KUCHING: Lima (5) dalil kenapa 5 teras tawaran Pakatan Harapan (PH) untuk Sarawak bukan satu "harapan yang tulen", malah satu "Kegelapan yang Nyata".
Dalil Pertama, satu hakikat yang perlu diterima dan diakui oleh semua warga negeri Sarawak ialah semua parti politik yang membentuk Pakatan Harapan ialah parti politik yang akar umbi penubuhan mereka adalah berasal dan berpusat di Semenanjung Malaysia.
Dalil Kedua, dalam kumpulan tersebut, DAP yang dikuasai secara dominan oleh pemimpin-pemimpin kaum Cina, sebagai sebuah parti politik yang paling tua atau "senior" dan paling banyak memenangi kerusi Parlimen sudah tentu inginkan suara dan pendapat mereka mendominasi halatuju serta falsafah politik dalam PH.
DAP sudah hampir 15 tahun mentadbir Pulau Pinang di bawah Ketua Menteri DAP Lim Guan Eng, dan cuba rujuk dan baca balik semua janji-janji pilihanraya serta manisfesto yang mereka laung-laungkan dulu.
Bila DAP menang, semua terbalik tunggang-langgang. Malah Ketua Menteri mereka sekarang sedang mengadap tuduhan dan tindakan mahkamah kerena kes rasuah.
Dalil Ketiga, tiga parti politik lain dalamm PH iaitu Keadilan, Amanah dan PPBM pula ditubuh oleh pemimpin-pemimpin Melayu Semenanjung Malaysia yang terdiri dari samada mereka ini sudah banyak kali kalah piliharaya, kecewa, berdendam atau sememangnya gila kuasa.
Apakah rakyat Sarawak ingin nasib, masa depan dan perjuangan kita ditentukan oleh pemimpin-pemimpin terdesak seperti ini?
Dalil Keempat, cuba lihat suasana politik di Semenanjung Malaysia sekarang ini di mana semua parti dalam PH ini bertapak?
Apakah anak-anak jati negeri Sarawak tidak melihat dan menyedari betapa huru-hara dan mengelirunya suasana politik di seberang sana sekarang ini?
Fitnah politik yang jijik, buruk-sangka yang melampau, perkauman dan penghinaan agama sedang rancak berlaku dan bermula di sana.
Apakah kita di negeri Sarawak mahu keadaan yang sama berlaku di laman rumah kita sendiri?
Dalil Kelima, pemimpin-pemimpin utama parti pembangkang di Sarawak sebenarnya bertuankan pemimpin-pemimpin dari Semenanjung Malaysia.
Mereka (DAP, PKR, Amanah dan PPBM Sarawakk) memuja dan menerima arahan dari jauh pemimpin-pemimpin mereka seperti Lim Kit Siang, Annuar Ibrahim, Tun Mahathir Mohamad dan Mat Sabu.
Apakah pemimpin-pemimpin utama PH ini benar-benar ikhlas dan jujur serta perihatin akan mengubah nasib kita di Sarawak terutama di kawasan luar bandar?
Kesimpulannya, peringatan saya kepada pemimpin-pemimpin yang tidak sedar diri dari Semenanjung Malaysia ini ialah, "Sebelum tuan-tuan sibuk dengan keadaan lalang di rumah kami, elok tuan-tuan tebas dulu lalang di laman rumah sendiri yang saya rasa sudah semakin semak dan berbelukar dan mungkin sudah banyak membiak binatang-binatang liar seperti ular dan lipan. Binatang-binatang ini membahayakan kekeselamatan jiran dan orang ramai".
Jangan main-main dan pandang remeh dengan istilah 'Masa Depan'. Kita mahu nasib kita di pimpin oleh pemimpin-pemimpin yang ada 'Masa Depan' dalam agenda mereka dan parti-parti politik yang ada 'Masa Depan' dalam perjuangan mereka.
Pakatan Harapan adalah sebuah parti yang kering serta rapuh dan tidak ada asas kukuh untuk menjanjikan sebarang bentuk "harapan" kepada rakyat malah banyak kearah "kegelapan".
Lima Teras Baru yang diumum dan ditawarkan oleh PH berkaitan tentang "Hak Negeri" untuk rakyat Sarawak bolehlah saya rumuskan sebagai "Ibu Pembohongan" serta tanda "Kemuncak Teragung Politik Hipokrit serta Putar Belit" dari PH."
Kenapa pemimpin-pemimpin pembangkang dari negeri Sarawk tidak bertanya kepada 'tetamu kehormat' mereka baru-baru ini, Tun M tentang hak-hak negeri yang sebenarnya terhakis dan terpinggir semasa Tun M menjadi Perdana Menteri?
Kenapa Tun M buat macam-macam projek mega di semenanjung tapi tidak di Sarawak?
Malah banyak projek mega Tun M yang gagal serta membazir beratus juta ringgit dan akhirnya menjadi skandal.
Kalau Tun M benar-benar ikhlas dan jujur tentang kebajikan kita di Sarawak, sudah pasti dari dulu lagi sepatutnya banyak kawasan kita terutama di pedalaman telah mendapat jalan-jalan elok, serta kemudahan bekalan air dan elektrik.
Tun M berpeluang untuk membaiki keadaan banyak sekolah kita yang usang dan tidak senonoh tapi dia tidak memperdulikan itu semua.
Pendek kata semasa menjadi PM, Tun M gagal memberi negeri Sarawak pembangunan infrastruktur yang sepatutnya tetapi disebaliknya menyalurkan wang hasil dari minyak negeri Sarawak ke arah kepentingan kroni beliau yang semuanya sedang menentang kerajaan sekarang ini disebabkan kepentingan peribadi mereka mula terhakis oleh polisi kerajaan BN yang banyak berkiblat ke arah mensejahterakan rakyat.
Begitu juga Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dulunya Menteri Kewangan, dia juga banyak bertindak meminggirkan kepentingan kita di Sarawak.
Pemimpin-pemimpin pembangkang negeri Sarawak pula menyanjung tinggi pemimpin-pemimpin seperti Tun M dan Anuar Ibrahim sebagai bakal penyelamat nasib masa depan kita di Sarawak.
Pengikut dan penyokong-penyokong pembangkang di negeri Sarawak yang sememangnya jenis "muka tak malu" menyalak sana sini bercakap tentang hak-hak negeri tapi yang peliknya mereka memuja dan mendukung kepimpinan mereka yang terlibat secara langsung dalam menghakis hak dan kepentingan kita dulu.
Saya yakin dan percaya majoriti orang Sarawak yang berfikiran matang serta cintakan keamanan adalah jauh lebih cerdik dan bijak untuk menentukan halatuju serta masa depan kita sendiri, dan tidak akan keliru dengan dakyah serta pembohongan pemimpin-pemimpin PH yang jelas kemaruk main politik dan sanggup menjatuhkan sebuah kerajaan dengan apa cara sekali pun tanpa memikir kesan kepada tahap keselamatan serta keamanan negara.
Yang Ikhlas,
YB Abdullah Hj.Saidol
Ketua Setiausaha Politik kepada YAB Ketua Menteri Sarawak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implaksi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa