Semua orang tidak boleh tengok sahaja bila baca keadaan ini. Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu melaporkan sejumlah 73,000 orang pelarian Rohingya telah menyeberangi sempadan ke Bangladesh sejak 25 Ogos lepas.
Imej satelit yang dikeluarkan oleh Human Rights Watch pada Sabtu lepas menunjukkan puluhan ribu orang terperangkap di sempadan Bangladesh tanpa makanan dan bantuan perubatan.
Mereka lari kerana junta tentera Myanmar sedang melakukan "genocide" dan "ethnic cleansing" terhadap orang Rohingya. Junta membunuh puluhan ribu orang Islam di daerah Rakhine.
Rumah dibakar, lelaki dewasa dibunuh, wanita dirogol dan anak anak kecil yang masih tidak mengerti apa apa turut menjadi mangsa keadaan.
Hati mana yang tidak menangis. Mata siapa yang tidak masuk habuk melihat kekejaman tidak berperikemanusiaan seperti itu. Ini semua dilakukan dibawah hidung pemenang anugerah Nobel dunia.
Bila paha kiri dicubit, paha kiri juga akan terasa sakit. Tidak ada manusia yang sanggup melihat manusia lain menjadi mangsa pembunuhan beramai ramai, genocide. Semua orang akan bantah. Sakit hati melihat apa yang sedang berlaku di Myanmar.
Bukan sahaja menjuarai Sukan SEA, Malaysia juga jadi juara dalam isu isu kemanusiaan di ASEAN. Malaysia antara yang terawal menjuarai isu kekejaman yang berlaku di wilayah Rakhine ini di kalangan negara ASEAN yang lain.
4 Disember 2016, Datuk Seri Najib Razak, Presiden UMNO bersama dengan Datuk Seri Hadi Awang, Presiden PAS bersolidariti bersama 10,000 umat Islam di Stadium Mini Titiwangsa membantah kekejaman junta tentera Myanmar ini.
"Kita mahu beri isyarat kepada kerajaan Myanmar. Kita mahu beritahu Au San Suu Kyi, enough is enough, enough is enough"
"Dia (kerajaan Myanmar) gertak saya. Dia beri amaran kepada saya. Saya tidak peduli. Saya hadir atas nama ummah dan rakyat Malaysia seluruhnya. Allahuakbar!!!" kata Datuk Seri Najib.
31 Januari 2017, Datuk Seri Najib hantar satu misi fortilla membawa bersama ribuan bekalan dan ubatan dihantar ke Myanmar.
Usaha Datuk Seri Najib ini yang konsisten membantah kekejaman yang berlaku di Myanmar dipuji oleh Rached Ghanbouchi, Presiden Tunisia yang menyifatkan ianya usaha yang mulia demi umat Islam sejagat.
Tidak cukup hanya dengan Malaysia sahaja. Seluruh negara ASEAN yang lain perlu menunjukkan setiakawan dan sepakat dalam isu kemanusiaan di Rohingya ini. Bukan sekadar setiakawan dalam sukan, ASEAN perlu berpakat dalam isu isu kemanusiaan ini. Semua pemimpin ASEAN harus bersama berganding bahu.
Ban Kin Moon memuji usaha Malaysia dalam isu Myanmar ini sejak 2015 lagi. Bermakna usaha dan inisiatif Malaysia selama ini terhadap isu Rakhine di pentas PBB dan serantau sudah diiktiraf badan dunia itu.
12 Disember 2016, Yanghee Lee, wakil PBB mengesahkan bahawa kerajaan Myanmar boleh berdepan tuduhan jenayah kemanusiaan di mahkamah antarabangsa. Ini kerana terdapat begitu banyak sekali bukti bergambar dan video tentang kekejaman junta tentera Myanmar.
PBB tidak boleh hanya memuji usaha Malaysia. Bercakap mahu bertindak tetapi tiada pun tindakan susulan yang konsensus. Pembunuhan beramai ramai masih berlaku. Bayi kecil mati dalam dakapan ibu kerana tiada susu dan makanan. Sampai bila mata kita mahu melihat bayi sebegini menjadi mangsa kekejaman?
PBB dan ASEAN harus bertindak. Sudah sampai masanya keprihatinan terhadap isu Rohingya ini masuk ke fasa tindakan. Ahad lepas, Datuk Seri Najib sudah minta Ban Kin Moon menggesa pihak tentera Myanmar mengunakan pendekatan holistik dalam menyelesaikan isu di Rakhine.
ASEAN perlu panggil sidang khas. Semua negara ASEAN perlu bersama Malaysia terhadap isu kemanusiaan ini. Jika junta masih mengganas, amat perlu embargo ekonomi terhadap Myanmar.
Kekejaman yang berlaku ini isu kemanusiaan. Bengkak dan berair mata melihat kekejaman yang berlaku. Ayuh rakyat Malaysia, kita bersama sama bantah kezaliman junta ini.
Mari kita tweet bantahan itu kepada twitter @UN dan gunakan hashtag #Rohingya.
Tulisan :
Beruang Biru
BB564, Selasa
5 September 2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implaksi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa