan kerana status berkenaan berbaur hasutan dan bertujuan memecah belah rakyat Malaysia dan pemimpin negeri.
Sementara itu, Abdul Karim ketika diminta mengulas komentar
blogger tersebut berkata, dia (Pap Gomo) tidak sepatutnya dan tidak
layak untuk terlibat dalam polemik ini.
“Mungkin sekadar mencari publisiti dan ‘like”, kerana turun naiknya dalam dunia bloggers.
“Sekejap bagus sekejap tak bagus dan menggunakan kaedah ini untuk cari makan.
“Nasihat saya kepada dia, lebih baik tidur sahajalah!
“Dan kepada rakyat Sarawak, usah layan blogger seperti ini.
Usah baca atau pergi ke laman facebooknya, kerana dia hanya menggunakan
kesempatan ini untuk kembali popular.” –
Sarawakvoice
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implaksi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa